ALIVE?

6 1 0
                                    


"HUARRGGHHHHH!" Adi menguap bagaikan tiada lagi hari esok. Padahal baru sahaja matahari terbit menjadi lampu penerang kehidupan manusia. Hari ini hari Sabtu. Hari yang dinanti-nantikan makhluk bernama insan untuk berehat dan santai selepas penat bekerja atau bersekolah.


Adi mula menapakkan kakinya ke lantai, melangkah terus ke dapur untuk melahap semua makanan yang ada di atas meja asalkan perutnya kenyang. Sudahlah pengotor tak gosok gigi lagi, bermodalkan muka yang sudah dibasuh suci bersih daripada air liur basi.


"What?!" Adi tergamam melihat tiada sebarang kudapan pun di atas meja hatta sebutir nasi. Dia menepuk dahi, lupa yang dia seorang diri di rumah. Keluarganya pergi melawat saudara jauh yang sakit tenat. Tak sangka pula sarapan tak ditinggalkan untuknya. Namun terselit duit RM5 dibawah mangkuk kosong berserta nota yang tertulis: "Maaf Along, mak tak sempat nak buat sarapan untuk kamu. Ambil duit ni buat beli nasi lemak tepi kedai runcit tu." Keluhan sahajalah yang dapat Adi lafazkan kerana dia terlalu malas.


Adi pun kembalilah merebahkan badannya yang berisi itu di atas katil bercadarkan "Ben 10". Redha jelah lagipun tiada cadar lain yang tersedia. Oh ya, malam tadi dia ada masuk satu server Discord yang dia jumpa di Tiktok. Adi mula mengatur jari-jemarinya mengetik keyboard, menyelitkan dirinya dalam topik perbualan rakyat server tersebut. Dia disambut ramah kerana perwatakannya yang humoris dan peramah. Skil ini Adi peroleh setelah banyak kali masuk ke dalam group-group online di Whatsapp sebelum ini. Boleh dikatakan bakat jugalah.


Namun mata Adi tersinggah pada satu orang ini. Adi mengintai sedikit gambar profil orang itu. Terbuntang matanya melihat wajah orang itu. Kecantikan yang tak pernah dia temui sebelum ini. Wajahnya yang sangat putih melepak, berdahi licin, bulu matanya lentik mengindahkan lagi rupa matanya yang cantik. Dia pasti walaupun gambar itu menggunakan filter sekalipun, masihlah gambar itu tiada jauh bezanya dengan muka sebenarnya. Adi sedar dia sudah mula sukakan orang itu.


KROOOK. Perut Adi berkeroncong. Jam sudah menandakan pukul 12 tengahari. Dia masih lagi belum mengisi perutnya dari pagi tadi. "Ah sudahlah. Esok jelah aku cuba rapat dengan perempuan ni. Malam ni fokus bergaul dengan member server dulu biar erat ketat mampat padat aummss" ujar Adi sambil menanggalkan pakaiannya dan pergi mandi. Lagi pula gadis manis itu ahli server yang selalu aktif. Mungkin dengan menonjolkan lagi dirinya didalam perbualan ahli-ahli sedikit sebanyak dapat mengambil perhatian gadis itu.




cringe_katekizu: HEY GAIS TERIMA KASIH SUDI BACA WATTPAD SPONTAN 3 JAM AKU NI! Aku rasa lepas bab 1 ni aku akan guna bahasa pasar untuk narasi aku lagi-lagi cara narasi aku ni penting untuk plot selepas ni. Kalau ada sebarang suggestion boleh la chat personal ye tq :3


p/s: Cerita ni takkan berakhir dengan happy ending ye. PEACE!


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 03, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pasti?Where stories live. Discover now