Imanina berdiri di hadapan cermin sambil memandang dirinya dari pantulan cahaya.
'Aku jijik, aku kotor, aku keji.' Desis hati Imanina. Tanpa dia sedari air matanya kian berguguran.Bunyi ketukan pintu dari luar.
Imanina menyekat air matanya dengan kasar.
"Iman, jom makan." Panggil tuan Zakri.Imanina berjalan membuka pintu.
"Hah keluar juga anak abah ni, jom makan." Pelawa Tuan Zakri.Imanina tersenyum dan mengangguk dia mengikut jejak Tuan Zakri.
Imanina dan Tuan Zakri duduk di meja makan."Iman, makan." Kata Tuan Zakri dengan lembut.
Imanina mengangguk dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya."Maafkan Iman abah, Iman terlupa masak dan Iman tak perasan abah pulang." Pohon Imanina.
Tuan Zaki tersenyum."Abah tak marah pun anak abah ni, abah tak kisah pun kalau abah yang masak. Selama ni pun Iman je yang selalu masak, apa salahnya sekali-sekala abah pula yang masakkan untuk anak dara abah sorang ni." baalas Tuan Zakri sambil tersenyum ke arah Imanina.
Imanina tersenyum manis.
"Abah tak sangka, anak abah dah mencecah 19 tahun dan dah habis STPM. Jadi lepas ni Iman nak sambung sekolah dekat mana?" soal Tuan Zakri dan memandang Imanina, menanti jawapan anaknya.
Imanina mengangkat bahu.
"Iman terima je mana-mana universiti yang di tawarkan oleh Iman." Balas Imanina.
"Kamu tak de nak rancang masuk mana-mana universiti yang kamu minat?" soal Tuan Zakri lagi.Imanina menggeleng kepala.
"Tapi abah okey ke sendiri dekat kampung? Iman risau lah dekat abah, nanti abah sakit siapa nak bantu abah? Siapa nak masakkan abah jaga pakai minum abah?" soal Imanina kepada Tuan Zakri.
Selama ibunya telah meninggal, dia lah yang mengurus semua pakai dan minum Tuan Zakri. Jadi dia berasa berat hati hendak berjauhan dengan Tuan Zakri.
Tuan Zakri tersenyum, sungguh dia bersyukur kerana di kurniakan anak sesolehah seperti Nur Imanina namun nasibnya sahaja tidak menyebelahi gadis ayu itu.
"Abah dah biasa Iman, dulu masa mama meninggal melahirkan kamu. Abah lah yang besarkan kamu sendiri sebelum kita pulang ke kampung, jadi abah biasa dah berseorangan. Abah Cuma nak kamu focus dengan masa depan kamu, bina hidup kamu. Abah tahu bukan senang nak teruskan hidup selepas apa yang terjadi dengan diri kamu setahun yang lepas. Abah bangga dengan kamu, sebab kamu mampu kuat menghadapi ujian Allah. Jangan pernah salahkan takdir, Allah sayang Nur Imanina, Allah tahu kamu wanita paling tabah. Jadi Iman kejar impian Iman okey anak abah?" soal Tuan Zakri.
Imanina tersenyum dan mengangguk.
Hanya Allah S.W.T yang tahu perasaannya kini, hatinya bercampur-baur dengan perasaan sedih, kecewa, terharu dan bersemangat untuk teruskan hidupnya.
"Dah makan lepas makan tidur, kamu cakap dengan abah kamu akan keluar dengan Nazim dan Elisha kan?"
Imanina mengangguk.
"Hati-hati. Ingat jangan cepat percaya lelaki, abah taknak lagi kes tu berulang kembali. Cukuplah sekali, abah rasa macam abah gagal lindungi anak abah, padahal abah ada anak sorang je bukan ramai pun." Ujar Tuan Zaki dengan sayu.
Imanina menggeleng.
"Abah tak salah pun." Kata Imanina ingin menyedapkan hati Tuan Zaki.
