BAB 12

2.2K 86 0
                                    

"weii , bangun ..." Airin mengejut dua orang rakan sekhemahnya itu . seawal 5.14 pagi ,si Airin itu telahpun bangun dan mengejutkan rakannya itu . bukan apa, risau pula dia kalau mereka perlu beratur menunggu giliran untuk masuk ke bilik air .

"pukul berapa dah ni...." Fana bertanya , masih lagi tidak membuka matanya

"pukul 6:30 dah weyhh !" tiba-tiba Airin meninggikan suara berpura-pura seperti dia terkejut . sebenarnya itu hanyalah taktik Airin untuk mengejutkan rakannya itu

"haa?! wehh kita dah lambatt ...!" Fana yang tidak bergerak daripada tadi terus terduduk dan bergegas mengambil barang mandiannya , keluar dari khemah dengan meletakkan tuala di atas kepala .

"weyh ! aku main-main je la ...baru pukul 5 suku , kalau ye pun..tunggu la aku ngan Ain yang tak bangun lagi ni" Airin akhirnya mengaku

"ishhhhh! kau ni buat orang menggelabah lah ! nasib baik aku tak lari pergi tandas lagi tau tadi...! " Fana geram kerana Airin menipunya tadi

"alaah , kalau aku tak cakap macam tu mesti kau tak bangun kan....heyhh Ain ! bangunlah ...!" Airin pulak yang geram kerana Ain langsung tidak memberi respon

"weyh bising lah korang ni , pagi-pagi dah gaduh..." terdengar suara Hani di khemah sebelah sambil membuka zip khemah untuk keluar

"sorry ,ni lah Airin tipu aku .. dia kata dah pukul 6:30 , menggelupur aku bangun" Fana menjelaskan

"haaa bangun pun !" Airin akhirnya lega kerana Ain telah pun bangun dari tidurnya yang lena itu

"dah la , alang-alang dah kita dah bangun, mandi aje lah terus " Hani mengajak

"Izzah dengan Najihah dah bangun ke ?"
tanya Fana

"dah ... kitorang terjaga sebab kau lah.."

"aduhaii bagusnya ... senang betul korang bangun , tengok Ain ni haa , orang menjerit , tolak-tolak , cubit-cubit even berperang sebelah dia pun tak bangun-bangun" Fana memerli . tetapi Ain malas ingin melayan kerana moodnya waktu pagi memang tak elok .

SURAU -6:17 A.M

"okay , semua dah berkumpul di sini? ada lagi yang tertinggal? " tanya abang Daus , faci yang sering mengimamkan solat jemaah sepanjang mereka di situ

"takde ....!" suara semua peserta yang lesu
"baiklah...safff!"

DEWAN MAKAN

"ishh aku tak nak makan nasi lemak ni... banyak kalori lah ... " rungut Izzah

"makan aje lah...kan rezeki tu..." Hani membalas lembut

"ye lah .. nak OD pon tak leh ...."
izzah merungut lagi

"OD tu apa?" tanya Ain

"on diet lah... tu pun tak tau" Izzah membalas

"ohhh ,kalau kau tak nak makan tu ,kasi aku hahahaha" Ain berkata sambil cuba untuk mengambil bungkusan nasi lemak dari Izzah

"ishh tak payah lah , baik aku makan daripada aku kelaparan nanti" Izzah mula menyuapkan nasi ke dalam mulut

"faster ! faster, kids ! apa yang lembab sangat ni , tak cukup senaman ke sampai jadi lembik ni . okay kalau macam tu pagi ni kita buat aerobic yang susah sikit " jeritan coach Nazri yang membuatkan semua peserta yang berehat-rehat selepas sarapan bergegas bergerak ke Dataran Padu .

"tak nakkk ...!! kitorang dah sampai dah ni , bertenaga lagi ,tak lembik ponn" semua peserta menolak cadangan coach Nazri tentang 'aerobic yang susah SIKIT' itu . bukannya apa , senaman petang semalam itu pun susah untuk diikuti dan memenatkan , apatah lagi bila coach Nazri ingin menyukarkannya lagi .

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now