| Seminggu kemudian... |
Iris memulas tombol pintu utama dengan perlahan sambil menutup kedua kelopak matanya. Tatkala mulut bergerak-gerak tanpa mengeluarkan sebarang suara mengira nombor satu hingga tiga.
"satu.... dua... tiga!" Iris terus sahaja membuka dedaun pintu dengan laju untuk melihat sesuatu yang sudah di ketahui akan ada di hadapan pintu.
Kedua bebola mata Iris menjunam ke lantai melihat sejambak bunga bersama satu kotak hadiah bersaiz biasa terletak elok di hadapan pagar. Tidak pelik dia rasakan, sudah seminggu Iris diberi bunga dan beberapa hadiah dari Daniel tetapi jejaka itu langsung dia tidak nampak sama sekali selepas buku novel diberi. Entah ke mana jejaka itu pergi sehingga khabarnya sahaja kawan sekerja Iris tidak tahu.
Sekiranya pagi tidak ada bunga ataupun hadiah di hadapan pintu, pasti malam mahupun petang. Hampir penuh bilik Iris dengan bunga tetapi dia tetap menjaganya dengan elok.
Iris dengan teruja membuka kunci pintu pagar, sesudah itu dia menundukkan tubuhnya sedikit untuk mencapai dan membuka hadiah tersebut sebelum dia akan bergerak ke tempat kerja.
Kedua barang yang diberi oleh Daniel dibawa masuk dan letak di atas meja makan.
"Aww you still give me flowers and gifts. But I wonder where you are now, Daniel" ujar Iris dalam keadaan teruja akan tetapi ayat bermula dengan "But" bernada dengan nada yang sedih.
Rindu jejaka itu.
Tangan membuka reben yang terikat pada kotak hadiah dengan kemas. Dibuka dengan perlahan sehinggalah tangannya terhenti apabila Eliy menegur dirinya.
"Hah! Dapat hadiah lagi dari Daniel? Untunglah hari-hari dapat hadiah ya? Pastikan dia bagi hadiah ini sebahagian dari sesuatu yang memuaskan" sergah Eliy dari sisi Iris yang berada di sisi meja makan. Dia mendapatkan Iris dan mengambil duduk di atas kerusi meja makan sambil merenung gadis itu. Ada maksud disebalik yang dia luahkan tadi.
"Maksud kau?" soal Iris pelik. Tangan berhenti dari membuka penutup kotak hadiah.
"Iyalah, aku tahu Daniel bagi kau hadiah semua ini sebab dia ada perasaan dekat kau. Aku harap kau adalah perasaan dekat dia" kata Eliy seakan memerli agar Iris memerasani apa yang diluahkannya. Walhal perkara yang diluahkan itu tentang Daniel yang sedang jatuh cinta kepada Iris.
Iris terdiam seketika, matanya merenung Eliy yang sedang membelek-belek bunga dari Daniel. Jantungnya seakan terhenti seketika.
Bagaimana Eliy aku harus jatuh cinta kepada dia sedangkan hati aku sendiri sudah berjanji tak akan terima atau menyukai mana-mana lelaki. Walaupun diri ini sudah terlanjur dengan janji Menyukai Daniel namun dia tak nak dirinya mungkir janji Terima lelaki dalam dirinya. Cukup Hael sudah menderitakan jiwa Iris jangan yang lain.
Bebola mata Eliy memandang ke atas melihat wajah Iris yang sedang dalam keadaan kosong. Mengapa diam sahaja gadis itu.
"Kau dengar tak? Aku percaya sangat Daniel itu ada hati dekat kau sebab itu seminggu ini bagi banyak barang dekat kau. Sebab dia nak kau nampak yang dia effort untuk dapatkan hati kau"
"Macam mana kau tahu?"
Apabila disoal begitu dia sedikit berdehem tatkala otak berpusing dengan laju memikirkan jawapan yang ingin diberi. Tidak mahu dia berterus terang Daniel suka kepada Iris biar sahaja gadis itu akan tahu dengan sendiri.
"Um..."
"Dari segi bagi sesuatu dekat kau" bohong Eliy, mengelak sedikit.
Iris menghelakan nafas beratnya sebelum mulut buka berbicara.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomansaMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...