Sampai je kami di destinasi itu..muka aku jadi berkerut seribu. Kenapa mereka di depan sebuah rumah? Gila dah ke namchin dia ni? Ni rumah sape?!
"Ok jom turun!" Kata jeongwoo seraya membuka tali keselamatan nya dan keluar drpd perut kereta itu.
Aku yg masih terkaku dan keliru lambat ii keluar drpd perut kereta itu. Lebih ii lagi bila dekat depan pintu pagar rumah itu..ade seseorang yg seolah-olah sedang menunggu kehadiran mereka.
"Jom! Takyah takut lah..kita nak jumpa eomma appa saya je.." kata jeongwoo dengan tenang sambil menghulurkan lengan nya kepada aku.
Rumah eomma appa dia?! What?! Weyh..kenapa Tiba-tiba je? Aku dahla tak pernah jumpa mak ayah orang ni..ya tuhan..
"Nak buat apa jumpa eomma appa awk sekarang?" Kata aku sambil menahan jeongwoo seraya menghentikan langkah kami.
"Nak kahwin!" Kata jeongwoo selamba.
"Hah?! Kau serius ke main ii ni? Haih..penat lah aku gini..takkan nak kahwin sekarang? Kau tak bagitau yujin eonni dengan yeojun oppa lagi!!!"Kata aku sambil menghentak kan kaki aku.
"HAHAHAHHA takdelah..sayang. eomma saya nak jumpa awk je..don't worry lah..eomma saya ok je.." Kata jeongwoo sambil menarik aku kedalam pelukannya sambil tergelak kecil.
"Jom masuk ok?" Tanya jeongwoo dengan lembut lalu memimpin tangan aku masuk ke dalam rumah agam itu bersama dia.
"Annyeonghasayo, kamu choi aera ye?" Sapa seorang wanita tua yg raut wajahnya manis sekali dihiasi senyuman.
"Erm..ye saya..selamat berkenalan.." Jawab aku dengan agak kekok. Tangan jeongwoo masih aku genggam kuat.
Apabila jeongwoo dapat merasakan kegugupan aku melalui genggaman kuat aku tu,dia mula mengurut lembut kekura tangan sambil memberi isyarat supaya aku bertenang.
"Ah..masuk lah ye..jeongwoo,mama nak cakap sekejap dengan aera ni boleh?" Tanya perempuan tua itu. Ouh..dia mama jeongwoo rupanya..
"Ouh ok ma! Woo gi ambikkan air ye?" Kata jeongwoo lalu beredar drpd situ membiarkan aku dan mama nya di situ.
"So..macam mana kau boleh kenal anak aku?" Tanya puan Park dengan nada yg sombong. Lain betul dengan cara dia menyapa aera tadi.
"Erm..kami kawan satu sekolah dan.."
"Aku taulah korang satu sekolah..tapi tak satu kelas kan?" Potong puan Park.
"Erh-- tapi jeongwoo agak populor di sekolah..jadi saya kenal dia.." Jawab aku tergagap-gagap.
"Macam mane jeongwoo boleh kenal kau pula?" Tanya puan Park lagi.
"Erm..saya selalu cuba untuk berkawan dengan dia.." Jawab aku perlahan.
"Kawan? Hei! Kau sebagai yeochin dia pun tak layak pon sepatutnya yk?! Kau daripada keluarga yg macam mana? Biasa ii je kan? Kau langsung tak layak nak jadi menantu aku! Perempuan jijik!" Hinaan puan Park itu amat menusuk ke hati aera. Ianya sakit dan perit..seakan-akan dia ditusuk oleh pisau yg amat tajam.
Tiba-tiba kedengaran suara jeongwoo mencelah.
"Mama! Kenapa Mama cakap macam tu dekat yeochin woo? Mama tak suka dengan pilihan woo ke?" Tanya jeongwoo seraya meletakkan air jus oren itu diatas meja di hadapan kami.
"Ye! Mama tak suka! Mama dah kata kan? Jangan bawak balik Perempuan lain selain yeona! Aera ni tak layak jadi menantu Mama!"
Ouch..sakit.
