Cp.12: Fireworks

206 32 1
                                    

"Apa?!" Eliam terus berpaling menghadap anaknya.

Sudah tentulah hampir semua orang yang berada didalam bilik itu turut terkejut mendengar kata-kata Aurelia sama seperti Eliam. Sehingga ada yang tertanya jika apa yang mereka dengar itu khayalan semata-mata.

Aurelia tersenyum sedikit disebabkan reaksi yang diberi oleh semua orang itu terasa kelakar. "Saya tak terima tawaran mereka tadi sebab saya tak berminat, dan lelaki rambut putih itu menjengkelkan..."

Elias hanya pasrah dikatakan seperti itu dan berharap apa-apa sahaja yang dilakukan oleh gadis itu dapat menghalang lelaki berambut biru itu berhenti dari menyerang mereka

"...tapi sekarang, selepas mendengar cerita elf itu, saya tak fikir dia adalah orang yang jahat."

"Jadi?" Soal Eliam.

"Jadi, saya berminat untuk menyertai mereka."

"Jadi ini bermakna kamu mahu aku lepaskan mereka?" Eliam menolak rambutnya kebelakang dengan keluhan yang berat.

"Saya akan hargainya kalau ayah buat begitu." Balas Aurelia dengan gaya yang manis dipandang.

"Dan kalau aku cakap tidak?" Soal Eliam lagi dengan wajah yang masih kelihatan marah.

"Bolehlah~?" Lalu Aurelia memegang tangan ayahnya.

Eliam tidak menepisnya malah rasa marahnya berkurang sedikit.

"Kalau saya sertai mereka, mereka mesti akan meminta maaf atas ketaksopanan mereka dengan seikhlas hati mereka dan akan berdoa pada spirit di kuil nanti..."

"Eh?!"

Semua orang yang berada disitu sekali lagi terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aurelia malah Aurelia sendiri pun tidak menyangka yang ia terkeluar daripada mulutnya.

"Ianya adalah untuk menebus kesilapan mereka dan untuk menyuarakan rasa berterimakasih kepada spirit kerana menolong mereka selama ini." Aurelia cuba memberikan alasan yang logik walaupun dia tahu itu ialah hal yang disebut secara tiba-tiba. "Lagipun bukankah sekejap lagi kita mahu melihat pertunjukan bunga api dan pelepasan tanglung? Jadi kita tak mahulah ada berlaku perkara yang teruk sebelum kita pergi ke sana nanti. Ayah tahu betapa saya nak pergi melihatnya, bukan?"

Ekspresi wajah Eliam mula kelihatan melembut. Dia sememangnya masih ingat betapa bersemangatnya Aurelia ingin pergi ke Askana dan pergi melihat pertunjukan api serta pelepasan tanglung malam semalam. Jadi ini membuatkan dia berdua hati. Namun kemarahannya ini bermula disebabkan anak gadisnya mahu dicederakan oleh para 'perompak' ini.

Disebabkan ayahnya cuma melihatnya sahaja dan tidak membalas, Aurelia pun memandang ayahnya dengan pandangan yang penuh kasihan namun manis sambil mengerdip-ngerdipkan kelopak matanya.

"Sekarang dia cuba memujuk ayah dia dengan pandangan mata kasihan pula." Elias berbisik kepada Rowan.

"Aku harap ianya berjaya."

Sementara Eliam cuba bertahan dengan pandangan mata anaknya, orang-orang yang cuba menyerang tadi menanti didalam kegusaran. Manakala Sulien tertanya-tanya apakah balasan yang bakal diberi.

Akhirnya, Eliam mengeluh. "Baiklah, buat apa sahaja yang kamu mahu." Kemudian air-air yang berada dilantai dan perabot dikeluarkan sebelum menghilang.

Mendengar sahaja balasan itu, mereka semua menghela nafas lega dan Sulien hanya tersenyum.

"Terima kasih, terima kasih wahai tuanku yang berkuasa." Ucap elf yang masih lagi melutut itu dengan perasaan lega.

"Ayah, terima kasih~." Ucap Aurelia pula dengan ceria.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now