bab 22'

1.4K 141 12
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis


BUNYI hempasan kaca mula kedengaran di dalam bilik malap itu . Hempasan demi hempasan dilakukan olehnya .

"Arghhhh ! Bodoh ! Bodoh !" Teriak nya kasar . Rambutnya yang sudah serabai itu ditarik kuat seperti orang gila . Kerusi kayu yang berada berdekatan dengan nya disepak kuat sehingga membuatkan kerusi itu patah .

"Sial ! Kenapa ? Kenapa kau perlu kahwin dengan dia ? Kenapa kau perlu jadi isteri dia ?!" Jerit nya kuat . Hembusan nafas laju nya kedengaran jelas di hawa telinga .

"Kau patut jadi milik aku . Kau patut jadi isteri aku ! Bukan si setan tak guna tu !"

"Aku yang cintakan kau , aku yang sayang kau separuh mati tapi..."

"Tapi kenapa dia ? Kenapa dia juga yang kau pilih ?! Kenapa musuh aku , bodoh !"

Matanya tajam memandang frame yang tergantung cantik itu . Perlahan dia melangkah mendekati frame itu . Ketawa sinis kedengaran keluar dari mulutnya . Tanganya diangkat dan diletakkan di atas frame itu .

"Kau sepatutnya jadi milik aku . Hahaha aku...lambat ke ? Atau...dia terlalu cepat ?"

Tangannya perlahan - lahan mengusap frame itu . Kepala didongakan memandang wajah Orkid . Terus keluar senyuman psycho miliknya . Lama - kelamaan , senyuman itu bertukar kepada suara tawa yang menakutkan .

"Hahaha ! Kau tak boleh lari sayang , tak boleh . Kau akan tetap jadi milik aku , aku pasti itu . Lambat atau cepat saja proses nya."

"Tunggu aku , sayang . Kita akan bahagia nanti."

Dan serentak itu ketawanya mula bergema kembali . Ketawa yang sudah selalu didengar oleh anak - anak buahnya yang berjaya di bawah . Masing - masing sudah menelan air liur mendengar tawa itu . Seram !




































MAJLIS persandingan dua mempelai kini berlangsung . Hayden yang kelihatan kacak di dalam sut berwarna hitam itu sedang sibuk membaiki diri lagi di hadapan cermin yang terletak di luar dewan hotel . Dia kini sedang menunggu bidadarinya turun dan selepas itu mereka akan masuk ke dalam bersama .

Daniel pula menyandar kan dirinya pada dinding berdekatan . Dia pengiring kepada pengantin lelaki . Dia memaki sut berwarna grey dan segak mengemaskan gaya rambutnya malam ini .

"Awak."

Teguran dari suara yang sangat mereka kenali membuatkan dua sahabat itu berpaling . Terpaku Hayden melihat permandangan itu . Orkid Nadirah yang cantik dalam busana berwarna putih bersama sejambak bunga di dalam genggaman nya yang berwarna emas membuatkan Hayden tidak mengalihkan pandangannya . Mata Hayden tunak memandang wajah bersih itu . Hanya disaluti make up nipis dan gincu berwarna yang sepadan dengan warna kulit Orkid .

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now