Air mata berharga aku mula bertakung di pelupuk mata..aku terus beredar lalu memesan perkhidmatan grab.
Apabila kereta itu sampai sahaja,aera terus melarikan diri lalu masuk ke dalam perut kereta itu.
"Aera tunggu! Aera! Jagi! Saya minta maaf...CHOI AERA!!" Jeritan dan panggilan jeongwoo itu diabaikan lalu terus menyuruh si pemandu untuk meneruskan perjalanan mereka.
-
-
Esoknya di rumah eunna...(Dorang buat sleepover)
"What?! Mak dia cakap macam tu kat kau?!" Tanya eunna dengan mata membuntang tidak percaya.
"Eyyy mak cik tua tu pikir dia sape?! Halah acah bagus tol!" Bentak dayeong dengan marah sekali. Habis bergegar meja kecil milik eunna tu.
"Kalau eomma dia tau kau adik idol terkenal..mesti dia menyesal dan malu sangat ii!" Tambah soorin sambil mengerutkan muka nya.
"Entahla..biarlah..mak dia lagi suka yeona an.." Kata aku sambil menundukkan muka menutup kesedihan.
"Hey! Bila masa kau reti mengalah ngan yeona ni huh?! Lawan girl! Kau bukannya lemah sangat!"Kata eunna sambil menumbuk lengan aku tanda memberi semangat. Sakit senarnya but takpe ah..
"Entah kau ni! Dulu bukan main lagi dok berani naw gaduh ngan yeona tuh! Skang kau nak mengalah jeke?" Tanya soorin sambil mengunyah biskut yg disediakan oleh eomma eunna.
"Aku bukan takut..cuma aku dah penat..kalau mak dia tak restu hubungan kami..tak ke si jeongwoo tu jadi anak derhaka nanti? Aku tak nak dia dibenci oleh keluarga dia sendiri.." ujar aku lagi.
Sedih mmg Sedih. Aku sayangkan jeongwoo..tapi bila difikirkan balik..kalau dia tetap bersama jeongwoo..ia mungkin boleh menjejaskan hubungan jeongwoo dengan mama nya..aera tak nak jadi penyebab kebahagiaan keluarga itu rosak..
"Habistu skang..kau nak buat apa?" Tanya dayeong.
"Erm..aku..mintak putus?" Kata aku. Kata-kata aku itu membuat kan 3 sahabat aku tu jadi cam agak tak keruan.
"Aera! Kau nak korbankan cinta pertama kau?!" Tanya soorin.
"Kau dah usaha kot..lantaklah apa orang kata!" Kata dayeong pula.
Manakala eunna cuma mendiam kan diri.
"Eunna? Apa pendapat kau?" Tanya dayeong.
"Erm..jujurlah ek..aku rasa..better kay teruskan dengan niat kau.." Kata eunna sambil mengetap bibirnya. Dia tahu kalau dia cakap macam tu..dayeong dan soorin takkan setuju dengannya...
"Eunna?!" Marah soorin selepas mendengar pandangan eunna.
"Bukan apa..cuma..kalau kau nak teruskan hubungan ni..kau kena bagitau mama jeongwoo yg kau adik kepada choi yeonjun dan choi yujin..kalau tak..mmg korang tak kemana..tu je pilihannya aera.." Kata eunna.
Ade betulnya jugak pandangan eunna tu..tapi dia tak pasti sama ada dia patut beritahu hal itu kepada mama jeongwoo ataupun tidak...
"Takpelah..jom kita tidur ek?" Kata eunna lalu mula bersedia untuk tidur.
-
-
.tbc.
YOU ARE READING
Ⓒ︎Ⓡ︎Ⓤ︎Ⓢ︎Ⓗ︎•✓||𝑃𝑎𝑟𝑘 𝐽𝑒𝑜𝑛𝑔𝑤𝑜𝑜 [COMPLETE]
Fanfic"park jeongwoo..aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku hiks><" - choi aera choi aera telah tekad untuk mencuri hati si lelaki populor kegilaan ramai. park jeongwoo. adakah dia akan berjaya? ataupun semuanya hanya boleh ditunaikan oleh mimpi semat...