Jarum jam hampir menunjukkan jam 10 pagi dan ketika ini Aurelia sedang berjalan beriringan dengan Damien ke padang latihan. Dia tidak pasti apa yang mereka akan lakukan disana, mungkin melakukan perlawanan, siapa tahu?
Sekarang bila Aurelia fikirkan kembali, hari ini ialah hari ketiga dia menyertai organisasi Elias. Perkara ini bukanlah teruk kerana ia boleh membantu dia untuk mengenali dunia luar. Malah ini juga telah menjadi pekerjaannya.
Berdasarkan apa yang Elias beritahunya selepas bercakap dengan ikan duyung, mereka akan bertolak dari pelabuhan berdekatan tempat ini, pergi menyeberangi laut Lactis, melalui selat Eurasia-Teskia dan tiba di laut Atlantia. Tetapi destinasi mereka yang terakhir ialah Caelora. Tanah yang bukan dimiliki oleh kerajaan Arlanta, tapi juga bersalji.
Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang Aurelia tidak faham mengenai Damien. Meskipun destinasi mereka berdekatan dengan kampung halamannya, dia berkeras bahawa dia tidak akan kembali sehingga dia selesai membalas jasa Aurelia. Caelora dan kampung halaman Damien tidak jauh, hanya mengambil masa sehari dua untuk sampai.
Elias tidak berkata apa-apa selepas mendengar keputusan Damien tapi Aurelia pasti yang dia mahu memulakan perdagangan dengan suku kaum Sindar elf, menggunakan Damien sebagai orang perantaraan.
"Oh, sampai juga kamu berdua akhirnya." Sapa Elias setelah melihat Aurelia dan Damien tiba di padang latihan. "Memandangkan semua orang sudah ada di sini, mari kita perkenalkan diri. Saya wakil kamu sekali lagi, Elias Bellevue. Ini pula kapten kapal dan pemimpin kamu, Maclin. Saya pasti kamu semua sudah tahu siapa dia." Beritahunya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang berpakaian seragam dengan wajah yang penuh formaliti dan berpengalaman.
"Saya diberikan tugas ini walaupun saya serba kekurangan. Mari kita jalankan tugas kita dengan baik nanti."
Kebanyakan mereka menepuk tangan selepas mendengar ucapan pendek dari Maclin.
"Sekarang kita akan menguji kemahiran kamu semua seperti sebelum ini. Kamu akan memasuki bulatan magik itu seorang demi seorang, dan melawan raksasa yang dibuat daripada sihir ilusi. Kamu semua tahu bahawa semakin lama kamu berada disitu semakin kuat raksasa itu jadi, bukan?" Kata Maclin.
Orang-orang selain Aurelia, Damien dan Elias memandang antara satu sama lain dan mengangguk. Kemudian, Maclin memandang seorang gadis berambut biru.
"Kamu Aurelia, bukan?" Soal Maclin.
"Benar itu, Sir Maclin."
"Kalau begitu, izinkan saya melihat kemahiran kamu dahulu."
"Maafkan saya, tapi saya perlu menolak. Saya mahu melihat orang lain beraksi dahulu sebelum saya." Balas Aurelia dengan sopan. Dia perasan yang Maclin mempunyai adab yang baik dalam berkata-kata. Mungkin dia pernah berkerja untuk orang bangsawan.
"Jikalau begitu, baiklah." Ujar Maclin meskipun berbelah-bagi menerima keputusan tersebut.
"Aww, ianya agak mengecewakan. Saya sangkakan saya akan dapat lihat kemahiran berpedang awak pula." Kata Elias sambil membuat muka kecewa dengan nada separuh bergurau.
Aurelia tidak membalas dan hanya berjalan menghampiri Elias, begitu juga dengan Damien. Dan ini membuatkan Elias berasa hairan dengan kelakuan gadis itu.
"Baiklah, siapa yang sukarela untuk mula dahulu?" Tanya Maclin kepada ahli-ahli lain.
"Saya, sir!"
"Silakan."
Ianya adalah seorang lelaki yang mempunyai warna rambut coklat seperti madu. Dia melangkah dengan yakin ke dalam bulatan magik sambil memegang sebilah pedang.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...