Part 1

240 17 0
                                    

Hanya kerana aku berkaca mata tebal dan memakai pendakap gigi, aku digelar dengan pelbagai gelaran. Apatah lagi aku membawa buku pelajaran ke mana mana sahaja tempat yang aku pergi, cukup menjadikan aku sebagai 'BUDAK NERD TAHAP DEWA' bak kata pelajar pelajar sekolahku.

"hoi budak hodoh, kau boleh tak jangan munculkan diri kat sekolah selalu? naik muak aku tengok muka selebet kau. dahlah hodoh, batak pandai pulak tu!" jerkah Nina. Aku menundukkan kepala. Bukannya takut tetapi tidak mahu memburukkan keadaan. Apabila Nina dan gengnya sudah penat menyakiti hatiku, mereka meninggalkan aku. Aku pun dengan senang hati mula mengulangkaji pelajaran. iya lah, tak ada benda nak dibuat.

"Mia, tolong siapkan homework saya boleh tak?" pinta Aiman, rakan sekelasku a.k.a crush aku. Aku mengangkat muka. memandang wajah kacak yang memikat hati tu, siapa yang tak terpikat woii!

"erm.. boleh! awak nak ambik buku awak ni bila?" soalku. Dia tersenyum.

"esok ya? nanti awak bagi kat saya taw.. terima kasih.." ucapnya sebelum blah dari tempatku. Aku tersengih sendirian apabila memandang buku latihan crushku itu. Sudah banyak kali aku menyiapkan kerja sekolahnya yang tertunda. Boleh dikatakan satu buku latihannya dipenuhi oleh tulisanku sahaja. Namun aku langsung tak kisah, jika cara itu membuatkan aku menjadi semakin rapat dengan Aiman, hari hari aku sanggup!

___________________________________

ahh malam ni parents aku gaduh lagi! stressnya jiwa!! aku terus menuju ke bilikku lalu menghempaskan diriku yang tak besar mana ke atas katil. Aku bergolek golek di atas katil untuk mencari ketenangan diri. Aku terpandangkan sebuah gitar yang berdiri di sudut bilik. Ahh, sudah lama tidak ku petik gitar kesayanganku itu dek kerana kesibukkan yang amat. Tanpa berlengah lagi aku terus mencapai gitarku yang berwarna hitam itu lalu diletakkan di atas pehaku.

"haihh la gitar, dah lama aku tak main dengan kau.. sorry ekk, aku sibuk lah.." bebelku seorang diri. Aku pun memetik gitar itu dengan perlahan. Sambil itu aku menyanyi nyanyi kecil.

"Cause all of me,

Loves all of you,

Loves your curves and all your edges,

All your perfect imperfections,

Give your all to me,

I give my.."

Sedang aku syok menyanyi lagu kegemaranku, tiba tiba pintu bilikku dirempuh. Seperti yang dijangka, sahabat karibku, Ila masuk ke dalam bilikku dengan penuh bergaya.

"Mia! kau pandai main gitar ke? tak pernah tahu pun.." jerit sahabatku seorang ini. Tak kira kat rumah orang sekalipun, tetap juga nak menjerit. patutlah mama aku kata kalau nak lepak dengan Ila jangan lepak dalam rumah. Hmm..

"saja je.. lagipun aku bosan. tak tahu nak buat apa.." jawabku dengan malas. Rasa tak ada mood pula nak main. Aku lihat Ila tersenyum simpul. Itulah yang aku suka tentang Ila ni, walaupun orang mengejeknya dan mengatanya bukan bukan, dia tetap tersenyum.

"Mia, mainkan lah satu lagu untuk aku.. aku nak rakam.." arah Ila. aku mengerutkan dahi.

"nak buat apa.. isk tak payah lah.." bantahku. Aku meletakkan gitarku ketepi. Ila memuncungkan bibirnya lalu membuat aegyo di hadapanku. Tak sampai hati nak tengok aegyo dia yang langsung tak comel tu, aku pun bersetuju.. aku mengambil semula gitarku dan memetiknya. Aku pun mula menyanyi.

"Because tonight will be the night that I will fall for you,

Over again don't make me change my mind,

or I won't let you see another day, I swear it's true,

Because a girl like you is impossible to find,

You're impossible to find~~"

Aku mengakhiri nyanyianku dengan membuat tanda peace ke kamera telefon milik Ila. Ila tersenyum. Dia menghabiskan recordnya dan menepuk tangan penuh gembira.

"wahh sedap lah suara kau Mia! kalau aku upload kat youtube gerenti ramai view!" jerit Ila dengan teruja. aku cepat cepat menutip mulut Ila.

"kau ni kan, kalau tak menjerit tak boleh ke? kang kalau parents aku masuk, aku nak jawab apa!" marahku. Ila tersengih sebelum membuat tanda peace. Aku mencebik.

