GIK 36

3.1K 169 5
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

"Fuck! He betrayed me?! Find him as soon as possible. I'll be there soon." Tangannya digempal kuat menampakkan urat-urat yang sedia ada sudah timbul. Rayyan hanya melihat abangnya yang marahnya sudah membuak-buak.

Macam dia tidak tahu, sifat lain dari Rain? Lelaki itu memang terlihat seperti seorang yang tenang dan dingin. Tapi dia mempunyai baran yang cukup berbahaya.

"Kita gerak ke Malaysia sekarang." kata Rain. Bibirnya diketap dengan perasaan marah yang sudah pada tahap maksimum. Tidak disangka, salah satu anak buah kepercayaannya iaitu Kiel mengkhianatinya.

Rayyan langsung mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon salah satu anak buah Rain untuk menyediakan private jet. Rain memicit pelipis dahinya kerana terlalu banyak kerja dan masalah yang satu-persatu muncul.

Rain melonggarkan tali lehernya yang dia rasa sudah terlalu rimas. Mungkin bagi Rayyan biasa-biasa sahaja tetapi jika mata-mata gadis yang melihat aksi Rain itu. Pasti akan tergoda dan dikatakan seksi.

"Ikut aku. Yang lain biar." arahnya. Rayyan mengangguk dan mengikuti langkah Rain. Bibirnya mengoyakkan senyuman senget. Sudah lama dia tidak melihat abangnya menyeksa dan membunuh anak buahnya.

Lelaki itu terbaring lemah setelah dibelasah oleh 20 orang anak buah Rain. Dia menjadi ketakutan apabila gerangan yang sedang menghampirinya. Air liur yang terasa perit dipaksa telan.

"How dare you, Kiel?" Kedengaran sinis sahaja kata-kata itu. Netranya tajam merenung Kiel yang terbaring lemah, dirantai dengan besi dan lebam-lebam yang ada pada seluruh badan lelaki itu. Tidak itu sahaja. Lelaki itu turut dipaksa tidak memakai apa-apa pakaian. Telanjang bulat. Auch malu tite.

Rain duduk bercangkung dihadapan Kiel. Diwajahnya kelihatan aura membunuh. Rain mencengkam rahang Kiel dengan kuat sehingga menimbulkan bunyi 'KRAK!'. Kiel mengerang kesakitan.

"Lepaskan aku lah!" Rain tersenyum sinis. Lepaskan dia? Dalam mimpi pun dia takkan lepaskan lelaki yang sudah menjadi pembelot itu. Silap besar.

"Kau bekerja dengan Laura untuk bunuh Rayden kan?!" Kiel terbungkam. Rain menggelengkan kepalanya.

"Kau tahu... Rayden tu ialah aku. Rayden yang Laura bunuh tu, tengah berdiri gah depan kau ni. Nampak? Nampak tak?!" Rain langsung berdiri dari bercangkung dan kakinya laju menyepak kepala Kiel kuat. Kiel mengerang kesakitan. Anak buah Rain yang lain ketawa sinis.

"Aku... Aku minta maaf. Aku perlu bekerja dalam dua geng dalam satu masa sebab aku perlu bayar kos perubatan ibu aku." ujar Kiel. Rain mengetap bibirnya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Bodoh! Alasan bodoh! Kau boleh je minta dengan aku duit tu. Tak perlu bekerjasama dengan isteri aku, hanya untuk dapatkan duit! Bodoh!" Rain hilang kawalan dan terus memijak-mijak kuat pipi Kiel berkali-kali. Rayyan dan anak buah yang lain tidak berganjak sama sekali.

Tiada simpati. Itulah tradisi De Clerq Family. Siapa yang berani menjadi pembelot. Akan diperlakukan sebegitu. Tidak kira siapa juga.

"Kau tahu..." Rain sengaja menggantungkan ayatnya.

