"Your body is beautiful. Your worth has nothing to do with your weight and your shapes. Every[BODY] is beautiful."
N
ama diberi, Thea Rayzel. Namun begitu, Thea merasakan dirinya tidak seindah nama sendiri. Thea seorang gadis bertubuh 'Chubby' mahupun 'Curvy'. Peha bergesel, perut berlipat, berkaca mata dan mempunyai sedikit jerawat di wajah.
Teman baiknya kata, dia tampak comel sahaja tetapi susah untuk Thea mahu terima. Hematnya, tubuh dia tetap besar dan gemuk. Dua kata, tidak cantik!
Kak Busu Hagemaru. Thea, Didi & Friends. Pelbagai gelaran Thea dapat kerana tubuhnya yang besar. Pada mula, dia menangis. Namun, lama kelamaan, hati Thea sudah menjadi pegal.
Thea Rayzel memiliki ketinggian 168 sentimeter dan 69Kilogram beratnya. Oleh kerana rasa meleng dengan tubuhnya, Thea tidak berani mahu bergaya dan mengikut 'Trend' dalam fesyen.
Thea Rayzel lebih selesa mengenakan blouse labuh dan kain yang kembang. Seluar? Baju jersi mahupun Hoodie? Awal-awal lagi Thea sudah menolak.
Reject! Reject! Reject!
Dari usia remaja, Thea sudah perlu merandai kata-kata nista daripada orang luar. Kawan sekelas? Guru jasmani? Mahupun jiran tetangga. Semuanya tidak melepaskan peluang untuk Body shaming terhadap Thea Rayzel.
Hatta, ibu dan adik beradiknya juga membuat hal yang sama kepada dia. Thea Rayzel terpunduk hiba.
"Thea, cuba jaga makan. Kawal portion. Makin besar mak tengok badan kamu ni,"-Puan Khairan.
"Baik kau diet, Ngah. Nanti andartu pula. Lelaki tak suka perempuan yang berbadan besar."-Thariq.
Dalam gelutan fikiran, Thea Rayzel mula bertindak. Dia mahu kurus dan langsung meletak sasaran berat badan yang perlu diturunkan. 54KG! dalam tempoh satu bulan.
Setiap pagi, Thea akan jogging di taman perumahan. Makan Cuma dua kali sehari saja. Tiada makanan dan minuman manis. Tidak ada juga makanan segera. Hidupnya benar-benar bergantungan dengan air mineral semata-mata.
Namun begitu, misi itu kecundang apabila Thea Rayzel pernah pengsan tiba-tiba di kantin sekolah. Mujur ada teman baik di sisi, tidaklah dia jatuh bak nangka di tengah alam.
"Kenapa kau boleh jatuh tak sedarkan diri, Thea? Aku tengok kau selalu saja minum air masak. 30 minit sekali pula tuh,"-Sarah.
"Aku sebenarnya cuma makan dua hari sekali sahaja. Aku nak kurus,"-Thea.
"Apa?! Sah! Kau dah gila!"-Sarah.
Thea Rayzel dan Sarah sudah berkawan baik dari usia 13 tahun. Setiap masalah dan rahsia pasti mereka akan kongsi bersama-sama. Termasuklah...
"Sungguhlah kau nak letak surat tu dalam beg dia? Kalau kena tangkap macam mana?"-Sarah.
"Mesti! Tahun ni, tahun terakhir dia sekolah. Nanti aku tak dapat tengok dia lagi,"-Thea.
"Banyaklah alasan kau! Kau dan dia kan, satu taman perumahan. Rumah keluarga dia selang dua baris dari rumah keluarga kau. Amboi!"- Sarah.
Pertemuan tidak sengaja itu, cukup untuk mencipta sebuah cinta di dada Thea Rayzel. Walau si gerangan mempunyai gelaran 'Budak nakal', tetap tidak menggugah rasa suka yang ada di dalam hati Thea.
Senior dia. Budak kelas belakang. Misteri. Sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata yang memandang si jejaka, pasti terasa aura yang tersendiri.
YOU ARE READING
Novel I HER ZUTTER GABRIEL
RomanceThea Rayzel seorang gadis bertubuh badan yang sedikit besar dan bercermin mata. peha yang sudah bergesel antara satu sama lain itu, cukup membuatkan Thea Rayzel tidak gemar memakai seluar sebagai pengayaan harian. Belum pakej lagi perut yang sedikit...