Nadiah berhenti berlari lalu mengatur nafasnya. Badan dibongkokkan, kedua telapak tangan diletakkan pada lututnya. Tercungap-cungap dia berlari daripada lelaki yang tidak dikenalinya tadi. Nasib baik dia tak kejar, selamat!
Kepala diangkat dan terlihat seorang wanita berselendang putih, berpakaian sweathirt berwarna kuning mastard yang dikenakan bersama seluar slack hitam dan bersarungkan kasut wedges kelabu yang menjadi punca dia dan lelaki itu tadi berperang. Wanita itu sedang duduk bersenang-lenang di kerusi menunggu. Mata ralit memandang skrin telefon bimbit, ibu jarinya menari-nari di atas skrin menekan satu persatu huruf pada keyboard, terkekeh-kekeh dia ketawa sendirian membaca perbualannya dengan entah siapa-siapa kenalannya. Laju Nadiah berlari ke arah belakang wanita itu. Lengannya melilit leher wanita itu seakan-akan mencekik kerana geram ditinggalkan seoarang diri tadi.
"Ehhhhh!!! Aduhhh, aduh duh aduhh!!!! Wehhhhh sakit, sakit!!!! Lepaih weh Nadiah!!! Weeehhh!!! Nadiaaah!! Aku minta maaf noh!!! Arrgh!!! Lepaih weh lepaih!!!", wanita itu menjerit mengerang kesakitan. Lengan yang melilit lehernya dilepaskan. Ah sudah! Habis! Siap sedia lah, tadah telinga mendengarkan bebelan Nadiah selepas ini!
"DASAR ANAK TAK GUNA! Syasya! Apahal kau tinggalkan aku tadi! Waaahh! Dah tolak aku lepastu lari pulak! Ey kau ni kalau aku lepuk kat sini, ha mati anak orang ni kang! Eh, kau tau tak masa kau tolak tadi tu aku terlanggar sorang laki ni! Eeee buat malu je! Kau pergi mana tadi tinggalkan aku!", tangan bersimpul ke dada, mulut disebalik pelitup muka dimuncungkan tanda merajuk. Alamak! Merajuk pula!
"Alaaa weh Nadiah, hehe, err mai la duk sebelah aku dulu, sini sini, alololo budak kecik ni", Syasya menarik tangan Nadiah dan punggung mereka dilabuhkan di kerusi menunggu itu.
"Dok, gini gini gini. Tadikan aku gelak sebab hang terlanggaq laki tu tadi, aku nampak ja, pastu...hehehe, tiba-tiba boyfriend titew call la pulak, opps!", mata Nadiah menjeling ke atas dan menggelengkan kepalanya, menyampah sungguh mendengar perkataan 'boyfriend' itu. Ew, geli!
"Dahtu dia dah call aku, bergayut la apa lagi, tuptup ehhhh terlupa lah yang hang tertinggai kat belakang. Sorry noh, tak sengaja hehe. Alooo jangan la muncung sangat mulut hang tu, kenapa? Ada oghang nak culik hang ka?", sambung Syasya bersama loghat Kedahnya. Dia cuba mengambil hati saudara kesayangannya itu.
"Bukan culik, tapi gaduh. Ergh, menyampah la dengan laki tadi tu. Eeee elok-elok mood aku seronok dah bercuti dua minggu ni, dah nak balik ni pulak lah ada orang rosakkan mood aku!'', rungut Nadiah geram.
"Ha!? Lelaki mana weh! Yang hang terlanggaq tadi tu ka? Uihhh segak noh dia aku nampak! Apa jadi weh, apa jadi? Ala weh cepatlah spill the tea!", Syasya menggoncang badan Nadiah kuat merayu-rayu untuk dia membuat story-telling di situ. Kenal sungguh dengan perangai Syasya, bicara saja tentang makhluk bernama lelaki, dialah orang pertama yang terpacak. Jauh sekali perangainya dengan Nadiah, anti-lelaki. Tidak sepenuhnya membenci lelaki, namun dirinya memaksa untuk memasang rantai besi yang mengikat hatinya asbab satu tragedi yang menjadi coretan sejarah dalam hidupnya.
"Cerita dia macam ni...", kepala Syasya dan Nadiah mendongak ke atas seolah-olah mengimbas kembali apa yang telah berlaku beberapa minit yang lepas.
"Ohhh macam tuuuu, patutlah hang berpeluh semacam! Aku ingat hang kene kejaq dengan hantu, rupanya gaduh dengan manusia, tch tch tch, berani hang noh Nadiah", Syasya kagum mendengar penjelasan Nadiah yang panjang lebar tadi.
"Oi! Ingat sikit eh, ni semua salah kau, kalau kau tak tolak aku tadi, takdanya aku duk bergaduh dengan dia macam perang dunia tadi", jelingan maut dilemparkan terus kepada Syasya. Nadiah masih lagi tidak berpuas hati dengan Syasya yang meninggalkannya seorang diri tadi. Syasya hanya tertawa dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, buat-buat tak bersalah konon!
"Tapi Sya...", tiba-tiba saja air muka Nadiah berubah, nada suara juga menjadi perlahan.
