Kain direndam ke dalam air panas. Kemudian, tangan Namjoon memerah kain tersebut. Lalu, dituamnya atas luka dan lebam pada tubuh Hoseok. Siang tadi, Taehyung memukul Hoseok bertubi-tubi. Apa salah Hoseok?
Hoseok menahan sakitnya. Hati Namjoon sayu melihat keadaan Hoseok. Sampainya hati Taehyung memukul anak istimewa ini.
"Apa salah Ho-Hobi? Kenapa semua orang tak su-suka Hobi? Sebab Hobi ca-cat?" tanya Hoseok pada Namjoon. Matanya terkebil-kebil. Soalannya membuatkan hati Namjoon luluh. Namjoon menggelengkan kepalanya.
"Tak, Hobi jangan la cakap macam tu. Semua orang sayangkan Hobi." balas Namjoon. Hoseok hanya mengeluh perlahan. Tabah saja la menghadapi bermacam-macam hinaan orang terhadapnya.
"Hobi, makan bubur ni. Ayah ada buat tadi." Namjoon menghulurkan semangkuk ayam. Hoseok menggelengkan kepalanya. "Hobi puasa la ayah. Lagipun sekarang dah pukul 7. Sikit je lagi."
Namjoon tersenyum kecil. Dia mengangguk. "Okay la kalau macam tu. Ayah pergi siapkan makanan untuk abang kamu berbuka ye? Nanti dah masuk waktu, Hobi makan bubur ni tau?" Hoseok mengangguk laju sambil tersenyum.
Namjoon berdiri dan berjalan menuju ke dapur. Sebelum itu, sempat dia memandang ke arah Jimin. Dia menggeleng kepala berulang kali. Hairan dengan kelakuan anaknya yang seorang itu.
Kelihatan Jimin sedang terjoget-joget depan televisyen. Berdangdut agaknya.
"kaMU gaTAL GaTal gAtAL.."
Jimin memakai cermin mata hitam.
"Chim, baik kau tolong ayah ni ha hidangkan lauk." tegur Namjoon.
"Ish! Kejap la nak post video ni." Jimin berdecit. Sibuk je Namjoon ni.
Tiba-tiba Jimin berlari menghampiri ayahnya. "Ayah ayah ayah!"
"Apa dia?"
"Ayah jom la ikut tren ni! Mesti ayah famous. Bila dah famous, boleh buat live, pastu dapat duit. Macam Chim!" kata Jimin panjang lebar.
"Eh! Kau ni dah gila eh? Aku ni dah tua! Kau tu orang muda sesuai la!" marah Namjoon. Dia menepis tangan Jimin perlahan.
"Haaa sebab ayah tua la ayah kena buat! Orang kita ni kan suka tengok benda-benda pelik, yang luarbiasa. Baru la senang famous!" jelas Jimin lagi. Namjoon pantas menggelengkan kepalanya. "Ah! Tak nak aku!"
Jimin menggulingkan biji matanya. "Ayah ni! Apesal la tak macam ayah orang lain? Sporting la sikit!" kata Jimin lalu dia duduk di meja makan bersama Namjoon. Namjoon hanya mendiamkan diri. Walaupun dalam hati sebenarnya dia terluka dengan kata-kata Jimin apabila dibandingkan dengan orang lain.
Tiba-tiba, pintu rumah dibuka kasar. Terkejut Namjoon dibuatnya.
Kelihatan Jungkook, masih berpakaian sekolah. Tali leher dilonggarkan, baju sekolah tidak dimasukkan ke dalam seluar. Tangan kanan memegang plastik air Teh O Ais. Dia menyedut air itu.
"Kook dah balik!" katanya sambil menutup pintu.
Jungkook berhenti menyedut minuman apabila ternampak Namjoon sedang merenungnya. Mata Jungkook memandang kiri dan kanan berulang-kali. Kepala yang tidak gatal, digarunya. Situasi berubah janggal.
"Kau tak puasa Kook?" tanya Namjoon.
"Tak, puasa setengah hari je. Lagipun tadi, Kook tak bangun sahur." Namjoon hanya menggelengkan kepala. Dah besar panjang pun puasa setengah hari.
"Lain kali, dah balik sekolah tu, berehat kat rumah. Bukan keluar pergi merempit." perli Jimin. Jungkook menyepak kerusi Jimin.
"Kau diam lah!"
"Ha dah dah! Jangan tambahkan pening kepala ayah! Tadi dah la si Tae buat hal." potong Namjoon.
"Tae apehal, ayah?"
"Dia pukul Hobi." jawab Namjoon.
Jungkook mengangguk kepala perlahan. Dia menyedut Teh O Aisnya. "Layak." katanya.
Belum sempat Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik, Namjoon menahannya lagi. "Eh jap tunggu, Kook!"
Jungkook menghentakkan kakinya. "Eee! Apa lagi ayah?! Kook nak masuk bilik lah!" tengking Jungkook.
"Apesal balik lewat? Kook pergi mana? Bukan ke kalau bulan puasa, sekolah bagi balik awal?" tanya Namjoon.
"Ye memang la balik awal. Kook pergi rumah Mingyu." jawab Jungkook acuh tak acuh.
"Kau ponteng sekolah ye?" teka Namjoon.
Jungkook hanya melemparkan riak wajah menyampah. Dia menggulingkan biji matanya. Kemudian, dia masuk ke dalam bilik. Pintu bilik sengaja dihempas. Namjoon mengeluh. Sudah dia agak. Jungkook pasti ponteng sekolah.
🎆
HAIIII
SO SORRY SEBAB LAMBAT UPDATE
DAH SEMUA ASSIGNMENT NAK KENA SUBMIT DLM SATU MASA HM SUSAH LER
SELAMAT BERPUASA <3
TYPO TU HM ABAIKAN
YOU ARE READING
✅ Ayah • BTS
Fanfiction💔 SAD ENDING! 💔 Edisi Ramadan 🌙 Kehidupan seorang ayah bersama 6 orang anak lelaki yang pelbagai ragamnya sepanjang bulan puasa. "Jin, raya ni jangan lupa balik ya?" -Namjoon "Ha tengoklah nanti. Saya busy ni." -Seokjin "Kalau aku tak jual mercun...