Cp.16: A Friendly Match

182 25 0
                                    

"Siapa lagi lepas ini?!" Soal Hoya dengan senyuman kemenangan.

Namun begitu selepas beberapa ketika, tiada sesiapa yang memajukan diri.

Hoya tertawa. "Laa, itu sahaja ke budak baru yang ada?" Perlinya.

"Hei, apa ini? Aku sangka kamu semua tak sabar-sabar nak berlawan?" Soal Bruse kepada sekumpulan orang yang mempunyai pakaian lebih kurang sama. Nampaknya merekalah orang-orang baru yang disebut-sebut sebelum ini. "Kalau macam inilah, baik tak payah sertai. Penakut!" Sindirnya.

Sindiran tersebut membuatkan orang-orang baru itu berasa tercabar. Oleh itu, salah seorang daripada mereka terus berkata, "Baiklah! Kami akan lawan! Tapi kami betul-betul boleh pilih sesiapa sahaja ke?"

"Wah, sudah tentu." Bruce sedikit kagum dengan semangat lelaki muda itu.

"Kalau begitu aku pilih dia!"

Mereka semua terdiam seketika sebelum orang-orang disekitar sekumpulan orang baru itu menyatakan tentangan.

"Boo..."

"Tak malu ke pilih orang lagi muda dari kau?"

"Lemah!"

Dalam ramai-ramai orang disitu, orang baru itu memilih Aurelia yang berdiri diantara Damien dan Carlos. Aurelia tidak berasa gentar ataupun takut akan tetapi dia berasa agak terkejut dan hairan. Adakah dia kelihatan lemah bagi orang tersebut? Tapi jika dibuat perbandingan, kebanyakan mereka yang sudah lama disini terlihat dewasa dan berpengalaman. Jadi mungkin ya dia kelihatan lemah bagi lelaki baru tersebut.

"Aku tak seberapa setuju dengan pilihan dia..." Kata Carlos kepada Bruce. "Elias bersungguh-sungguh untuk merekrut dia, jadi aku tak rasa ianya pilihan yang baik untuk budak baru itu."

"Hm, ini pertama kali aku dengar kau cakap begitu. Kebiasaannya kamu semua mahu berlawan dengan orang yang dikatakan kuat." Balas Bruce. "Kau rasa dia kuat sangat ke sampai buat kau berfikir begitu?"

Carlos cuma memberikan pandangan tidak pasti sahaja. Pada masa yang sama Aurelia mula berjalan ke tengah-tengah.

"Hurm, patut ke aku yang ganti dia?" Soal Carlos.

"Suka hati kaulah, tapi sebenarnya aku risau nak bagi dia lawan dengan siapa bila aku teringat dia itu orang bangsawan. Tapi biarlah, hahaha." Balas Hoya. "Well, kamu memilih dia! Jadi bersedia!" Katanya kepada si pemilih tadi sambil berdiri disebelah Aurelia.

Dan ini membuatkan orang baru itu berasa gembira. Tidak sangka dia dapat melawan dengan orang pilihannya sendiri. Kalau begini, dia mungkin ada peluang untuk menang. Tapi rakan-rakan sekumpulannya pun berfikir perkara yang sama.

"Sa-saya pun nak lawan dia!"

"Aku pun!"

"Samalah!"

"Huh? Semua orang nak lawan aku ini." Kata Aurelia.

"Tak apa, bawa bertenang." Ucap Hoya dengan senyuman. "Sekarang pergilah tunjukkan apa yang kamu boleh lakukan." Katanya lalu berundur ke belakang.

Pada masa yang sama Damien bergerak mahu mendekati Aurelia tapi dihalang pula oleh Hoya.

"Nope, tak boleh. Ini bukan sesuatu yang kamu boleh masuk campur. Duduklah dan nikmati perlawanan." Kata Hoya. Melihatkan Damien masih enggan berpatah balik, dia berkata lagi, "Ini bukan untuk mencederakan Aurelia, ia untuk melihat seberapa bagusnya dia."

Damien hanya berikan pandangan yang penuh keraguan sahaja sebelum berundur ke tempat dia berdiri sebentar tadi.

"Err..." Lelaki yang memilih Aurelia tadi mula berasa hairan. "Eh, aku fikirkan kami boleh pilih sesiapa sahaja."

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now