Kedua tangan Harris dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya. Harris berjalan menuju ke kedai sourvenir yang berdekatan di dalam lapangan terbang Guangzhou. Langkahnya terhenti apabila terasa getaran telefon bimbitnya di dalam poket. 'Haziera Uqasyah <3' terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Butang hijau yang menunjukkan lambang mengangkat telefon diseret ke kanan.
"Hello? Kenape Jiya?", soal Harris hairan. Baru 10 minit dia tak ada di sisi Haziera. Takkan dah rindu kot?
"Yesh, belikan akak onigiri sekali. Amik tuna punya, jangan pilih ayam, takut tak halal, pakai duit Ayesh eh, nanti akak ganti hoho", Haziera tertawa kecil mengusik adiknya.
"Hmmm yolaaa, dasar orang miskin", Harris membalas usikan Haziera.
Tiba-tiba...
BOOM!
"Argh!!", Harris tersungkur ke belakang. Telefon bimbitnya tercampak dan terlepas dari tangannya.
"OH MY ALLAH! Sir! I'm so sorry! It wasn't on purpose! Are you hurt? I'm sorry, I'm really sorry!",
Terlihat seorang wanita bertubuh kecil dan rendah paras dada Harris di hadapannya juga tersungkur jatuh. Kasut vans old skool bercorak bunga purple melekat pada kaki, seluar palazo hitam digayakan juga dengan t-shirt hitam yang disarungkan pula dengan sweater blazer panjang berwarna khaki, handsock hitam menutupi pergelangan tangan, tudung bawal putih bidang 50 melitupi kepala hingga dadanya, hanya kening high-arch dan cermin mata hitam yang dipakai kelihatan kerana separuh lagi wajahnya ditutupi dengan pelitup muka berwarna hitam. Amboi muslimah betul!
"Ish dia ni, badan je kecik tapi kuat betul! Sampai terjatuh aku ergh!", kutuk Harris di dalam hati.
Harris bangun dan menepis belakang bajunya menghilangkan kekotoran yang melekat. Tangan halus menghulurkan telefon bimbit I-phone 13 promax warna hitam miliknya. Terlihat kepala wanita itu didongkakkan memandang wajah Harris yang kelihatan muram. Dasar pendek!
Melihat skrin yang sedikit retak membangkitkan amarah Harris. Fuh! I-phone kot! Siapa je tak marah?
"I'm sorry sir. My cousin pushed me too hard until I accidently hit you. I'm sorry I wasn't mean to-",
"Orang pakai spek hitam kat tempat panas, ni pakai dalam airport memang buta la jadinya, entah pape je, merepek", Harris mengomel perlahan sambil menggosok-gosok skrin telefonnya yang retak.
"Hoi! Aku cakap aku minta maaf kan! Tak sengaja kot!", bengang wanita itu dibuatnya.
Mata monolid Harris terbeliak mendengarkan dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Aduh! Orang Melayu rupanya! Gulp! Ditelan air liurnya kerana tersilap langkah.
"Encik, saya tak sengaja tadi faham tak? Tak payah la sampai nak panggil orang buta ke apa! Nanti jadi betul-betul kat dia baru tau! Nah amik ni, saya ada rm50 je nak bayar encik repair phone encik tu", duit rm50 dihulur.
Terkejut Harris ditengking sebegitu rupa. Garang betul minah ni!
Harris tertawa sinis dan membongkokkan badannya sehingga ke paras ketinggian kira-kira 140cm lebih. Pendek betul perempuan ni!
"Alololo mengamuk budak kecik ni. Adik, nak main lari-lari, tolak-tolak ke apa bukan kat airport eh dik. Orang lalu lalang kat sini, duduk diam-diam. Behave sikit. Lagi satu yang kau bagi aku tu duit Malaysia, ni dekat Guangzhou, China. Lain kali belajar betul-betul ye dik, lagi satu, aku tak amik duit orang, dah bla, pergi main jauh-jauh", Harris membalas dengan selamba badak. Malas mahu melayan perkara yang remeh, dia berjalan masuk ke dalam kedai sourvenir dan meninggalkan wanita yang baru sahaja meninggikan suara terhadapnya.
YOU ARE READING
~ MY HOME ~
Ficção AdolescenteTidak akan pernah ada jawapan yang tepat untuk sebuah perasaan, sifat, jiwa yang dinamakan 'Cinta'. Apa ia benar? Apa ia palsu? Apa ia sungguh diperlukan manusia? Apa makna cinta yang sebenarnya? " I wanna treat you with the best version of me. So...