Peluh sebutir-sebutir membasahi dahi Zelda. Dia memegang dada lalu terus duduk di atas lantai sambil memeluk lutut.
Hhah... Hahh... Hhahh...
Nafas kedengaran laju. Dadanya berombak.
"Ma...? Are you okay...?"
Kedengaran suara kecil yang sungguh lunak.
Lantas tubuh kecil itu ditarik oleh Zelda masuk ke dalam pelukan yang erat. Suara esak tangisnya kedengaran sayup-sayup di dalam bilik tidur itu dan terasa tangan kecil berjari halus menyeka air mata di pipi...
* * * * *
Prang!
Periuk di tangan terlepas. Entah bagaimana dada Zelda terasa sempit dan keadaan sekeliling seakan berpusing. Pening! Cepat-cepat dia berpaut pada permukaan kabinet dapur.
"Ma...??"
Dia terdengar suara dan langkah kaki yang agak laju. Seketika kemudian, terasa lengannya dipaut dan perlahan-lahan dia dipapah ke kerusi.
Zelda memegang dada dan cuba bernafas dengan teratur. Terasa sesak dan sempit sekali tetapi dia cuba melawan perasaan itu dengan tegar hati.
Daripada kerutan matanya, bayang Ashraf yang berbadan kurus itu sedang tergesa-gesa menuang air dan mencari sesuatu di dalam laci kabinet. Sejurus kemudian, anaknya menyuakan gelas air bersama sebiji ubat tablet berwarna putih.
Zelda menyambut dengan tangan yang terketar-ketar. Ashraf tidak berkata apa, hanya melihat sahaja gelagat si ibu memakan ubat. Dia sudah biasa dengan keadaan ini, malah sejak dari kecil lagi.
"Thanks baby..." Bisik Zelda selepas memakan ubat. Dia memeluk Ashraf dan mencium kepala anaknya. Dada yang kencang tadi sudah reda sedikit dan nafas juga sudah stabil.
"Why is he doing this to you?"
Zelda tersentak. "What do you mean?"
Mata kedua-dua beranak itu bertaut.
"I know, ma. You will get very sick every time after he leaves the house when he is not flying." Ashraf yang ketika itu berada di bangku sekolah memandang wajah ibunya. "Where is he? Why he's not home?"
Zelda paksa diri untuk senyum tatkala mendengar soalan-soalan itu. Semakin lama dia lihat Ashraf semakin berani membuka mulut dan bertanya itu ini.
"Have you finished your homework, Zildan?" Akhirnya, itulah salah satu cara yang paling senang untuk dia mengelak daripada disoal oleh si anak.
"I'm doing it."
"Then, go... Finish it. Let me rest for awhile."
Zelda perlahan-lahan bangun dan berlalu pergi. Ashraf hanya mematungkan diri dan memandang sahaja ibunya hingga wanita itu hilang di sebalik dinding namun sebenarnya, sedikit sebanyak dia sudah tahu konflik yang melanda antara ibu dan ayahnya...
Kejadian-kejadian lama itu bagaikan terulang kembali di fikiran Ashraf yang saat ini sedang leka memandu. Keningnya mencerun, memikirkan sesuatu. Semua gejala yang Lara tunjukkan di lapangan terbang tadi betul-betul sama seperti yang dialami oleh mama satu ketika dahulu... Adakah Lara juga menghidapi masalah kesihatan yang sama? Ashraf ketap bibir bersama wajah yang masih berkerut.
Dalam suasana yang agak gelap di lebuhraya PLUS menghala ke utara, kelihatan kereta Mazda RX-8 merah itu melepasi papan tanda bertulis 'Pagoh'.
Fikiran Ashraf terus melayang. Jika Lara menghidapi penyakit yang sama, bagaimana gadis ini mendapatnya? Adakah Lara menghadapi tekanan perasaan seperti mama di suatu ketika dahulu? Sebab apa? Apa puncanya? Dan sejak bila?
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...