MMG

108 16 2
                                    

Seminggu telah berlalu dan sekarang, sepasang suami isteri itu sedang duduk sambil menonton television.

"Sayangggg~" Panggil Felix. Aira menggumam tanda dia mendengar.

Malas dia nak jawab. Orang tengah tekun, waktu tu juga lah dia nak ajak bual.

"Awak taknak mengidam apa-apa ke?" Soal Felix. Aira memandang Felix pelik.

"Awak ni dah kenapa?" Soal Aira pelik.

Suamu dia ni tak betul ke harini?

"Takde lah. Saya nak juga jadi suami yang berbakti waktu isteri dia tengah pregnant" Terang Felix.

"Hah ye. Suami yang berbakti sepatutnya kena tau bila je waktu-waktu si isteri nak mengidam" Sindir Aira.

Felix memandang ke tempat lain.

"Tau lah!" Kata Felix dengan nada merajuk. Bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

"Eeeee mengada" Kata Aira sambil mencubit bibir Felix.

"Nanti kalau saya nak apa-apa saya bagitau tau?" Kata Aira. Felix tersenyum kemudian memeluk Aira erat.

"Kalau awak suruh saya travel satu dunia pon saya sanggup" Gurau Felix. Aira tergelak mendengar ayat dari Felix.

"Tapi- itu macam mustahil. Tak kisah lah! Apa pon yang awak minta, saya buat" Kata Felix lagi.

Well, Felix bukan ciri-ciri lelaki yang suka buat janji manis tapi tak laksanakan. Sebab tu dia bagitau awal-awal yang travel satu dunia tu mustahil.

"Hah ye lah. Cakap dengan baby jangan nak makan yang pelik-pelik" Kata Aira.

"Ouhh!!! Baby nanti jangan minta pelik-pelik tau! Kesian appa nanti" Bisik Felix pada perut Aira dengan nada teruja.

Aira hanya mampu tergelak. Ada-ada je karenah suaminya itu.

"Bila nak ambil Youngchul?" Soal Aira.

"Kejap lagi lah. Dia kan dekat rumah ibu. Tu mesti tengah seronok kacau abang awak" Kata Felix.

"Nany!!!! Tengok Minho Samchon!!" Jerit Youngchul apabila melihat Minho mengambil mainannya.

Dengan segera si nenek datang menarik telinga pakciknya itu.

"Aw aw aw!! Ibu!! Sakit lahh!!" Rengek Minho.

Malu tau kena tarik telinga depan budak kecik.

Sempat dia tengok Youngchul menjelirkan lidah padanya. Dasar budak kecik tak guna!

"Kamu ni kan! Dengan budak kecik pon nak cari pasal ke?!" Marah si ibu. Minho pandang ibunya dengan pandangan tidak puas hati.

Kacau? Dia kacau budak kecik tu? Hello?!?! Budak tu yang kacau dia tau! Dia pegang je pon!

"Tau lah tengah cuti. Tapi jangan lah tunjuk sangat yang kamu tu takde kerja nak dibuat" Minho membuat wajah seperti dikhianati.

Ini tidak adil! Macam mana dia boleh kalah dengan budak kecik?

"Ibu! Anak ibu yang tampan lagikan kacak ni tak buat apa pon tau! Min datang nak main dengan dia je. Dia yang tiba-tiba jerit panggil ibu!" Jawab Minho.

"Hah menjawab! Nak jadi anak derhaka ke?!" Soal si ibu.

Minho mengeluh perlahan.

'Aira! Please lah datang ambil anak kau ni!' Ronta hati Minho.

Sungguh tidak adil tau tak?

Bayangkan, korang datang nak main dengan anak sedara korang tiba-tiba dia menjerit macam kau baru je rosakkan barang dia. Tak ke sakit hati?

Sejujurnya, Minho ada rasa macam nak cekik budak kecik tu tapi anak sedara sendiri kan. Jadi dia hanya mamou bersabar.

Tak lama kemudian, loceng rumah berbunyi menandakan ada yang datang.

Minho sudah melompat gembira kerana menyangka bahawa Aira dan Felix yang datang.

Namun, harapannya hampa apabila melihat kakaknya dan bakal tunangnya itu datang melawat.

"Haish! Kenapa korang yang datang?"

"Kau taknak kitorang datang ke?" Soal si kakak. Baru sahaja Minho ingin menjawab, suara Youngchul bergema.

"Hyunnie Samchon!!" Jerit Youngchul.

Laju dia berlari menuju ke arah Hyunjin. Tanpa menunggu masa yang lama, Youngchul terus melompat ke arah Hyunjin.

Dengan cepat Hyunjin menyambut badan Youngchul. Nasib baik lah Hyunjin ni cepat sikit tindakan refleks dia.

"Hye Youngchul" Tegur Hyunjin dengan ceria.

Dia terus membawa Youngchul masuk ke dalam rumah. Sekali gus nak jumpa bakal mak mertua kan.

Biar lah kakak adik tu berdebat depan pintu. Malas dia nak layan. Baik dia layan anak sedara dia yang comel ni.
















Sejujurnya, a/n lupa siapa nama kakak Aira tu so yeah.

My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now