"Lah, awat pulak hang tiba-tiba sedih ni?", hairan Syasya dibuatnya.
"Jangan tinggalkan aku sorang-sorang lagi tau. Kau lupa ke apa jadi kat aku kalau aku kena tinggal sorang-sorang?", Nadiah memandang wajah Syasya dengan mata yang kuyu.
"Weh...aku minta maaf noh, aku lupa lagi pasal benda tu", Syasya memeluk tubuh kecil Nadiah, menggosok-gosok belakang badannya menenangkan Nadiah.
Syasya akui, Nadiah memang seorang yang berani. Namun, keberanian Nadiah hanya dipaksa supaya dirinya tidak terlihat lemah. Hakikat sebenarnya, ketakutan sentiasa menyelubungi dirinya. Lebih-lebih lagi dengan lelaki. Dia tahu kenapa Nadiah menjadi seorang yang anti-lelaki. Dia juga tahu kenapa Nadiah tidak boleh ditinggalkan seorang diri kecuali di rumahnya. Satu-satunya tempat yang mampu menghilangkan ketakutannya adalah hanya di rumahnya sendiri. Sejujurnya, Syasya terpegun mendengar Nadiah berlawan dengan lelaki yang diceritakan tadi. Betul ke ini Nadiah yang dikenali? Tetapi Syasya bersyukur, Nadiah tidak mahu ternampak lemah di hadapan orang lain terutama sekali di hadapan lelaki. Syasya hanya mampu mendoakan agar Tuhan sentiasa melindungi hati dan diri Nadiah. Dia hanya mengharapkan rakan-rakan karib Nadiah yang sentiasa menemaninya di sekolah dan di mana sahaja untuk menceriakan Nadiah.
"Nadiah, Syasya, jom gate flight dah bukak, tarik beg cepat, jangan tertinggal eh apa-apa barang", kedengaran suara lelaki menyapa mereka berdua.
"Ha tu, abang hang dah panggil, jom balik!", Syasya menceriakan suasana.
"Moksuuu!!!", suara kanak-kanak yang halus itu masuk ke dalam sistem pendengaran Nadiah. Terasa satu tubuh kecil memeluk kakinya.
"Iya sayangku Aisyah", diangkatnya anak buah yang sentiasa mencuit hati Nadiah. Aisyah memeluk erat Maksu kesayangannya setelah digendong.
"Umi mana?", soal Nadiah kepada Nadhir Sufiyan, abang kandungnya itu.
"Biasalah mak kau tu, tengah cuti-cuti pun busy dengan kerja dia haih", keluh Nadhir.
"Abang, tak baik cakap macam tu. Kan mak awak tu", bahu Nadhir ditepuk lembut isterinya.
"Yolaaa, baiklah Fazrin Zulaikha sayang", senyuman manis dilemparkan kepada Fazrin. Sengaja memanggil Fazrin dengan panggilan sayang, biar dia berbunga sedikit. Baru dia tau suami dia ini romantis orangnya!
"Ish! Malu la adik awak tengok!", merah muka Fazrin dibuatnya.
"Nadiah yang malu ke awak yang malu?", sebelah kening Nadhir diangkat menyoal isterinya. Fazrin hanya mencuit lembut lengan Nadhir. Suka betul dia mengusik!
Ditenung wajah Nadiah yang tiba-tiba sayu.
"All I need is your attention, that's all", Nadiah berbisik di dalam hati.
"Eh Syasya, Maklong dah tunggu dekat flight departure tu tau. Kang ada yang menangis pulak tak jumpa mak dia, hahaha!", Nadhir mengusik adik saudaranya yang berdiri di sebelah Nadiah.
"Uih hang ni, toksah lah bukak cerita lama noh", Syasya hanya tertawa mengenangkan peristiwa yang mencuit hati sewaktu dia kecil.
"Dahla jom gerak", Nadiah mengukir senyuman tawar di bibirnya.
Mereka berlima hanya memandang antara satu sama lain, tidak ingin merosakkan suasana percutian mereka. Beg bagasi masing-masing di tarik bergegas ke flight departure. Kelihatan jutaan manusia berkerumun sedang beratur menghulurkan passport dan tiket penerbangan mereka. Tangan Nadiah mula berpeluh, dia menggenggam kuat tangan Syasya takut jika dia terpisah. Sebelah tangannya masih memegang Aisyah yang sudah lena dibuai mimpi, selesa betul bersandar di bahu Nadiah.
"Nadiah, sini letak Aisyah dalam baby carrier ni", Fazrin memanggil Nadiah untuk memulangkan Aisyah ke dakapan ibunya. Nadiah hanya menuruti arahan kakak iparnya itu.
YOU ARE READING
~ MY HOME ~
Teen FictionTidak akan pernah ada jawapan yang tepat untuk sebuah perasaan, sifat, jiwa yang dinamakan 'Cinta'. Apa ia benar? Apa ia palsu? Apa ia sungguh diperlukan manusia? Apa makna cinta yang sebenarnya? " I wanna treat you with the best version of me. So...