KELOPAK matanya dibuka perlahan-lahan. Dia mencuba melilaukan matanya ke sekeliling.
Setelah beberapa saat, dia sudah sedar dari mamainya, Jesse mengangkat badan dari kedudukan perbaringan.
Ditoleh kepalanya ke seluruh arah bilik tempat dia sedang berbaring ini.
"Saya..."
Jesse memegang kepalanya yang terasa berdenyut sedikit. "Saya di mana?"
Jesse memandang sekeliling bilik itu lagi. "Ah, ya... Saya di bilik saya sendiri..."
Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya yang membuatkan perasaan Jesse tidak senang tapi dia masih tidak ingat apakah yang bermain di mindanya. Terasa semuanya kabur.
"Apa yang saya tertinggal ya?"
Jesse memandang setiap objek di dalam bilik itu, mencuba mencari petunjuk apakah benda yang dia terlupa itu.
"Ini bilik saya... Tapi pada masa yang sama, bilik ini juga terasa asing..."
"It's like I was in the wrong place..."
Jesse melangkah turun dari atas katil dan mendekati tingkap bilik yang masih tertutup dengan langsir nipis. Jesse menolak langsir itu ke tepi dan dia memandang ke luar.
Yang dilihatnya di luar adalah kawasan perumahan yang tenang. Bunyi enjin kenderaan di jalan raya menandakan hari pagi yang sibuk di mana semua orang sedang bergerak menuju ke tempat kerja mereka.
Jesse memandang dahulu di kawasan jalan raya sebelum dia memandang ke kawasan perumahan itu. Dia melihat cahaya matahari yang sudah timbul di sebalik gunung.
Walaupun keadaan di perumahan itu nampak segar dan tenang, di hati Jesse tidak merasa seperti itu. Dia seperti merasa ada sesuatu yang tertinggal tapi Jesse tidak dapat mengingat apakah itu.
Kepalanya Jesse terasa berdenyut lagi dan Jesse menutup matanya, mahu mengurangkan rasa sakit itu. "Kenapa dengan saya ni?"
"Jesse? Are you up already?" Terdengar suara seorang wanita berumur dari luar bilik itu.
Jesse menoleh ke pintu dan pada masa yang sama, pintu bilik itu dibuka dari luar. Wajah seorang wanita berumur namun masih cantik muncul dari sebalik pintu. Wanita itu melihat Jesse yang sudah terbangun lalu melemparkan senyuman manis pada Jesse.
"You're up. Let's go down to the dining room. Breakfast is ready, sweetheart."
Dahi Jesse berubah menjadi seribu kerutan. "Mom?"
Terasa janggalnya situasi yang dia nampak di depannya sekarang ini.
Wanita yang dipanggil mama oleh Jesse itu memandang Jesse pula. Kali ini wajahnya berubah menjadi sedikit tegas. "Don't be late again for breakfast. Your younger brother would finish the omelette again."
Tanpa mempedulikan Jesse lagi, wanita itu menutup pintu bilik dan berlalu pergi.
Jesse masih lagi berdiri di sana dalam keadaan terkaku.
Beberapa minit mendiamkan diri, Jesse akhirnya melangkah keluar dari bilik itu. Walaupun hatinya masih terasa ragu, dia tetap berjalan di sepanjang koridor tingkat dua itu menuju ke tangga. Sepanjang perjalanan di koridor itu, dia memandang setiap struktur rumah dengan wajah bingung.
Setibanya dia di ruang tamu, Jesse boleh melihat seorang lelaki berumur yang berkaca mata sedang duduk di sofa sambil membaca surat khabar.
Televisyen di ruang tamu itu juga terpasang walaupun tiada yang mahu menonton.
Saat menyedari ada Jesse, lelaki berumur tadi mengangkat kepalanya ke arah wanita itu. Segaris senyuman terukir di wajahnya. "Ah, Jesse... My lovely daughter. Hari ini kamu mahu papa bawa kamu ke pusat beli belah sebab nak beli sesuatu, kan? Nanti lepas sarapan lekas bersiap dan kita akan pergi..."
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Phiêu lưu(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...