Senyap.
Mata Sarah memandang kepada Thea tak berkelip. Dua keningnya turut berkerut. Kelihatan Thea sedang makan dengan tergesa-gesa. Bahkan juga, gaya sahabatnya hari ini agak... berlainan.
Dari atas hingga ke bawah, serba hitam. Hatta, Thea memakai topi sehingga sebahagian wajah tidak kelihatan. Spontan, Sarah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia benar-benar tidak mengerti.
"Thea, perlahan sikit. Asal kalut sangat? Kau ada kecemasan ke macam mana?" tegur Sarah perlahan. Tangan kirinya naik dan menampar lembut kekura tangan milik Thea. Dia yang melihat pun, naik khuatir.
Thea berhenti makan. Serta merta dia panggung kepala. Beberapa saat saja dia merenung muka Sarah sebelum kembali menjamah makanannya di atas meja itu. Thea menggeleng.
"Mana ada. Aku Cuma risau kalau jiran-jiran ternampak. Lupa kes hari itu?" Isi ayam KFC terus dimasukkan ke dalam mulut. Sempat matanya melilau pada persekitaran dalam restoran itu.
Selanjur Sarah hembus nafas dalam-dalam. Burger di tangan mula digigit. Tak mungkin dia akan lupa. Boleh pula mereka bertembung dengan jiran Puan Khairan di sini.
Apa lagi? Puan Khairan pun meradang tak tentu fasal.
"Hish! Kau dah kuruslah. Dah susut badan kau nih. Apa emak kau nak tekankan lagi? Benda boleh tenang-tenang aje," keluh Sarah dengan halus. Penat juga dia dengan sikap Puan Khairan. Bagaimanalah Thea boleh tahan?
Thea Cuma menggumam lembut. Fries dimakan sedikit tergesa-gesa. Sesekali kepalanya akan tertoleh ke kanan dan ke kiri.
"Berat aku tak turun sangat. Tak capai target dia." Thea Rayzel buka cerita tanpa berselindung. Berat badan dia Cuma hilang 0.4 kilogram saja. Mana emaknya tak marah-marah?
Serentak itu, Sarah putar mata ke atas. Again?
"Mak kau pernah dengar tak konsep 'Fat loss'. Kadang-kadang, berat tak turun tapi inci turun," duga Sarah dengan nada yang tertahan-tahan. Jangan sampai dia jadi kaunselor diet untuk Puan Khairan nanti. Huh.
Thea tertawa kecil.
"Malangnya 'Fat loss' tak tunjuk dekat penimbang..." keluh panjang-panjang!
"Apa pula tak ada? Ada! Benda dah canggih!" sanggah Sarah bersungguh-sungguh. Ini bukan zaman 'Friendster!'. Semua sudah serba ada. Mahu itu, ada. Mahu ini, ada.
Thea mengeluh. Tahu tapi nak beli bagaimana? Duit gaji dia, emaknya dah habiskan pada jamu-jamu kuruskan badan. Dia nak shopping pun, fikir dua ke tiga kali tahu.
"Mahal. Duit aku juga yang rabak," balas Thea sedikit melirih. Dia dah malas mahu cakap soal berat badan mahupun perihal Puan Khairan. Rimas.
Keadaan mereka terus menjadi sepi. Thea kembali menjamah seperti biasa; Sarah pula tidak bercakap apa-apa. Namun, matanya masih melekat pada wajah milik Thea.
Tidak lama itu, Sarah senyum adem. Cawan cola diletak atas meja sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada Thea Rayzel.
Terus terang, tubuh Thea tidaklah terlalu besar mahupun kecil. Chubby, Curvy... Itu, Thea Rayzel. Jika mahu bandingkan ketika waktu pengajian dahulu, yang sekarang ini adalah lebih baik.
Tak akan pula Thea tidak sedar akan hal itu?
"Thea, listen. Cantik itu pujian dan kurang cantik pula; Ujian. Apa Allah jadikan, semuanya tak sia-sia. Jadi, kita jangan hanyut dalam pujian dan janganlah pula lemah ketika diuji. Semua ciptaan Allah, ada keistimewaan tersendiri. Allah tak pernah silap. Gemuk ke kurus, kalau dah namanya ciptaan Allah, semuanya cantik belaka. Asalkan, kesihatan kau baik-baik. Nak kurus tak salah, niat kena betul. Faham?" ungkap Sarah dengan lembut.
YOU ARE READING
Novel I HER ZUTTER GABRIEL
RomanceThea Rayzel seorang gadis bertubuh badan yang sedikit besar dan bercermin mata. peha yang sudah bergesel antara satu sama lain itu, cukup membuatkan Thea Rayzel tidak gemar memakai seluar sebagai pengayaan harian. Belum pakej lagi perut yang sedikit...