"Once a traitor, always a traitor." kata Rain. Rain menarik Kiel dengan paksa untuk berdiri. Muka Kiel ditumbuk berkali-kali. Semakin teruk luka-luka yang terhasil di muka Kiel akibat tumbukan Rain itu. Lalu tubuh Kiel ditolak kasar sehingga lelaki itu jatuh bergolek.

Rain mengambil katana miliknya. Dia menarik keluar katananya dari sampul katana itu. Senyuman sinis mula terukir. Kiel berundur kebelakang dan kepalanya digeleng-gelengkan.

"Kenapa geleng? Takut?" Kiel bersujud dihadapan lelaki yang kejam itu.

"Aku minta maaf. Tolong jangan bunuh aku. Aku janji, aku takkan ulang lagi kesilapan ini." Kiel menggosok kedua tangannya merayu dengan lelaki yang ada dihadapannya.

"Hey, hey. Tak payah merayu. Aku tak perlukan rayuan kau. Sekali kau dah buat, kau ingat kau takkan buat lagi? Aku tak bodoh, Kiel. Aku tak bodoh!" Rain terus mencucuk katana itu tembus diperut Kiel sehingga tertembus habis ke hujung tangannya.

Rain menarik katananya itu kembali. Darah mula memercik dimerata-rata tempat. Dan yang paling banyak terkena diwajah Rain. Rain mengelap kesan darah dari wajahnya dan meludah diwajah Kiel. Mata Kiel terbeliak, badannya kaku dan jatuh tergeletak.

Rain menyunggingkan senyuman sinis. Dia berjalan mendekati Rayyan. Dia menatap Rayyan.

"Bersihkan tempat ni. Aku tak nak ada satu titis darah pembelot ni dekat sini. Hantar kepala dia dekat Laura. Dan letak nota ni. Claim bonus dekat Rayyan nanti malam." ujar Rain setelah menulis nota kecil lalu diberi kepada Rayyan.

Rayyan membaca nota itu.

You miss me, princess? Your beloved husband will come to claim you soon. —Rayden.

"Baik, King!" ucap mereka semua penuh semangat. Rain keluar dari bilik neraka buatannya itu.

          Laura membuang bungkusan yang berisi kepala Kiel. Jelas dia sangat terkejut. Kenapa dengan anak buahnya itu? Netranya menangkap satu helaian nota kecil. Dia mengambil nota itu dan membacanya. Wajahnya berubah.

"Rayden? Dia tak mati? But how can?" soal Laura tidak percaya. Sama sekali dia tidak percaya. Kerana dialah yang menikam Rayden. Tak mungkin lelaki itu akan terselamat setelah pisau itu telah merosakkan organ-organ dalamannya.

Sama sekali tidak masuk dek akal jika Rayden hidup semula. Lainlah kalau lelaki itu hantu. Laura menggelengkan kepalanya.

"Ni mesti kerja Rayyan. Tapi apa kena mengena Kiel dengan diaorang?" soal Laura.

"Lara!" panggil Laura.

"Kenapa?" soal Lara.

"Ni." Laura memberikan helaian nota kecil itu kepada Lara. Lara menekup mulutnya.

"Apa kena mengena De Clerq Family dengan Kiel?" soal Laura.

"Kiel?" soal Lara. Lara berjalan mendekati kepala itu. Dia terundur kebelakang. Dia kenal dengan lelaki itu.

"Ini... Ini anak buah De Clerq Family lah!!"

"Hah?!!"

Laura tetiba sahaja matanya menjadi gelap dan tubuhnya jatuh. Lara terus memegang Laura. Lara memanggil anak buah Laura. Mereka mengangkat tubuh Laura masuk ke dalam bilik Laura.

"Korang boleh pergi." ujar Lara. Mereka mengangguk. Lara mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon doktor peribadi Laura untuk memeriksa keadaan Laura. Dia tahu Laura terlalu penat sehinggakan collapse begitu sahaja.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update banyak sebab banyak idea. Yang tanya bila nak habis, Insha Allah dalam minggu ni habis. Author nak settle kan sebelum SPM. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang