Di mana cinta berputik

9 0 0
                                    

Masa begitu pantas berlalu kerana waktu di jam tangan Khair sudah tepat menunjukkan pukul 5.30 petang. Dia teringatkan wajah Nada . Lantas tersenyum sendiri. Nasiblah dia tidak terus pulang ke rumah kerana duduk di rumah saja bosan kerana cuti annual leavenya masih panjang. Jadi dia mahu menghabiskan masa secukupnya di Malaysia!

Sedang dia leka memandu di jalan, dia sempat berbalas mesej dengan Ell, teman wanitanya kini tapi entah kenapa Ell begitu berbeza dengan The Nelly yang sudah dikenalinya selama sepuluh tahun. Walaupun Ell cantik, bergaya dan juga seksi tapi sifatnya sungguh berbeza dan Khair terasa bercinta dengan orang baru pula. Atas sebab itulah dia mahu berjumpa dengan Nada. Mungkin Nada lebih mengenali Ell.

Sampai di tempat parkir di bawah bangunan di mana tempat Nada bekerja, Khair menghubungi Nada kemudian Nada sebenarnya sudah lama juga menunggu di situ. Lantas Nada mengetuk cermin tingkap kereta milik Khair.

Khair terus turun dari perut keretanya dan membukakan pintu untuk Nada.

Nada tersenyum nipis dan sempat mengucapkan terima kasih.

"Thanks Khai," Getusnya.

Sepanjang perjalanan mereka, masing-masing hanya membatukan diri. Khair terasa dadanya sempit. Ingin saja dia mengajukan soalan yang selama ini di benak fikirannya.

"Err Nad, awak okey ke keluar dengan saya ni?" Sapa Khair memecah kesunyian.

Nada hanya menggelengkan kepalanya.

"Nad, saya nak tanya sikit boleh?" Soal Khair lagi membuatkan Nada tertanya-tanya. Apalah soalan Khair kali ini.

"Hmm? Tanyalah," Balas Nada ringkas saja.

Sampai saja di tempat parkir Sunway Pyramid, Khair menyambung pertanyaan yang ingin ditanya kepada gadis itu.

"Nad, macam mana awak tahu saya suka makan Bulgogi Beef Deopbab tu?" Tanya Khair. Akhirnya dia mempunyai keberanian untuk bertanya.

Nada menelan air liur. Gulp!

Kemudian dia cuba menjawabnya dengan tenang tanpa Khair mengesyaki apa-apa.

"Mestilah Ell selalu cerita dekat saya. Ell kan kawan baik saya. Apa-apa pasal awak semua dia cerita kat saya. Apa je yang saya tak tahu kan? Tapi kadang-kadang kalau hari Ell busy sangat dia tak sempat nak cerita. Kadang saya yang tanya," ujar Nada masih berlagak tenang riak wajahnya padahal di dalam hatinya bagai ribut taufan.

"Okeylah kalau macam tu tapi...." Khair ingin saja meluahkan apa yang dia tak puas hati tentang hubungan dia dan juga Ell.

"Tapi apa Khai?" Getus Nada. Dia risau kalau Khair mula mengesyaki penipuan yang dicipta olehnya sendiri. Ya Allah semoga dirinya kuat untuk tempuhi semua ini.

"Saya kecewa sebab Ell macam tak tahu apa-apa. Saya ada tanya pasal janji saya yang saya pernah cerita dekat The Nelly sebelum saya balik Malaysia tapi dia boleh tanya saya balik janji apa sedangkan saya dah bagitahu semuanya. Saya ajak awak keluar ni pun sebab saya nak mintak tolong. Yalah awak kawan baik dia. Tolong jaga Ell untuk saya. Saya tak nak dia macam ni terus. Dia tu teman wanita saya sekarang. Tak lama lagi jadi isteri saya. Saya pun dah sepuluh tahun kenal dia dalam facebook tu. Mustahil dia persoalkan segalanya. Saya minta maaf susahkan awak, Nad," Terang Khair panjang lebar.

"Apa aku nak buat ni," gerutu Nada di dalam hati.

"Nad, macam mana? Awak boleh tolong saya? Please Nad," Desis Khair sambil matanya memandang tepat ke arah anak mata Nada membuatkan Nada berasa serba salah.

"Eh sebelum tu kejap saya nak beli pop corn kat depan tu. Awak tunggu dalam kereta kejap tau. Awak rehat je dalam kereta saya tu sebab saya faham awak penat baru balik kerja," Tukas Khair. Tiba-tiba saja dia teringatkan kedai pop corn depan kedai mamak itu. Lantas dia keluar dari kereta dan tidak sedar mengunci keretanya Dia menuju kedai pop corn.

MIMPI INDAHWhere stories live. Discover now