Maya atau ilusi

444 14 4
                                    

ILUSI

Pernahkah anda merasakan, sesuatu yang anda merasakan berbeza seperti anda dalam dunia khayalan, merasakan hanyut dan melayang-layang walaupun anda tidak mengunakan sesuatu dadah, extesy, gam dan semua yang mengkhayalkan. Tak pernah? Ok, saya akan menceritakan kepada anda. Harap anda terhibur....

Ketika itu, malam, saya sedang menonton television. Tak pasti tajuk cerita itu, tetapi saya tetap menontonnya. Dimana, ada seorang, maaflah sebab saya tak perasaan samada lelaki ataupun perempuan, sedang membaca sesuatu pada skrin komputer. Sama seperti anda, mungkin, tekun membacanya, khusuk, tidak menghiraukan semua yang berlaku disekeliling, seperti anda sekarang ini.

Dia memalingkan pandangan ke arah belakang. Meneliti sekeliling, untuk memastikan tiada sesiapa yang memerhati ataupun mengintipnya. Matanya kembali melihat skrin semula. Tiba-tiba matanya membulat, seperti ketakutan, apabila dia membaca, 'Dia memalingkan pandangan ke arah belakang. Meneliti sekeliling, untuk memastikan tiada sesiapa yang memerhati ataupun mengintipnya. Matanya kembali melihat skrin semula.' Dia itu mula terbangun dan menjauhkan diri dari skrin tersebut.

Saya mula bosan dengan cerita tersebut, ketika saya mahu menukar siaran, tiba-tiba dia berkata "Haha, pandai betul budak ni buat cerita ni," saya kembali melihat cerita tersebut. Dia mula menyentuh tetikusnya dan skrol ke bawah, mungkin mahu melihat pemilik blog tersebut. Dia menyebut "Jokheri Felix de Pontian," Saya pula yang mengigil, termenung seketika. Terfikir sejenak, kenapa nama saya, nama dari laman sosial saya, facebook, muncul didalam cerita tersebut.

Tiba-tiba anda berkata, "Mengarut giler cite!" saya memandang ke arah skrin television. Anda terus membaca, seperti saya melihat anda membaca cerita yang saya karangkan. Bingung, keliru, dengan cerita ini. Mungkin dia merasakan dirinya sedang diperhatikan. Saya mula mengantuk dan mahu tidur, tetapi saya tetap mahu tahu penamat cerita itu.Dia mula bersuara, "Siapa budak ni? Macam mana dia tahu..." kata-katanya tergantung. Dia mula skrol ke bawah, melihat penamat cerita blog tersebut. Di akibatkan saya terlalu mengantuk, perlahan-lahan saya tertidur.

Keesokkan harinya, saya dijagakan oleh ibu saya. Bertanya pada saya kenapa tak tutup television tersebut, saya cuma boleh katakan, "Saya terlalu mengantuk sangat kot," "Tapi kenapa buka tv yang tak ada siaran?" tanya ibu saya lagi.

Cerita itu telah lama berlaku dan saya telahpun perlahan-lahan saya lupakan, sehingga saya terbaca cerita ini. What?!Asal... pelik kenapa cerita ini macam sama.. Tolong, tolong... Kat mana saya ni? Kenapa cerita ini.... Tolong, tolong saya... Mana realiti saya? Saya tidur kah? Tolong jagakan saya... Tolong....

CerpenWhere stories live. Discover now