BAB 1-YOU (e)

28 1 1
                                    

4 jam telah berlalu. Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) telah memunculkan dirinya. Harris menyembunyikan tangannya yang berpeluh ke dalam poket seluar sewaktu pesawat melakukan pendaratan.

DING DONG!

"Welcome to the Malaysia International Airport. Sorry about the bumpy landing. It's not the captain's fault neither the co-pilot's fault. It's the Airasia. Please remain seated until the plane is parked at the gate. At no time in history has a passenger beaten a plane to the gate. So please don't even try. Also, please be careful opening the overhead bins because...'shift does happen'", sekali lagi juruterbang memberikan pengumuman selepas selamat mendarat.

Nadiah yang lama beradu kini terjaga dek terasa dahinya ditiup perlahan oleh sesorang. Otaknya perlahan-lahan menganalisis apa yang berada sekelilingnya. Kepalanya laju diangkat apabila merasa dia bersandar pada bahu seseorang. Matanya membulat, mukanya membahang menahan malu. "Aku sandar kat bahu dia ke tadi?", monolognya sendiri.

"Takda maknanya aku nak bagi kau sandar kat bahu aku, tak nampak ni ada bantal? Dah tepi aku nak amik beg", Nadiah tercengang akan pernyataan lelaki itu yang seolah-olah membaca fikirannya.

"Apahal kau tiup-tiup tadi?", Nadiah menyoal.

"Habistu kau nak aku jerit kat telinga kau ke?", balas Harris selamba.

Betul juga kata Harris, sudah cukup baguslah dia mengejut Nadiah dengan cara yang lembut.

Nadiah bangun dan beralih dari tempat duduknya. Harris mengatur langkahnya keluar dan membuka overhead bins perlahan-lahan. Nadiah menunggu lelaki di sebelahnya ini untuk mengambil barang-barangnya sendiri. Tiba-tiba, sebuah beg dihulurkan oleh lelaki asing itu.

"Beg kau kan? Amik", Nadiah menyambut beg sandang yang dihulur lelaki itu.

Kaki Harris yang baru selangkah bergerak terhenti apabila sport-bag hitam berlambangkan jenama Nike ditarik oleh Nadiah. Harris memalingkan tubuhnya terhadap wanita yang kelihatan seperti kanak-kanak kecil itu.

"Aik, takkan dah rindu kot?", Harris sengaja mengusik Nadiah. Apalah yang ingin disampaikan Nadiah agaknya.

"Terima kasih dan maaf. Terima kasih sebab comfort aku tadi sampai aku tertidur, then tumpangkan bantal kau untuk aku tidur. Sorry sebab aku sepak kaki kau and bergaduh dengan kau tadi. Sorry juga sebab aku tiba-tiba emosi tak tentu pasal", jelas Nadiah.

"Hm... tu je?", Harris memandang Nadiah selamba.

Nadiah mendongak memandang lelaki di hadapannya. Apa lagi dia nak? Minta maaf sudah, terima kasih pun sudah. What else?

Harris membongkokkan badannya ke paras ketinggian Nadiah. Mata almond-eyes Nadiah sejajar dengan mata monolid Harris.

"I'm impressed with you. Lain daripada yang lain. Kalau perempuan lain mesti dah tergedik-gedik minta nombor aku". Harris menarik pelitup mukanya ke bawah menyerlahkan wajah chinese-looknya kepada Nadiah. Nadiah menelengkan kepalanya sedikit kerana hairan dengan perbuatan lelaki di hadapannya ini. Dahla tak kenal siapa dia, tiba-tiba buat face reveal pulak? Pelik betul!

"Oh? Still tak tergoda eh? Aku handsome kot". Amboi! Confident betul Harris!

"Pfft! Wadehel? Seriously bro, kau ingat aku tergoda ke? Well, little do you know I am a half anti-man. Setakat muka macam kau belambak lah dekat Malaysia ni, ew, please!", Nadiah hanya mentertawakan niat sebenar lelaki itu yang ingin menggodanya.

Harris menegakkan badan dan memakai pelitup mukanya semula. "Hm, kuat iman betul budak ni, bagus-bagus. Ini barulah limited ekstra accident", Harris bermonolog di dalam hati.

~ MY HOME ~Where stories live. Discover now