bab 23

265 35 1
                                    

Iris keluar dari perut kereta Grab kereta dengan pantas. Kemudian dia mengemas-gemaskan sedikit hoodie milik Daniel yang tersarung pada tubuhnya. Topi hoodie terletak elok di atas kepala yang tersarung tudung shawl. Beg galas hitam yang terletak dibelakang tubuh tidak dilupakan manakala dia menggengam sesuatu dalam genggamannya.

Mata helang merenung sebuah rumah yang amat pahit dan benci buat keluarga kecil Iris iaitu rumah mak kepada encik Erwan.

Tanpa banyak kata, dia berjalan menuju ke pagar rumah itu dan dia menendang dengan kuat sehingga pagar yang tadi elok berkunci kini terbuka luas memberi dirinya menuju masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Dengan perasaan dendam dia melangkah ke sebuah pintu dapur yang terletak dibelakang di mana encik Erwan selalu tidur di bilik bahagian belakang yang berdekatan dengan dapur.

Dia memulas tombol pintu itu sayang sekali pintu itu kunci. Tidak dia membuang masa, beg galas yang tadi tergantung pada belakang tubuh kini dibawakan ke depan. Tangan membuka zip beg galas dan mencari sesuatu yang terletak di dalam beg galasnya.

Lock pick dikeluarkan. Dia mengarahkan lock pick tersebut pada kunci tombol pintu. Dimasukkan ke dalam dan lock pick itu digerak-gerakkan sedikit untuk unlock kunci.

Ttak!

Kedengaran dan kelihatan mangga tersebut tidak lagi terkunci. Senyuman sinis ditayang dengan sendiri. Tanpa membuang masa diluar dengan lama, dia membuka pintu tersebut dan berjalan masuk dengan kasut boot hitam yang tersarung pada kaki.

Setelah beberapa minit dia menuju ke pintu bilik encik Erwan, dia memulas tombol itu pula dan berjalan masuk ke dalam. Mata merenung encik Erwan yang sedang nyenyak ketiduran seakan masalah dunia sudah selesai dan tidak lagi berfikir apa-apa.

Pintu ditutup semula.

Iris mengambil duduk di atas kerusi berdekatan dengan katil, kaki kanan disilang di atas peha kaki kiri. Tangan yang menggengam pisau lipat berwarna merah gelap. Bahagian pisau yang tajam di gores pada ribanya.

Mata merenung pada wajah encik Erwan.

"Nyenyak tidur?" Iris yang tadi hanya diam kini bersuara menyapa ayahnya dengan nada perli.

Kedengaran suara yang asing di dalam bilik terus sahaja encik Erwan tersedar dan bangun dari tubuhnya yang berposisi baring. Menyandarkan tubuh pada kepala katil dengan wajah yang terkejut dan panik melihat anak perempuannya memegang pisau lipat.

"Ma...Macam mana kau masuk?" soalan dibalas soalan. Kepala encik Erwan menoleh ke arah pintu bilik yang tertutup kemudian menoleh ke arah tingkap bilik. Semuanya tertutup. Bagaimana anak gadisnya ini masuk ke dalam rumah sedangkan di dalam rumah ini bukan hanya ada dirinya sahaja.

"Macam mana aku masuk kau sibuk fikir, nafkah kau dekat anak-anak kau, kau tak fikir, hm?" soal Iris dengan tenang.

"Nyenyak betul kau tidur dalam keadaan anak-anak kau tak boleh tidur menahan lapar"

"Lapar apa!? Aku dah bagi duit semuanya dekat kauorang takkan tak cukup pula!? Mana duit yang aku bagi? Ibu kau ba-"

"Bagi jantan?" Iris tersengih. Dia bangun dari duduknya berdiri menuju ke arah dedaun pintu dan menyandarkan tubuhnya pada permukaan pintu. Bebola mata encik Erwan yang masih membulat mengekori gerak-geri Iris.

Pisau lipat pada tangan dimain-mainkan.

"Modal kau nak hina ibu aku perkataan jantan aja. Kau tak rasa bosan ke hidup dah tua, dah nak mati pun masih tuduh orang?"

"Well, aku tak nak soal dosa dan pahala dengan kau sekarang. Kau-kan ahli agama Islam yang tinggi ilmunya berbanding kami ini, kan?" ujar Iris sambil membuka topi hoodie, membiarkan ayahnya melihat wajah Iris.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now