"dahlah, aku nak buat homework ni." kataku dengan malas. Aku segera mencapai beg sekolahku lalu diletakkan di atas meja belajar. Buku teks dikeluarkan lalu diperiksa satu persatu. Aku memegang buku latihan matematik milik Aiman. Aku tersenyum sendiri. Tiba tiba buku latihan itu dirampas dari tanganku.

"Putera Aiman? siapa Putera Aiman ni Mia? pakwe kau ke?" soal Ila. Nada suaranya masih kuat. Aku bengang. Anak patung Pooh di atas katil segera aku layangkan ke tubuhnya.

"kau ni cuba cakap perlahan sikit!" marahku lagi sambil bercekak pinggang. Ila pula menutup mulutnya dan menahan dirinya dari ketawa. Aku mencebik geram sebelum merampas buku Aiman dari tangan Ila.

"ni buku crush aku lah.. dia suruh buatkan kerja sekolah dia.." terangku. Ila mengerutkan dahinya.

"kau buat homework orang Mia? seriously?!" soal Ila. nasib baik kali ni suara nya tak kuat. Kalau tak dah lama aku karate dia.

"ya lah.. hmm, dahlah. tolong senyap sikit. jangan kacau konsentrasi aku nak siapkan homework.." aku menarik kerusi kecil rapat ke meja belajar. Aku duduk di atas meja sebelum mula membuat kerja sekolah dengan aman.

-SKIP-

"sekarang, buka latihan yang saya berikan semalam, letak atas meja saya nak check! tak siap saya rotan dua kali!" tegas Cikgu Rania. Pelajar 5 Unknown mula huru hara apabila mendengar hukuman yang dikenakan cikgu Rania, guru matematikku itu. Aiman memandangku tanda menyuruh aku memberikan bukunya kembali. Aku mengangguk namun Cikgu Rania sedang berdiri di hadapan barisan meja Aiman. Aku bimbang jika Cikgu Rania perasan kehadiranku dan bertanya tentang buku Aiman itu. Aku pun serba salah hendak memberi buku Aiman.

"cepatlah bodoh! cikgu datang ni!" bisik Aiman namun aku mendengarinya. Dia kata aku bodoh?

"Aiman! mana buku kamu hah?!" soal Cikgu Rania. Aiman terpingga pingga.

"err.. er.." Aiman mati kutu mahu menjawab soalan Cikgu Rania. Dia menjeling ke arahku dengan jelingan 'standby kau!'. Aku menunduk.

PAPP! PAPP! PAPP! PAPP!

Bunyi rotan kedengaran sebanyak empat kali. Aku lihat Aiman mengaduh kesakitan sambil memegang tangannya yang dirotan itu.

Cikgu Rania menuju ke tempatku. Aku menyerahkan bukuku kepadanya. Dia mengangguk lantas tersenyum.

"murid murid! kamu semua patut contohi Mia ni! dahlah pandai, rajin buat kerja sekolah pulak tu! bukan macam kamu semua, belajar tak pandai tapi malas je lebih!" kata Cikgu Rania. Aku lihat rakan sekelasku menjeling benci ke arahku. Aku menunduk. Bukannya aku minta dipuji. Cikgu Rania beredar dari tempatku. Aku duduk sambil menghela keluhan berat.

__________________________________

"Aiman.. ni.. ni buku awak.." kataku sambil memberikan bukunya kepada Aiman. Aku lihat Aiman diam je. Tangannya mengepal penumbuk.

"sorry, saya lambat kasi.." kataku lagi. Aku meletakkan buku Aiman di atas mejanya lalu terus beredar menuju ke tempatku semula.

"tunggu!" jeritnya. Aku menoleh. Serentak dengan itu satu tumbukan dilayangkan ke muka aku. Walaupun tidak sekuat mana namun membuatkan aku jatuh tersungkur.

"kurang ajar eh kau hodoh! kau sengaja kan tak bagi buku aku balik sebab nak pujian! eh eh hodoh ni!! muka kau tu tak layak diberi pujian lebih lebih. kau fikir aku suka kat kau ah?! eh jangan nak berangan lah! aku takkan jatuh cinta kat perempuan hodoh macam kau! puihh!" tengkingnya sebelum meludah ke mukaku. Aku lihat rakan sekelasku yang lain berbisik sesama sendiri. Ada yang memandangku dengan pandangan sinis, ada yang memandangku simpati, dan ada yang mentertawakan aku.

"padan muka kau hodoh! inilah pujian yang kau patut dapat, HODOH!!" kata Nina. Aku berdiri perlahan lahan. Sapu tangan aku keluarkan lalu aku lap mukaku yang diludah Aiman. Tanpa berlengah lagi aku terus duduk di tempatku. Hatiku berlagu sedih. Sadlife T^T

hai readers yang disayangi sekalian ! this is my .. my .. aku pun tarak tahu ni novel keberapa . erm lima I think hwm .. hahahahaha ! abaikaaan ! anyway , terus baca story aku . jangan lupa VOTE dan COMMENT ! BYEEEEE~ mwah to you alls

DreamWhere stories live. Discover now