"Apa khabar abang Farid abah?" soal Imanina.Tuan Zakri terdiam sejenak sebelum dia melepaskan keluhan berat.
"Abah tak tahu ke mana dia sekarang, abah sendiri dah tak pernah dengar khabar dia. Tapi abah dengar, dia sekarang sambung belajar dekat luar negara. Tapi tak tahu lah, biarlah dia." Balas Tuan Zakri.Imanina tersenyum.
"Abah masih marah abang Farid ke?" soal Imanina.
"Bapa mana tak marah nak bila tahu anak dia rosak sebabkan darah daging kita sendiri? Tapi abah dah lama maafkan, cuma abah perlukan penjelasannya." Ujar Tuan Zakri."Abang Farid nanti nak balik Malaysia, bila tu Iman sendiri tak tahu. Ni pun Iman dengar dari mulut orang kampung." Balas Imanina.
Tuan Zakri hanya sekadar mengangguk.
Habis sahaja mereka makan, Imanina mencuci pinggan dan mengorak langkah masuk ke dalam bilik. Kini bilik Imanina berdekatan dengan dapur, manakala bilik Tuan Zakri berada di depan ruang tamu.
Imanina pergi ke ruang tamu untuk melihat abahnya.
"Abah Iman tidur dulu, abah jangan tidur lewat dan jangan beratkan sangat fikiran abah tu, nanti sakit." Pesan Imanina dengan lembut.
Tuan Zakri tersenyum dan mengangguk.
"Assalamualaikum abah, selamat malam." Kata Imanina sambil tersenyum manis.
"Waalaikumussalam selamat malam anak abah." Balas Tuan Zakri.Imanina tertawa kecil.
Kemudian, dia terus sahjaa masuk ke dalam biliknya dan merebahkan tubuhnya di tilam.Sejarah hitam itu berulang tayang di mindanya.
"I will make sure, this day you will never forget it. " Kata seorang lelaki yang telah merosakkan Imanina sebelum dia meneruskan niat jahatnya terhadap Imanina.
Imanina terduduk dan menggelengkan kepalanya berkali-kali.
'Astagafirullah alazim ya Allah.' Gumam hati Imanina.Dia segera membaca al-fatihah,ayat kursi dan surah tiga Qul. Kemudian, dia membaca doa tidur sebelum meletakkan kepalanya di bantal.
Dia melelapkan matanya.
Wajah seorang lelaki muncul, di mana lelaki itu adalah lelaki yang merogolnya. Namun wajah lelaki itu kabur-kabur di bayangannya.
"You have a good asset sweetheart. " Ujar lelaki itu.
Sekali lagi mata Imanina terbuak dengan luas.
" Astagafirullah alazim, ya Allah tolong aku ya Allah. Aku tidak ingin ingat apa yang telah berlaku dengan aku tanpa kerelaan ku. Sakit ya Allah, sakit menahan keperitan yang aku sendiri tanggung." luah Imanina sambil menangis.
Dia tidak dapat lupakan sejarah hitam yang berlaku dengan dia. Kisah itu sentiasa bermain-main di fikirannya, dia cuba untuk lupakan namun tidak dapat. Sungguh dia tidak kuat untuk harungi hari-hari esok.
Biarlah dia sendiri yang menyimpan rahsia itu dengan rapi. Tiada sesiapa mengetahui mengenai kisah silamnya termasuklah Nazim dan Elisha.
Imanina sekali lagi mencuba untuk melelapkan matanya.
YOU ARE READING
BUKAN KEHENDAKKU
Storie d'amoreKARYA KETIGA🌻 "I love when you shout my name sweetheart." ~ Iman Faliq. "Are you crazy Iman?" ~ Nur Imanina. "We have a same feeling, but not have a same world." ~ Eskandar Ethan. "No need to worry, I still behind you untill i die." ~ Nazim Haykal...