Kedengaran suara yang merdu itu menusuk pada gendang telinga Iris, perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Siapa yang mengalunkan surah di dalam biliknya ini tetapi entah mengapa badannya terasa sesuatu angin yang sejuk mengena pada seluruh badannya. Setahu Iris dia tiada penghawa dingin di dalam bilik.
Kelopak mata berkelip-kelip dek kerana satu lampu bilik yang berlainan daripada biliknya memancar pada bebola mata membuatkan Iris terasa silau keterangan.
Kepala yang berat dan terasa sakit berdenyut menoleh ke kiri mencari suara yang merdu itu. Tidak dihiraukan dimanakah dia sekarang ini.
Tiada sesiapa di situ. Kemudian kepada menoleh ke kanan.
Kelihatan seorang lelaki duduk di atas sejadah membelakangi sambil menunduk ke bawah. Kelihatan lelaki itu sedang membaca Al-Quran surah Yaasin.
Fikiran penuh dengan tanda tanya siapa jejaka itu.
Mahu sahaja dia menggerakkan tangan kanannya, terasa seperti sesuatu menghalang untuk tangan digerak-gerakkan. Dia mengangkat kepala untuk menunduk sedikit melihat tangan kanan tersebut.
Tangan digari?
Iris menarik tangan kanannya sekuat hati sehingga bunyi besi gari yang terkunci pada sisi katil wad menghasilkan bunyi yang kuat.
Daniel yang mendengar pantas sahaja dia menghentikan bacaan dan bangun dari duduknya di atas sejadah. Seluruh tubuh kini menghadap Iris dalam perbuatan yang sama.
"Iris awak dah sedar?" sapa Daniel dengan lembut, dia berjalan mendekati katil.
"Saya dekat mana? Kenapa saya kena gari? Lepaskan!"
"Hey, hey shh... Iris awak kena tenang jangan buat bising"
"Don't shush me awak nak culik saya ke?"
Daniel mengerutkan keningnya. Elok sahaja dia mendirikan solat tahajud serta membaca Al-Quran boleh pula dituduh Culik?
"Culik?"
"Ye?"
"Ada ke culik seseorang dekat hospital?"
Dengan soalan itu mampu membuatkan Iris terdiam dan berhenti dari perbuatannya. Dia menoleh ke sekeliling melihat apa yang Daniel katakan itu benar. Tetapi benar sekali sekarang ini dia berada di bilik wad mewah. Pelik mengapa dia di sini, Iris memegang kepalanya yang terasa sakit.
Apabila tangan didekatkan pada dahi terasa satu tampalan tertampal pada dahi dan dia menekan dahinya terasa sakit yang teramat.
"Arghh..." Iris mengerang kesakitan yang dialaminya. Walaupun ditekankan sedikit terasa sakit itu hinggap seluruh kepala Iris membuatkan dia ingin pengsan.
"Eh jangan sentuh, kepala awak lukalah nanti darah keluar banyak lagi" halang Daniel tanpa memegang tangan Iris, hanya halang menggunakan arahan sahaja.
"Darah?"
"Awak tak sedar ke yang awak hen-"
"Iris bangun dah kamu?" sampuk puan Rose yang baru sahaja masuk ke dalam bilik wad bersama encik Safwan yang sedang memegang satu plastik makanan.
Kedua mata mereka terarah pada Daniel dan Iris.
Iris terkedu dengan apa yang terjadi sekarang ini. Mengapa ada ibu bapa Daniel pula di sini dan mengapa dia berada di dalam hospital, apa yang sudah dia lakukan sehingga tangannya di gari? Mana Eliy?
"Baguslah kalau kamu dah bangun. Ini ada makanan untuk kamu berdua makan" ujar puan Rose dengan lembut sambil mengeluarkan bekas makanan di dalam plastik, manakala encik Safwan yang sedang duduk di atas sofa hanya mengangguk, bersetuju dengan apa yang isterinya katakan.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...