GIK 33

3K 180 11
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

"Tuan... Tuan... Saya dah dapat maklumat tentang Belle. Dia sebenarnya—"

SHING !!

KEPALA lelaki itu terputus setelah dilibas oleh samurai panjang. Bella tersenyum sinis. Dia mengambil kepala yang sudah terpisah daripada badan itu. Lalu dibawa ke suatu tempat. Darah-darah yang menitik hanya dibiarkan.

"Arghh! Apa ni?" soal Lara terkejut apabila melihat kepala yang dipenuhi darah bergolek diatas meja.

"Hantar kepala ni dekat Raysha. Dia ingat aku bodoh? Terlalu obvious. Taktik kotor dah lapuk. Langsung tak sesuai trend." ujar Belle dingin. Lara mengangguk sambil menutup hidungnya. Bau busuk!

"Aku nak bergerak ke Itali." ujar Belle. Lara terus memalingkan wajahnya kearah Belle tidak percaya.

"Buat apa?" soal Lara.

"Bayar hutang." ujar Belle.

"Bukan kau dah suruh budak-budak kau uruskan?" soal Lara.

"Lambat. Aku yang nak langsaikan hutang tu sendiri." ujar Belle.

"Siapa nak jaga Rio?" soal Lara. Belle memandang Rio yang sibuk bermain diruang tamu.

"Kau jaga, Rio. Aku yang pergi sana dengan anak-anak buah aku semua." ujar Belle.

"Tapi—"

"No excuse, Lara." ujar Belle. Lara mencebik. Sibuklah potong ayat orang. Dengki ke?

Belle naik ke tingkat atas dan membuka almarinya. Satu-persatu bajunya dibawa masuk kedalam bagasinya dan beberapa senjata api yang berbahaya disimpan. Belle memakai mask berwarna hitam dan topi. Dia turun ke tingkat bawah dan mendekati Rio.

"Rio, sini." panggil Belle.

"Mama nak pergi mana?" soal Rio.

"Mama nak pergi kerja sekejap. Rio duduk dengan aunty Lara okay? Behave yourself tau. Jangan degil-degil." ujar Belle.

"Okay mama... Mama hati-hati tau." ucap Rio. Belle mengangguk dan mencium kedua pipi anaknya. Dia mendekati Lara.

"Jaga Rio. Aku tak nak dia terluka. Kalau dia terluka, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau Lara." ucap Belle.

"Ya ya... Kau jangan risaulah. Aku akan jaga dia." ujar Lara. Belle tersenyum dan mengangguk.

"Aku pergi dulu. Apa-apa kau bagitahu aku." ujar Belle. Lara membuat tangan seperti memberi hormat kepada captain. Belle tersenyum dan keluar dari rumah itu.

Luggagenya dibawa masuk ke dalam bonet kereta lalu ditutup rapat. Dia membuka pintu bahagian pemanduan dan masuk ke dalam perut keretanya. Keretanya laju membelah jalan. Dia memarkirkan keretanya diatas kapal peribadinya yang besar. Dia memberikan kunci kereta kepada anak buahnya.

"Semua barang okay?" soal Belle.

"Okay, boss. Semua complete." ujar lelaki yang bernama Kiel itu.

"Pastikan lelaki tu ada dekat sana eh. Aku nak bunuh dia jugak malam ini." ujar Belle.

"Beres boss. Memang dah confirm, dia akan ke sana sebab dia akan berjumpa dengan Raysha." ujar Kiel.

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang