BAB 1-YOU (d)

15 0 0
                                    

Harris mengimbas kembali wajah ibunya 10 tahun lalu.

"Mama!!! I'm back!!!", Ai Li Xiuying melihat anak lelakinya berlari-lari lalu memeluk kakinya.

"Iya sayangku Harris Uwais", tubuh kecil itu diangkat dan digendong. Senyuman manis terukir pada bibir Ai Li melihat anaknya yang berumur lima tahun itu.

"Mama, mana Jiya dengan Ecah?", Harris menyoal Ai Li.

"Kakak belum balik sayang, Ecah pulak tengah tidur. Shhh, jangan kacau Ecah tau, nanti dia nangis", jari telunjuk Ai Li diletakkan pada bibir Harris. Harris hanya mengangguk menuruti perintah mamanya.

"Papa mana?", soal Ai Li hairan. Kelibat suaminya lansung tidak terlihat setelah menghantar Harris pulang ke rumah.

"Papa cakap tadi Papa ada kerja nak buat dekat office", jelas Harris.

"Kerja? Tapi ni kan lunch hour, Mama dah siap masak makanan kat dapur tu", Ai Li mengeluh.

"It's okay, Mama! You can eat with Ayesh!", Harris cuba menceriakan Ai Li yang mula suram. Ai Li hanya melemparkan senyuman yang tawar terhadap Harris.

"Wait, I want to complete my work first, and then we will eat okay?", balas Ai Li. Harris memerhati mamanya yang sedang menulis sesuatu di dalam buku nota hard-cover berwarna blue-ocean bercetakkan tulisan 'Happiness'.

"Mama, what are you doing?", soal Harris.

"Hm? Oh, it's a quotes my prince. Puisi, mama tengah tulis puisi", balas Ai Li.

"T-e-r, ter, k-a, ka, d-a-n-g, dang", Harris mengeja satu per satu perkataan yang tertulis.

"Good job! Pandainya my prince ni", Ai Li mengelus lembut rambut Harris. Di sekolah, Harris akan belajar bahasa Cina manakala di rumah pula Ai Li akan mengajarnya bahasa Melayu. Ai Li tidak akan membiarkan anak-anaknya lupa bahawa mereka juga mempunyai darah Melayu.

Ai Li Xiuying dan Idris Iskhandar ditakdirkan untuk membina rumah tangga bersama. Ai Li Xiuying menganuti agama Islam setelah bernikah dengan Idris Iskhandar. Kata Idris, dia berjanji akan membimbing Ai Li dengan ajaran agamanya. Apakandaya, kekecewaan meragut perasaan Ai Li. Dia yang mencari tahu sendiri tentang agama Islam. Mujur hatinya sangat yakin bahawa Islam adalah agama yang benar. Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan berganti tahun, dia masih menunggu suaminya untuk menunaikan janji yang terikat di antara mereka, tetapi apa yang sering keluar dari mulut Idris hanyalah "tiada masa". Ai Li tidak tahu untuk berbuat apa, dia hanya mampu mendoakan agar Tuhan memberi hidayah kepada sang suami.

 Lamunan Harris terhenti apabila terdengar suara wanita dari kerusi hadapan memanggilnya.

"Yesh, okey tak?", Haziera yang baru terjaga dari lenanya lansung memeriksa keadaan adiknya.

"Ha? Oh, okay jee", balas Harris tenang.

"Yeke? Sorrylah tadi akak tertidur. Masa flight take-off tadi okay tak?", soal Haziera risau. Kebiasaannya Haziera yang akan menemani Harris sewaktu pesawat ingin berlepas.

"Nevermind, I'm fine", thumbs-up ditunjukkan kepada Haziera.

Kening Haziera diangkat sebelah, pelik memandang wanita yang sedang tidur sambil bersandar pada bantal yang diletakkan di bahu Harris. Setahu Haziera, Harris Uwais yang dikenalinya akan menolak mana-mana perempuan yang cuba mendekati dirinya, tetapi kali ini siap bersandar pada bantal kesayangan Harris pula tu! Huish, lain maciam!

"Hm, patut la okey je, ada awek kat sebelah rupanya", Haziera tertawa mengusik adiknya yang berhati batu itu. Harris hanya memberikan jelingan terhadap Haziera. Tiada masa nak berawek-awek. Ini kali pertama dan terakhirlah dia akan membenarkan wanita selain Haziera dan Hanessah mendekatinya. Lagipun, ini semua sebab dia tidak sengaja membuat Nadiah menangis tadi. Kalau tidak, takda maknanya dia rajin nak memujuk dan melayan karenah Nadiah.

















~ MY HOME ~Where stories live. Discover now