•Pengenalan•

17 1 0
                                    

Di Galaksi Langkasinai terdapat 4 planet yang terpaksa berkongsi paksi.Paksi tersebut telah dinamakan sebagai Paksi Elven.Oleh itu,kesemua 4 planet tersebut telah berada di zon yang boleh didiami bagi atom yang kemudiannya membentuk kehidupan yang berbeza di setiap planet mengikut kelajuan,jenis tanih,tarikan graviti dan atmosfera planet.

Planet pertama adalah dunia Xander.Bangsa Xander agak sukar difahami dan sentiasa berbeza pendapat antara satu sama lain.Hal ini telah menyebabkan mereka berpecah menjadi beberapa kumpulan bangsa kecil atau etnik utama Xander iaitu american,mongoloid,malayan,ethiopian dan caucasian.Seiring berjalannya waktu,populasi kumpulan etnik ini semakin bertambah menjadi etnik utama dunia Xander dan perwatakan serta paras rupa mereka berbeza kerana mengalami evolusi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran permukaan planet Xander yang tidak stabil.

Planet kedua adalah Arion.Tidak seperti bangsa Xander,mereka mempunyai sejarah yang jelas kerana tidak berpecah malahan bangsa ini telah mempunyai institusi keluarga diraja dan tamadun sendiri sejak awal bangsa ini diciptakan.Oleh yang demikian,bangsa ini telah jauh kedepan daripada bangsa-bangsa di planet Paksi Elven yang lain.

Seterusnya,planet yang ketiga adalah Kartagama.Penduduk Kartagama tersangatlah alim dengan kepercayaan mereka.Raja Kartagama iaitu Raja Cylord merupakan pencipta kepercayaan mereka terhadap dewa dewi dan tuhan.Mereka juga mahir terhadap kedudukan bintang yang dapat memberi petunjuk tentang masa depan dan laluan Astral iaitu titik hitam dan putih yang dapat mengingkatkan perjalanan di galaksi.

Planet terakhir adalah sedikit istimewa iaitu Khalandra.Planet ini berputar dari kutub selatan ke utara bagi planet yang normal sambil mengelilingi matahari.Kutub utaranya berada di timur dan selatannya berada di barat.Hal ini telah menyebabkan kawasan siang bersuhu tinggi dan kawasan malam bersuhu rendah selamanya kecuali sewaktu planet Khalandra mengalami gerhana matahari atau bulan yang berlaku setiap 5 tahun.Oleh itu,bangsa Khalandra telah tinggal di garisan kawasan neutral planet itu.Kawasan neutral berada di pertengahan antara siang dan malam planet Khalandra.Mereka membina penempatan yang memanjang dari utara sampailah ke selatan.Mereka membina perumahan di kawasan yang dekat dengan malam manakala sumber makanan di kawasan yang dekat dengan siang.Agak sukar untuk dihadam kan:")

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Galaksi LangkasinaiWhere stories live. Discover now