The University Of Tokyo

26 1 11
                                    

Bibirnya mengukirkan senyuman, hatinya terlonjak keriangan.
Wajahnya yang kelihatan berseri - seri itu menandakan keriangan yang benar - benar dirasai.

Nur Fathiah telah berjaya menjejakkan langkah ke dalam universiti impiannya itu. Sungguh dia tidak percaya, malah tiada apa yang mustahil di dunia ini.
Ternyata, Nur Fathiah sudah menjadi pelajar tetap di University of Tokyo.

"Fathiah!" Kedengaran suara ayu memanggil namanya, dia toleh ke belakang dan melihat rakannya yang cantik, Fatin tersenyum manis.

Fathiah sangat bersyukur, bukan sahaja dia dapat belajar di dalam universiti impiannya itu malah dapat juga belajar bersama dengan sahabat baiknya dari sekolah rendah. 'Partner in crime' gitewww~

"Bodoh! Bukannya nak tunggu aku, nak kena pijak!" Fatin memukul lengan Fathiah dan dia ketawa. Ini perempuan ayu? Ayu pale awak

"Hahaha! Sorry ya, aku tak perasan. Dah, jom masuk dewan." Fathiah tersenyum sambil menarik lengan Fatin yang pendek itu dan terus berjalan menuju ke arah dewan.

           ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Suasana sangat riuh di dalam dewan universiti. Semua pelajar baharu duduk di kerusi masing - masing.
Ada yang bersembang, berkenal - kenalan sesama sendiri, mengambil gambar dan ada juga yang hanya bersendirian menunggu masa untuk pengetua memberikan ucapan.

10 minit sudah berlalu

Profesor Makoto Gonokami iaitu pengetua University of Tokyo menampilkan dirinya di atas pentas dan melihat wajah kegembiraan bakal pelajar baharunya. Beliau menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih.

"Welcome to The University of Tokyo, everyone!" Beliau memulakan pendahuluannya dengan riak wajah yang berseri - seri dan mengalukan semua pelajar baharu di situ dengan rasa terharu.

         ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

"Ya, mama. Nanti fathiah call lagi. Byebye!" Fathiah mengeluh.
Selepas sahaja taklimat pengetuanya tamat, mereka terus pergi ke bilik asrama.

Fathiah meletakkan telefon pintarnya ke atas meja belajar. Baru sehari, tapi seakan sebulan dia tidak berjumpa dengan ibunya. Hatinya sebak menahan kepiluan. Dia merindui pelukan hangat ibunya. Apakan daya, dia sudah berumur 20.

Bunyi pintu bilik asrama terbuka perlahan, Fatin melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Bosan betul kau ni duduk bilik saja. Aku baru ja kenal dengan member jepun baru oh, nama dia Osaka Oji." Fatin tersengih.

Fatin duduk bersebelahan Fathiah. "Bosan lah, jom pergi jalan-jalan. Makan sekali jom. Aku belanja!" Fatin berkata sambil memegang tangan kawannya untuk berdiri.

"Malas lah. Aku nak belajar. Penat." Fathiah menyatakan.

"Ala, nanti lah study, aku tunggu kat bawah tau, cepat siap. Kau better turun kalau tak aku naik balik pukul kau sampai mampos." Fatin selamba berkata dan terus keluar dari bilik asrama yang mereka berdua kongsi.

         ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Suasana malam yang tenang dan aman membuatkan Fathiah rasa teruja untuk berjalan dengan Fatin.
Walaupun terpaksa, dia ikutkan saja.

"Yes, it is halal. Don't worry!"
Seorang gadis berkata dengan riang kepada Fathiah dan Fatin. Mereka berdua sedang membeli makanan malam. 'Nasib baik ada juga muslim dan makanan halal di sini' Detik hati Fathiah. Dia tersenyum melihat gadis jepun muslim itu. Comel betul!

Selasai sahaja makan, Fatin terus mengajak Fathiah berjalan di tepi pantai.

"Kau tahu tak-"

"Tak."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yours.Where stories live. Discover now