Aara melangkah laju meninggalkan dewan. Panas sekali hatinya sekarang ini. Dengan adanya Rayzen, di tambahkan pula dengan mata-mata tidak lepas memandang.
Rimas sekali.
"Kau kenapa? Muram semacam aja." Tanya Vetty. Lipstick di buka sebelum di tenyehkan ke bibir.
Cermin menjadi topik utama.
"Tak ada apa-apa. Cuma semak dengan orang yang tak faham perasaan aku."
Balas Aara perlahan. Punggung mencecah atas singki bagi mencari keselesaan. Wajah jelas muram teraut di wajah.
"Rayzen?" Soal Vetty meminta kepastian.
"Eee! Can you stop mention that name. Aku rimas. Dari mula sampai akhir aku dengar nama dia. Special sangat ke dia tu sampai bermain di telinga aku."
Tegas Aara. Kenapa orang di sekelilingnya tidak habis menyebut nama jejaka itu? Bagus sangat ke jejaka itu?
"Sebab dia special lah, dia sentiasa bermain di telinga kau. Kau masih sayangkan dia kan?"
Perli Vetty. Wajah Aara di lihat. Seperti sesuatu aja gadis ini. Tak akan masih menyimpan perasaan dengan bekas teman lelakinya itu.
"Hello! Aku masih sayangkan dia? Mana kau dapat inform bodoh ni? Kau sedar tak yang dia tak layak dapatkan aku. Aku cantik! Aku kaya! Aku ada kuasa. Aku ada semuanya. Tak mati pun aku kalau tak ada dia."
Balas Aara dengan penuh yakin sekali. Tiada beza antara mereka berdua. Dua-dua berasal daripada keluarga senang. Namun perangai langsung tidak sama.
Rayzen mempunyai perangai yang manis, baik hati, tidak sombong. Manakala Aara pula, sombong, pembuli, kalau hendak di fikirkan, semua erti gadis buruk tertumpu ke arah nya.
"Cakap besar kau sampai langit ke tujuh Aara. Yes, kau cantik, kau kaya dan kau ada kuasa. But when it's come to your attitude, aku tak rasa semuanya baik-baik sahaja."
Balas Vetty lagi. Kini dia menyambung aktiviti yang tergendala sebentar tadi. Malas nak layan Aara. Sampai ke esok cakap besarnya tidak akam habis.
"Oh god! Attitude aku hanya berpihak kepada orang yang betul sahaja!" Tegas Aara.
"Kalau kau kekalkan mindset kau macam tu, aku rasa tak akan ada seorang lelaki pun nak kan kau. Contoh utama adalah, Rayzen."
Aara menjeling tajam Vetty. Main laki-laki pula. Dia mendiamkan diri. Terlalu melampau kah dirinya? Tapi ini adalah visi hidupnya.
*****
Aara berjalan berseorangan menuju ke arah dewan. Mata tidak lepas daripada memandang handset. Manakala tangan pula tidak lepas daripada keybord handset.
"Wiwit! Ada awek!"
Aara mengakat kepalanya. Sekumpulan pelajar dengan rambut berkaler di pandangan. Kini pandangan jijik di berikan.
"Siapa awek kau. Aku? Eh dengar sini, siapa sudi nak berkenalan dengan korang. Baju tak tentu fasal. Kasut apa tu? Lah ciplak ke? And rambut pacak macam rumput. Lah style apa tu? Ini zaman 20-an. Ada lagi ke penampilan kolot macam korang?"
Sinis sekali Aara berbicara. Tangan menunjuk-nunjuk ke arah mereka. Ahh ada hati kacau orang. Diri sendiri tak nak kacau ke? Eleh. Selekeh!
"Eh perempuan. Kau ingat kau bagus sangat ke? Harapkan duit mak bapak, baik tak payah. Kau lagi lah ketingalan zaman."
Balas lelaki itu dengan geram. Siapa gadis ini? Berani sungguh menghina mereka.
"Sebab aku bagus lah aku guna duit mak bapak aku. Kau? Mak bapak kau mampu? Tak kan? Lain kali periksa dulu diri tu. Kau orang semua ni sesuai dengan mamat mamat merempat. Kepam!"
Sentak Aara lagi sekali dengan tegas. Haa kan dah bagi peluru berpadu. Nak lagi, haa meh! Aku ni sentiasa aja sedia. Nak gaduh? Haa aku pun sentiasa sediakan penumbuk 10X dasyat aku ni.
"Alamak geng. Perempuan ni memang nak kena."
Tanpa menunggu arahan daripada ketua mereka, terus seorang lelaki menghampiri Aara. Dengan sedia, Aara mengambil spray serbuk cili padi miliknya.
Disembur tepat ke dalam mata lelaki itu. Terus meringis kepedihan. Tanpa mengelakkan lelaki itu bangun, terus alat sulit lelaki itu di sepak Aara dengan kasar.
"Hiyak! Kau ambik ni kepam!" Di spraynya berkali-kali.
"Haa meh lah sini! Aku kasi kau tumbukan M4 aku. Meh sini lah!"
Provok Aara. Dengan nipisnya sebuah iman kemarahan, terus mereka menghampiri Aara. Aara tersenyum sinis. Heh memang suka ke mata pedih? Haa ni aku bagi.
Dua botol penyembur cili padi yang bersize besar di keluarkan daripada beg. Dengan penuh perasaan, Aara menyemburkan seperti menyembur botol ubat nyamuk.
"Haa ambik kau! Ambik kau!"
Mereka terkulai akibat kepedihan. Uish! Boleh tahan pedih. Dapat dia rasakan dari sini. Lantas satu kayu di ambil daripada tepi.
Dia memukul mereka seorang per seorang.
"Ambik kau kepam!"
Dengan penuh perasaan Aara memukul. Lantas seorang demi seorang mereka berhadapan ke arah dirinya. Tepat menusuk ke dalam mata air cili tersebut di semburkan.
"Aara Nuha!"
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...