GIK 37

3.1K 182 7
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

AIR pantai yang membasahi kakinya dibiarkan. Nyaman sekali rasanya. Dia menghirup udara segar. Terasa hidupnya sangatlah bahagia sekarang ini. Matanya menangkap momen-momen bahagia beberapa pasangan yang sedang bermesra-mesraan. Fikirannya mula menerawang.

"Jodoh aku sampai lambat lagi kot..." ujarnya. Dia duduk dipasir itu dan melihat matahari yang akan terbenam. Dia tersenyum. Indahnya ciptaan tuhan. Tiba-tiba azan maghrib berkumandang bagi seluruh umat muslim. Laura sedikit tersentak kerana ini pertama kalinya dia mendengar dengan jelas azan yang berkumandang.

Selalunya azan yang berkumandang tidak terdengar jelas atas faktor dia terlalu leka mengerjakan tugas. Dia tersenyum kecil. Alunan azan yang sangat menusuk jiwanya. Jiwanya terasa tenang.

"Aku suka." ujarnya perlahan.

"Awak suka?" soal satu suara. Laura terkejut melihat wanita disebelahnya yang bertudung labuh dengan pakaian jubahnya. Sempurna.

"Ya, saya rasa tenang sahaja." jawab Laura sambil tersenyum manis. Wanita itu mengambil tempat duduk disebelah Laura.

"Itu ialah sebuah petanda untuk awak." ujarnya.

"Petanda?" soal Laura.

"Haah. Petanda untuk awak mendapat hidayah dari tuhan." ujar wanita itu.

"Hidayah? Tuhan? Saya tak pernah percaya dengan tuhan. Sebab saya rasa tuhan tak adil." ujar Laura.

"Sebelum tu saya perkenalkan diri saya, saya Elina." Elina menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Laura. Laura menyambutnya.

"Laura."

"Beautiful name." ujar Elina.

"Same goes with you." balas Laura.

"Berbalik pada jawapan awak tadi. Boleh saya tahu agama awak? Saya tak berniat untuk bertanya isu sensitif ini sebab ianya melibatkan agama." ujar Elina.

"Saya tiada agama." balas Laura. Elina mengangguk faham.

"Kalau awak nak tahu, saya mualaf. Mualaf tu maksudnya orang bukan Islam berhijrah masuk ke dalam agama Islam. Maksudnya, berpindah agama." ujar Elina.

"Kenapa awak pindah?" soal Laura. Elina menguntumkan senyuman manis.

"Sebab saya tertarik dengan Islam. Ayat-ayat suci Al-Quran, cara solat mereka dan azan yang berkumandang. Saya jatuh cinta pada Islam sejak pertama kali saya mendengarkan azan berkumandang. Saya rasa tenang, aman dan selamat." jawab Elina. Laura hanya terdiam.

"Islam itu indah. Mungkin orang pandang pelik kenapa orang Islam berpakaian tertutup seperti saya. Tetapi itu ada sebabnya tersendiri." ujar Elina.

"Saya rasa, orang muslim pakai macam awak sebab tak nak tubuh kita dipandang oleh orang-orang yang bukan bergelar suami kita dan keluarga kita sendiri. Betul ke?" soal Laura.

"Yes, ibaratkan gula-gula lolipop. Jika awak nak makan lolipop, awak akan buka plastik dia kan?" soal Elina.

"Ya betul."

"Cuba kalau awak dah buka plastik lolipop tu dan awak biarkan diatas meja." ujar Elina. Laura berfikir.

"Semut akan berkumpul dan makan lolipop tu." ujar Laura.

"Bagaimana kalau awak tak buka lolipop tu dan biar atas meja?" soal Elina.

"Selamat." ujar Laura.

"Macam itulah definisi tutup aurat bagi kaum perempuan muslim." ujar Elina. Laura berfikir.

"Oh god, now I faham." ujar Laura teruja. Elina tersenyum gembira.

"Betul cakap awak. Islam itu indah. Saya dari dulu memang berminat dengan Islam tetapi saya terlalu leka dengan dunia saya. Saya meminum arak, berjudi, bergaul mesra dengan lelaki dan lain-lain." ujar Laura.

"Laura... Semua manusia pasti akan membuat kesalahan. Kita takkan lari dalam kesilapan. Termasuk saya. Saya tak sempurna. Tiada yang sempurna dekat dunia ni. Tuhan dah beri kita pilihan untuk buat kesalahan atau buat kebaikan. Tuhan takkan paksa kita. Tapi kehendak kita sendiri. Kita yang memilih dan tuhan yang menentukan." ujar Elina. Hati Laura sedikit terusik oleh kata-kata Elina.

Dia merasakan dia telah mensia-siakan hidupnya dengan bersuka ria sepanjang masa. Tidak sama sekali berfikir tentang tuhan sedangkan dia diciptakan oleh tuhan. Laura menoleh kearah Elina dan menggenggam tangannya.

"Elina... Awak boleh tolong ajar saya tentang Islam? Saya nak berubah." ujar Laura. Elina tersenyum.

"Awak yakin?" soal Elina.

"Ya... Saya cukup yakin dan saya memang betul-betul nak berubah." ujar Laura. Elina tersenyum manis.

"Boleh, asalkan awak ada kesungguhan dan niat untuk belajar lebih banyak tentang Islam. Ni kad saya. Saya guru disekolah ini. Saya yang akan mengajar anak-anak yatim membaca Al-Quran." ujar Elina. Laura mengambil kad itu. Dibaca perlahan. Tahfiz Al-Husna. Indahnya.

"Terima kasih, Elina. Saya amat hargai pertolongan awak." ujar Laura.

"Okaylah... Saya nak pergi solat dulu. Awak hati-hati tau. Kalau awak nak belajar, awak boleh datang dekat alamat tu. Saya sentiasa ada dari pagi sehingga jam 6 petang." ujar Elina.

"Baiklah... Thank you again, Elina." Bayangan Elina mula menjauh dari Laura. Laura menangkap gambar kad itu dengan jelas menggunakan flashlight supaya lebih safe. Jika kad itu hilang, dia boleh sahaja rujuk ditelefon pintarnya.

Laura berdiri dari duduknya dan berjalan menuju ke keretanya. Dashboard di dalam keretanya dibuka lalu diletakkan kad milik Elina di dalam itu. Dia menutup pintu kereta bahagian tempat duduk sebelah pemandu lalu berlari anak kearah tempat duduk pemanduan.

Tangannya menekan butang enjin keretanya lalu mengunci pintunya. Dia memasang tali pinggang keledar dan memastikan tali pinggang itu sudah terkunci rapi. Keretanya keluar dari parkiran pantai itu dan meninggalkan tempat itu.

Tanpa Laura sedari, ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh dengan senyuman. Lelaki itu dengan memakai hoodie berwarna hitam, topeng muka dan topi. Terlihat misteri tetapi orang yang lebih mengenalinya akan cam lelaki itu.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author update banyak sebab banyak idea. Yang tanya bila nak habis, Insha Allah dalam minggu ni habis. Author nak settle kan sebelum SPM. I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang