bab 25

260 43 0
                                    

Keesokan harinya 4:30 petang...

Iris merenungkan matanya pada cermin luar hospital. Dalam kepala yang masih tersisa rasa sakit, dia memikirkan hal keluarga kecilnya disana dan Iris masih tertanya-tanya disebabkan apa encik Erwan tiba sahaja memarahi dirinya ini. Tanpa sebab lagi?

Ujian lagi?

lagi?

"Kau benci aku, ya Allah?"

"Kenapa kau sanggup seksa aku dengan ujian berat kepada aku? Ujian yang kau berikan tidak melebihi kemampuan seseorang tetapi aku? Kau uji aku sehingga aku rasa ingin putus asa dan bunuh diri!" jerit Iris dengan kuat sehingga seluruh bilik wad bergetar seketika.

"Ambil nyawa aku ini kalau kau terus seksa aku dengan ujian berat ini! Aku tak sanggup! Apa yang aku taubat selama ini terasa kau tidak terima segalanya! Begitu marah kau kepada aku, Ya Allah? Tak guna aku bertaubat kepada engkau sedangkan kau seksa aku!"

"Begitu?" sampuk seseorang yang sedang berdiri tegak di hujung katil Iris membuatkan Iris berpaling kehadapan dengan laju dan perasaan terkejut.

"Begitu kau kata kepada Allah yang sentiasa sayang hambanya walaupun dosa mereka seluas lautan?"

"Dimana iman kau?" soal gadis itu lagi. Suaranya bergema di dalam bilik wad.

"Ujian yang diberi oleh Allah tidak kau nampak kebaikan disebaliknya?"

"Kebaikan?" soal Iris pula tidak faham.

"Dalam kau ditimpa kesusahan Allah temukan seorang lelaki yang baik ingin menolong kau. Tidak kau terfikir perbuatan lelaki itu adalah dari kehendak Allah?"

"Siapa yang menciptakan jalan kebaikan?"

"Allah, Iris. Jangan pernah bersangka buruk kepada Allah. Kau tak akan pernah tahu dimana kebaikannya sehingga kau terduduk bersyukur. Dimana fikiran baik kau kepada Allah seperti dulu."

"Dimana rasa syukur kau yang dulu?"

Iris terdiam apabila disoal begitu. Dia terkunci dengan apa yang gadis itu katakan. Gadis itu tidak kelihatan wajahnya hanya kain cahaya putih yang memancar.

"Bunga Iris Nasya" serunya.

"Iya...?"

"Aku pintu hati engkau yang mengajak kau kebaikan dan membetulkan kesalahan yang terdetik di dalam hati. Jangan menganiaya diri dengan dosa sendiri..." sambung gadis itu.

"Aku tahu ujian yang kau alami berat dari apa yang kau sangkakan tapi pernah kau dengar terjemahan surah Al-Insyirah dan Allah mengulangnya selama dua kali?"

Iris menggeleng perlahan.

"فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا"

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

"Sekali lagi Allah mengulang"

إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Iris menundukkan kepalanya. Terasa malu dan berdosa apabila dia bersangka buruk kepada Allah. Salah dirinya yang selalu terasa diri ini terpaling susah dan sebagainya. Tapi apabila dia disedarkan baru dia tahu mengapa Daniel hadir dalam dirinya. Seperti yang Daniel katakan dia ingin membantu Iris tapi jujur Iris katakan dia tidak mahu menerima Daniel.

Malu dengan lelaki yang terjaga elok berbanding dirinya yang liar dahulu.





Sarah mengambil duduknya di atas kerusi kerja yang terletak di dalam ofis besar dimana diduduki turut pekerja-pekerja lain akan tetapi di dalam ruangan ini sunyi dek kerana waktu rehat kerja sudah pun bermula. Sarah merenung pada skrin komputer di hadapannya yang terletak diatas meja kerja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 20 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now