Cp.14: Meeting with Sindar Elf

188 26 8
                                    

Bintik-bintik kecil debu kelihatan menari-nari di bawah pancaran cahaya matahari tengahari yang menyerong melalui tingkap. Ketika ini Aurelia telah pun berada didalam bilik pejabat bersama Elias dan Carlos. Mereka berbicara tentang itu dan ini. Tidak ada perkara yang penting cuma mahu mengetahui antara satu sama lain sahaja.

Dari perbualan tersebut Aurelia mendapat tahu yang Elias mempunyai ramai peminat perempuan. Meskipun begitu, dia masih belum berkahwin. Walaupun dia sudah berumur 65 tahun, dia tetap kelihatan tampan. Lagipula, Elias adalah separuh elf, jadi ianya sudah menjadi fakta bahawa dia akan lambat menua dan hidup lama berbanding manusia biasa.

Begitu juga dengan Carlos. Dia juga belum berkahwin mahupun mempunyai teman wanita. Katanya dia sibuk dengan urusan kerja.

Tidak lama kemudian, pintu bilik pejabat ini dibuka. Seorang wanita manusia dan gadis elf masuk ke dalam dengan wajah yang susah hati.

"Kami dah tak tahu nak buat apa lagi. Dia langsung tak mahu dengar apa yang kami kata." Keluh gadis elf yang berambut hijau itu.

"Huh? Rasanya aku pernah nampak dia..." Bisik Aurelia kepada Elias.

"Awak nampak dia malam semalam." Balas Elias. "Dialah yang menceroboh masuk dan memohon ampun kepada ayah awak."

"Oh, dia rupanya."

"Eh?! Ma-macam mana kamu ada disini?!" Gadis elf itu terkejut dan bertanya apabila tiba disebelah Aurelia. "Err, kalau macam itu tuan yang berkuasa itupun ada dekat sini ke?" Dia takut-takut bertanya sambil melihat sekelilingnya.

"Huh? Tidaklah. Ayah dengan uncle tak ada dekat sini."

Balasan Aurelia meredakan kerisauan si gadis elf itu.

"Tapikan, kenapa kamu ada disini pula?" Aurelia menyoal.

"Oh, saya datang sini malam tadi. Disebabkan saya belum lagi dewasa, saya disuruh pulang ke desa, tapi saya rancang untuk datang semula kesini untuk tolong sebanyak yang saya boleh." Jawab elf itu dengan ceria. "Saya kena bayar balik kebaikan mereka." Kali ini dia nampak bersemangat pula.

Wanita yang datang bersama gadis elf itu, tersenyum. "Kamu cuma mahu meneroka dunia manusia saja kan?"

Gadis elf itu tidak membalas dan hanya membuat muka cemberut.

Kemudian wanita itu terpandang seseorang yang tidak dikenalinya. "Warna rambut yang unik. Cantik. Siapa nama kamu?"

"Dia salah seorang daripada kita sekarang, nama dia Aurelia Clarence." Balas Elias. "Dia juga bangsawan."

"Wah, bangsawan rupanya, patutlah." Wanita itu tidak meragukan langsung kata-kata Elias kerana dia dapat tahu bahawa bangsawan masyarakat tinggi ada keunikan yang tersendiri. Oleh itu, dia mengagak yang warna rambut tersebut adalah keunikan mereka serta mereka mesti mempunyai magik yang berlainan daripada magik biasa. Dia meneka sahaja. "Jadi, kamu mesti pakar magik bukan?"

"Tidak, dia seorang penyeru. Dia lagi kuat daripada Rowan." Elias menjawab sebelum Aurelia membuka mulutnya.

"Dia bukan sahaja mahir bahkan dia adalah anak kepada tuan yang berkuasa." Ucap gadis elf tadi bersungguh-sungguh.

"Hmm, apapun dia akan berkerja dengan kita, bukan? Jadi biar aku perkenalkan diri, nama aku Hoya." Katanya sambil bersalaman dengan Aurelia. "Aku ketua dalam kumpulan penghantaran."

"Gembira berjumpa kamu." Balas Aurelia dengan sopan. Daripada pemerhatiannya, Hoya berkulit sawo matang mungkin disebabkan dia selalu berada dipanas matahari. Badannya juga kelihatan berotot menandakan bahawa dia banyak membuat aktiviti fizikal. Dia mempunyai rambut berwarna coklat kemerahan dan nampak seperti berada diakhir 20-an.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now