Jungkook meletakkan kepalanya di atas meja. Suasana kelas yang bising, tidak dipedulinya. Buat seketika waktu, dia melelapkan matanya. Penat.
Hari ini Jungkook puasa!
Tiba-tiba, dia disergah oleh rakan baiknya, Mingyu, Bambam dan Yugyeom. "Kook! Kau apesal ni? Kalah eh malam tadi?" tanya Yugyeom.
Jungkook segera mengangkat kepalanya. "Eh, cakap baik sikit eh? Aku kalah? Takde dalam sejarah hidup aku." Jungkook menjeling rakan-rakannya itu.
"Dah tu, kenapa kau jadi macam ni? Lemah semacam." tanya Mingyu pula.
"Aku puasa." Jungkook kembali meletakkan kepalanya di atas meja. Bambam ketawa terbahak-bahak diikuti oleh Yugyeom dan Mingyu.
"Tak pernah dalam hidup aku dengar Jungkook puasa. Dah nak kiamat agaknya!" kata Bambam selamba.
"Kau ni, jom ikut kitorang kat tandas. Mingyu ada bawak air sirap. Jom ah!" pelawa Yugyeom.
"Aah! Jom ah! Aku bancuh kat rumah tadi." sampuk Mingyu pula. Dengar saja perkataan 'air', terus Jungkook kembali segar. Ditariknya tangan kawan-kawannya itu menuju ke tandas.
Alahai Jungkook!
🎇
"Hobi! Jom ikut ayah!" Namjoon menjerit memanggil Hoseok. Dia dan Hoseok sebenarnya ingin ke rumah Pakcik Eunkwang untuk mengambil tempahan lemang. Namjoon memakai topi keledar.
"Jap ayah!" Hoseok berlari anak ke arah motosikal ayahnya.
"Jimin! Jaga rumah sekejap!" jerit Namjoon.
"Ish! Ayah ni kacau lah!" Jimin merentus.
"Tak jadi dah haa video aku!" marah Jimin sambil memuncungkan bibirnya.
Setelah sampai ke rumah Pakcik Eunkwang, Namjoon memarkir motosikalnya di hadapan pagar rumah penjual lemang itu.
"Hobi tunggu sini kejap ye? Ayah ambil lemang sekejap." Hoseok mengangguk laju.
Namjoon melangkah masuk menuju ke arah Eunkwang yang berada di tepi rumah. Dia tersenyum lebar. "Amboi! Dari rumah aku tu ha dah bau lemang!" gurau Namjoon.
"Eh Joon! Kau ni ada-ada je la! Bila kau sampai?" tanya Eunkwang sambil bersalaman dengan Namjoon. "Baru je lagi."
"Eh Peniel! Pergi ambil lemang Pakcik Joon kau ni kat belakang rumah. Yang appa dah ikat 7 batang tu. Cepat!" Eunkwang mengarah anaknya, Peniel, untuk mengambil tempahan lemang Namjoon.
"Joon, aku nak cakap sikit ni." kata Eunkwang. Air mukanya berubah serius.
"Aku dah lama tak nampak Seokjin tu. Dia tu macam anak tak kenang budi kan? Yelah, kau dengan isteri kau dulu penat-penat sekolahkan dia. Bila dah berjaya, lupakan kau. Haihh anak tak guna!" kutuk Eunkwang.
"Lepas tu, Yoongi. Tak ada benda lain ke nak jual kat bazar Ramadan tu? Dah la jual mercun curi. Aku ni kalau ikutkan hati, aku nak report polis je tau! Tapi, sebab aku fikir yang kau ni memang dah susah, isteri dah mati. Tak sampai hati la aku." tambah Eunkwang lagi.
"Si Hobi tu tak payah cerita la. Dah cacat. Tak ada masa depan. Ni, si Jimin! Entah apa-apa video dia upload dalam TikTok dia tu. Terus la terpengaruh dengan benda-benda tak faedah macam tu."
Kata-kata Eunkwang membuatkan hati Namjoon mula membara. Gigi diketap menahan amarah. Matanya memandang ke arah tanah.
"Haa Taehyung! Tu anak kau yang paling teruk la bagi aku. Kaki judi, kaki botol. Apa nak jadi la dia tu. Jungkook pulak asyik ponteng sekolah. Macam mananya nak pandai?" kata Eunkwang lagi.
Namjoon masih lagi mendiamkan diri. Eunkwang memegang bahu Namjoon. "Kau ni Joon. Tak reti didik anak-anak ke ha? Kau tengok aku. Anak seorang je, si Peniel tu. Berjaya tau!" Eunkwang mula riak dengan kehidupannya.
"Macam ni la Eunkwang. Aku nak cakap banyak pun, aku ni dah tua. Sekarang pun bulan puasa. Aku rasa lebih baik kau jaga urusan keluarga kau je. Jangan jaga tepi kain aku. Sebab bukan kau yang hantar beras ke rumah aku." balas Namjoon pedas.
Namjoon melangkah pergi daripada situ. Sebelum dia menaiki motosikal, dia sempat berpesan kepada Eunkwang. "Aku anggap ni semua dugaan hidup aku. Kau pula, jangan ingat anak kau berjaya, hidup kau selamanya senang. Mulut tu, Tuhan bagi suruh jaga elok-elok. Aku pergi dulu."
Eunkwang terus terdiam.
🎇
YOU ARE READING
✅ Ayah • BTS
Fanfiction💔 SAD ENDING! 💔 Edisi Ramadan 🌙 Kehidupan seorang ayah bersama 6 orang anak lelaki yang pelbagai ragamnya sepanjang bulan puasa. "Jin, raya ni jangan lupa balik ya?" -Namjoon "Ha tengoklah nanti. Saya busy ni." -Seokjin "Kalau aku tak jual mercun...