bab 22

268 37 5
                                    

Iris menolak pintu bilik perbincangan dengan perlahan menggunakan kedua telapak tangannya sebelum kepala meninjau ke dalam dahulu sesudah itu seluruh tubuhnya apabila dia dapat melihat Daniel yang sedang sibuk menaip sesuatu pada papan kekunci laptop.

"Izinkan saya masuk?" pinta Iris dengan penuh rasa hormat.

"Masuk" balas Daniel tanpa mendongakkan kepala memandang ke hadapan. Mata masih menumpu pada skrin laptop.

Apabila Iris diberi keizinan untuk masuk ke dalam bilik perbincangan dengan kedua kaki terus melangkah mendekat ke arah Daniel yang masih dalam posisi yang sama. Perlahan-lahan dia mendekat sehingga kakinya terhenti di sisi kerusi Daniel. Mata masih merenung riak wajah jejaka itu seakan sibuk, mungkin salah waktu Iris masuk ke sini tapi disebabkan Adam katakan kepada Iris yang Daniel mengarahkan gadis itu untuk masuk ke sini jadi dia hanya akur.

"Boss Daniel ada panggil saya ke sini, kan? Ada apa-apa yang boleh saya tolong atau...?" topik pertama dibuka dengan soalan yang diberi oleh Iris. Kedua tangan bermain kelima-lima jari sendiri. Sedikit gelisah tetapi tidak.

"Awak nak gaji?"

Iris mengerut kedua kening sambil riak wajah penuh tanda tanya. Seakan mahu sahaja tanda soal keluar dari fikiran dan timbul diatas kepala. Apa yang Daniel soalkan ini, pastilah dia mahu duit itu seakan nyawanya sekarang. Tapi...

"Tapi belum sebulan saya kerja sini. Macam awal sangat boss Daniel bagi saya gaji"

Daniel menyandarkan tubuhnya yang tadi sedikit tegak dan kedepan menghadap laptop, kepala mendongak melihat wajah Iris yang terkedu.

Mata bertentang mata seketika sebelum Iris memecahkan pandangan mereka berdua. Iris merenung pada permukaan meja tetapi bebola matanya beralih ke arah tangan Daniel yang menolak satu sampul surat berwarna putih di atas meja untuk dekatkan ke arah Iris.

"Ini gaji awak. Duit ini saya bagi dekat awak lebih dari gaji asal awak sebab saya dah dengar segala perbualan awak dengan kakak awak tadi, Iris. Bukan saya nak menyibuk tapi kalau Allah tak gerakkan hati saya untuk ke dapur saya tak akan tahu awak dalam kesusahan" balas Daniel dengan penuh keikhlasan sesudah itu dia sedikit bohong di penghujung ayat.

Semakin membulat bebola mata manakala kening berkerut dengan hebat seraya dia menggeleng kepalanya dengan laju menandakan dia tidak mahu sebelum bibirnya terbuka untuk meluahkan kata-kata.

"A...apa boss cakap ini?" tidak Iris sangka Daniel mengetahui tentang hidupnya, bukan itu yang dia mahukan.

Daniel menghela nafas berat tatkala dia bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Iris. Sempat lagi tangan mencapai sampul surat dan kini dia menghulur kembali ke arah Iris.

"Secara jujurnya saya tahu semua tentang hidup awak, Iris. Awak perlukan seseorang untuk berikan semangat dalam hidup awak. Dan saya cuba jadi seseorang itu untuk membantu hidup awak..."

"Dan peneman hidup awak, Iris"

Iris berganjak sedikit belakang seakan tidak percaya apa yang keluar dan dihamburkan dari mulut Daniel. Seakan apa yang dikatakan oleh Daniel ini hanyalah sekadar mimpi dan perasaan sedikit marah itu timbul kerana dia pelik bagaimana Daniel tahu tentang hidupnya sedangkan dia sendiri tidak pernah beritahu kepada sesiapa melainkan Daniel dengar perbualan dia dan Sarah. Dan perkataan Peneman Hidup bukanlah yang mahu dia dengarkan. Awak salah orang, Daniel.

"Apa awak merepek ni? Saya tak nak duit itu dan saya tak perlukan peneman atau pertolongan dari awak sekalipun. Dan siapa awak yang tahu masalah hidup saya?!" kata Iris sedikit kuat, hatinya mula panas dan penuh perasaan amarah yang membuak-buak seperti ingin meletop.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now