GIK 24

3.8K 228 7
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

          PINTU kereta dibuka, tangan dihulurkan untuk menyambut tangan gadis itu seperti ala-ala gentleman. Laura hanya mengoyakkan senyuman palsu. Gaun panjangnya berwarna merah membuatkan dirinya terlihat elegan.

 Gaun panjangnya berwarna merah membuatkan dirinya terlihat elegan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"You look so beautiful tonight, princess." puji Rayden dengan tulus.

"Aha, thank you but no thanks." Laura meninggalkan Rayden setelah keluar dari kereta itu. Rayden tersenyum dan mengunci pintu keretanya lalu mengikut Laura. Tangan Laura naik memeluk lengan Rayden.

"Nah." secawan air diberikan kepada Laura.

"wine?" tanya Laura.

"You must be kidding, princess. Takkan aku nak bagi kau minum wine sedangkan kau tengah membawa anak aku." ujar Rayden. Laura mengambil air yang diberi oleh Rayden lalu membuat cheers bersama Rayden. Air itu diminum perlahan.

"Jom, princess. Aku nak pergi berbual dengan client aku kejap." ajak Rayden sambil merangkul pinggang Laura. Laura menepis perlahan.

"No thanks. I tunggu sini je. Awkward, bukan I faham pun nanti." ujar Laura.

"Ok, jangan pergi mana-mana tahu. Ramai musuh-musuh aku dekat luar sana. Aku tak nak kau jadi sasaran diaorang kalau kau pergi mana-mana tanpa pengawasan aku." ujar Rayden.

"Ya, I tahulah." jawab Laura. Rayden tersenyum dan mengucup dahi Laura lembut dengan penuh kasih sayang.

"Janji okay? Aku tak nak kau terluka." ujar Rayden.

"Ya, janji." jawab Laura. Rayden mengangguk dan pergi kearah kliennya dan berbual rancak. Laura tersenyum sinis. Inilah peluangnya untuk melarikan diri daripada Rayden. Tentang musuh Rayden, nanti-nanti difikirkan. Yang penting dia harus lari dari tawanan neraka milik Rayden itu.

Dia menekan butang lif itu beberapa kali kerana takut Rayden perasan akan kehilangannya dan mengejarnya. Laura masuk ke dalam lif dan menekan butang lantai 1.

TING !!

Dia berjalan keluar dari lif dan menuju ke pintu utama hotel. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Tanpa berfikir panjang, Laura terus menanggalkan kasut tumit tingginya dan berlari meredah hujan-hujan itu.

Kakinya laju melangkah sambil kepalanya ke kanan dan ke kiri seperti mencari tempat yang patut dia pergi. Sesekali dia tertoleh ke belakang bagi memastikan tiada Rayden.

BANG BANG !!

"Kau nak pergi mana, princess? Aku dah cakap, jangan berani lari. Kau lari jugak. Kau tak faham bahasa ke?!" jerkah Rayden dari jauh.

Laura berlari lintang pukang apabila mendengar suara yang dikenalinya itu. Sesekali dia tertoleh ke belakang, melihat bayangan hitam tubuh Rayden yang mengekorinya dengan pantas.

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang