KEPADA YANG MULAI BACA CERITA INI, TOLONG BANTU SAYA SHARE KE;
RAKAN, IG, TT, MB WP DAN SEBAGAINYA.
TERIMA KASIH MEMBANTU SAYA DALAM MENJAYAKAN CERITA INI❤.
HAPPY READING💘!
●●
Brak!
Tersentak seisi kelas 4 al-Biruni bila pintu kelas ditabrak kasar dari luar. Langsung satu kelas berbisik sesama sendiri dan berjengit takut tika wajah sangar bengis jejaka yang menjadi incaran ramai gadis di sekolah memunculkan diri.
Kali ini siapa pula yang mencari masalah dengan jejaka itu?
Manakala guru yang mengajar kelas 4 al-Biruni itu menatap pelajar itu garang.
"Ada apa, Hilas? Kamu mengganggu yang lain ingin belajar! Balik ke kelas kamu!" marah guru perempuan tersebut.
Jejaka yang diberikan nama Hilas Erland Gavriel bukan akur akan arahan guru itu malah ia dengan mata helangnya yang cukup kelam, menelisik setiap sudut kelas. Nafasnya memburu sekalian rahang tegasnya mengetat. Jelas bahawa jejaka itu sedang dilanda emosi yang tak terbendung.
Sehinggalah matanya dipertemukan sosok pelajar lelaki berbaju sekolah yang agak tidak berkemas. Hilas menyeringai. Pantas kaki jenjangnya melangkah laju ke arah pelajar itu.
Pelajar itu sudah mundur merasa takut. Sudah mulai menggigil tubuhnya melihat wajah iblis Hilas.
"Come here, boy." Panggil Hilas tertahan.
Belum sempat pelajar itu mahu melarikan diri, kolar kemeja sekolah bahagian belakang ditarik kuat oleh Hilas. Tindakan Hilas membuat seisi kelas menekup mulut terkejut.
"Hilas! Lepaskan dia!" jerit guru itu kepada Hilas.
Hilas berbalik sekaligus menarik pelajar itu paksa. Menatap guru itu sinis sebelum dengan gampangnya menyeret pelajar itu mengikut langkahnya yang besar. Terseok-seok langkah pelajar itu kerana cuba menyaingi langkah besar Hilas.
Aksi Hilas semestinya menarik perhatian pelajar-pelajar yang berada di sekitar sana. Mahupun di dalam kelas, Hilas mendapat perhatian tanpa diundang. Mereka bersuara kecoh melihat Hilas mengheret pelajar lelaki itu.
"Lepas, anjing!" jerit pelajar bernama Zachry itu kepada Hilas.
Hilas mendengar itu, berbalik lalu membogem keras ke rahang Zachry. Zachry jatuh terduduk ke lantai ibu tangga. Menyentuh rahangnya yang menerima penangan padu dari Hilas.
YOU ARE READING
𝗦𝘂𝗰𝗵 𝗔 𝗚𝗼𝗼𝗱 𝗗𝗮𝗱𝗱𝘆| 𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞
Romansa𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana kesilapan yang tak terduga, satu sosok kecil muncul menghantui hidupnya saat di umur hampir 18 tahun...