BAGASI milik Falia ditarik sehingga ke hadapan lobi. Falia memandang ke sekelilingnya. Nampak gah betul hotel yang dipilih oleh dirinya ini. Dia memandang ke arah sahabatnya yang berada di belakang. Elyana kini sedang sibuk membuat video untuk dihantar ke Instagram story miliknya.
"Ya cik? Cik ada buat tempahan bilik ke?" Seorang pekerja hotel menegur Falia. Falia terus menganggukkan kepalanya. Dia sudah menyiapkan segalanya dari awal.
"Saya dah booking satu bilik hari tu," jawab Falia ringkas.
"Boleh saya tahu atas nama siapa ya tempahan dibuat?" Pekerja itu menyoal Falia semula. Dia mahu memeriksa nama Falia dalam sistem komputernya.
"Falia Inara."
"Okey, sekejap ya." Pekerja itu terus memeriksa nama Falia. Elyana pula masih sibuk dengan media sosialnya. Sambil menunggu, mata Falia sibuk memandang ke sekelilingnya. Dia sebenarnya mencari kelibat seseorang.
Setelah menunggu selama dua minit, pekerja tersebut menegur Falia.
"Maaf cik Falia, nama cik tak ada dalam sistem kami. Mungkin cik salah hotel agaknya," beritahu pekerja hotel tersebut. Falia terkejut. Biar betul?
"Tapi saya dah booking. Macam mana pula boleh tak ada? Cuba awak check betul-betul." Falia sudah mula bengang. Mengapa pula namanya tiada dalam sistem?
"Saya dah buat double check. Memang tak ada tempahan atas nama cik Falia. Macam nilah cik Falia, apa kata saya daftarkan nama cik Falia untuk tempahan baru. Bilik pun masih banyak lagi yang kosong. Boleh?" Falia mendengus geram apabila namanya tetap tiada.
"Saya nak bilik yang ada view KLCC. Bilik yang saya dah tempah tu betul-betul menghadap KLCC awak tahu tak? Macam mana pula boleh tak ada dalam sistem?" tegas Falia. Elyana pula sudah berdiri di belakang Falia apabila terdengar pergaduhan kecil yang berlaku antara rakannya dan pekerja hotel tersebut.
"Alamak, bilik yang menghadap KLCC semuanya dah fully booked. Kalau saya bagi cik Falia bilik yang menghadap swimming pool boleh?" Pekerja tersebut cuba memberikan cadangannya.
"Apa benda ni? Semuanya tak ada. Tak efisyen langsunglah hotel ni. Saya tetap nak bilik yang menghadap KLCC! Awak faham tak?" Falia masih belum berpuas hati. Dia tetap mahukan bilik yang diimpikan olehnya.
"Fal, ambil jelah bilik mana-mana pun. Kira okey apa menghadap swimming pool." Elyana berbisik di tepi telinga Falia. Namun, Falia tetap dengan keputusannya.
"Tak nak, aku tetap nakkan bilik yang ada view KLCC." Falia membalas. Dia tidak akan berputus asa.
"Ada apa kecoh-kecoh ni? Luq, kenapa ni?" Seorang lelaki datang dari belakang Elyana.
"Cik Falia ni nak bilik yang ada view KLCC tapi bilik yang menghadap KLCC semuanya dah fully booked. Macam mana ya bos?" Pekerja yang diberi nama Luqman itu menerangkan keadaan kepada majikannya.
Lelaki yang berada di belakang Elyana itu terus bergerak ke hadapan Falia.
"Ya Allah, you lagi?!" Elyana hairan. Adakah Falia mengenali lelaki yang berada di hadapan dirinya ini? Tetapi jika direnung wajah lelaki tersebut, Elyana seolah-olah mengenali lelaki itu.
"Ya, kenapa? You ada masalah ke?" Falia menyoal kembali.
"Kali ni you nak buat kacau apa pula? Staf I dah cakap kan, bilik yang you nak tu semunya dah penuh. You tak faham bahasa ke?" Falia menjeling lelaki yang berada di hadapannya. Siapa lagi lelaki yang paling dibenci olehnya kalau bukan Ihsan?
YOU ARE READING
𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘
RomancePrinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesia...