BAB 1

0 0 0
                                    

Kehidupan yang tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang walaupun banyak kekurangan tersendiri. "huh" I'sya mengeluh. Dia mengelamun memikirkan masa depannya yang tidak ketahui penghujungnya. Hatinya berasa sangat perit. I'sya bergaduh dengan ibunya, ibunya sering melebihkan adiknya tetapi sering dinafikan. "Kalau la aku banyak duit dah lama aku keluar dari rumah ni." guman hati kecilnya. Air mata I'sya mula membasahi pipi gebunya. Dia penat! penat memikirkan bagaimana harus dia luahkan perasaan yang lama dia pendam ini.
I'sya mengeliat dan mengosok matanya. "sedapnya tidur lepas nangis ni," I'sya menguap besar. Bermula februari ini bermula cuti sem pelajar sem 1 falkulti sains gunaan manusia memang kaw kaw la si I'sya kadho tidurnya. "hm harini nak cari kerja dekat mana pulak penat la nak cari semua tak nak kerja partime ish!" getus I'sya geram yang sebal dengan semua tempat kerja yang dia cari tiada satu pun yang melekat. "dah la baik aku bersiap, aku dah la nak sambung merajuk lagi alah-alah aku kalau tak jadi perempuan complicated bukan aku la," I'sya membebel dalam hati dan terus menuju ke bilik air untuk bersiap mencari tempat kerja sementara sebelum start sem 2.
"Try kedai ni lah," I'sya menanggalkan helmet lalu menuju ke cashier kedai tersebut. "Ermm nak tanya kak dekat sini ada tak ambil pekerja untuk sekarang?" tanya I'sya kepada penjaga cashier perempuan itu. Cashier perempuan itu memandang I'sya atas bawah seperti tidak suka penampilan atau character si I'sya. "Urk untuk sekarang takde la nak pon lelaki je," jelas akak cashier tersebut dengan gaya kereknya. "bapak la acah gila akak cashier ni," I'sya mengetap giginya kerana menahan marah. "Ouh kalau macam tu takpe lah terima kasih," senyuman fake diberikan kepada akak cashier kerek itu lalu dia memasuki kedai speedmart itu dengan muka tidak malu. "Eleh nak cover malu la tu, tu yang masuk nak acah beli barang," sindiran akak cashiee itu masih jelas di pendengaran. I'sya terus mengambil bakul yang berdekatan dengannya lalu terus mengambil berbagai jenis snack dan minuman bergas. Setelah banyak yang diborongnya dia segera menuju ke kaunter pembayaran. Akak cashier hanya terdiam lalu terus scan barang yang dibeli I'sya satu per satu. I'sya membelek-belek dompetnya dihadap akak cashier tersebut dan membuatkan akak cashier seperti tertanya-tanya. Lagi 3 barang yang masih belum discan. I'sya tersengih lalu memulakan rancangannya untuk balas dendam terhadap akak cashier kerek itu. "owh! Alahmak tak bawa duit la pulak," kata-kata I'sya membuatkan riak wajah akak cashier bertukar merah padam. "Tak jadi la nak beli kak sorry sesangat," I'sya membuat muka sedih dan terus berlalu ke motornya. Sebelum bergerak pergi dia sempat memberi sengihan puas hati kepada akak cashier yang kelihatan sedang memaki-maki I'sya dalam hatinya. Tanpa sesiapa sedar ada mata yang memerhati akan agenda itu tadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RINDU SAYANGWhere stories live. Discover now