Aara melihat segenap rumah Rayzen. Wajah merungut di lakarkan.
"Kau tiru design rumah aku kan?" Tanya Aara dengan tidak puas hati.
Dari bilik lelaki itu, sehinggalah ke ruang tamu, ruang dapur. Sebijik macam plan rumahnya. Macam tidak percaya sahaja bila lelaki itu mengatakan bahwa ini adalah rumahnya.
"Yes. Kenapa? Cantik kan?" Balas Rayzen dengan selamba. Dia turut melilarkan kepalanya segenap rumah.
"Tak! Bila semua berkaitan dengan kau, semuanya tak akan cantik! Sudah lah kau pegang aku. Peluk bagai! Haram tahu tak! Kita ni hanya bekas suami isteri. Bukan suami isteri!"
Bentak Aara. Bila mengenangkan perkara tadi, terasa berdosa dirinya ini.
"Awak nak halalkan tak? Kita boleh kahwin lagi." Balas Rayzen bersama senyuman manis.
"Tak nak aku! Kau nak bawa aku kahwin Thailand lagi? Biar boleh duduk luar negara. Dan kau boleh enjoy dengan betina-betina sundal."
Tolak Aara. Terimbau kembali memori beberapa tahun yang lepas di mana Rayzen mengajaknya kahwin di Thailand akibat cemburu besar apabila dirinya rapat dengan lelaki lain.
Kau faham tak perangai macam tu! Bila dia rapat dengan perempuan lain, tak fikir pula perasaan aku! Kalau belum terikat dengan sebarang hubungan, tak lah aku hairan.
Ini tidak! Sudah mengalas tanggungjawap VVIP sebagai suami! Perangai iblis masih juga tak hilang!
"Mana mungkin saya nak bawa orang tersayang saya kahwin tanpa pengesahan negara. Menghalalkan awak adalah sesuatu tanggungjawap yang besar bagi saya. Selagi perkataan sah atas nama awak belum saya lafazkan, selagi itu lah saya tak akan putuskan lafaz kata atas nama sesiapa sekalipun."
Lembut sekali Rayzen berbicara. Aara membuat riak wajah geli. Dengan orang lain boleh lah! Eee bosan lah dengan ayat yang sama! Kau faham apa itu bosan!
"Eee dah dah lah dengan ayat lapuk kau tu. Hantar aku balik. Sekarang dah pagi. Aku tak rela nak duduk berdua-duaan dengan beruk macam kau ni. Malang pula aku nanti kalau di tangkap basah dengan kau."
Rayzen tersenyum kecil. Marah pun comel. Kalau tak marah ni, mesti lagi comel. Rayzen hanya mengamati wajah Aara. Suka pula tengok gadis itu marah.
"Apa tengok-tengok! Nak aku korek biji mata kau."
"Awak makin cantiklah. Lama saya tak tengok awak marah-marah macam ni. Rindu pula dengan kenangan lalu. Bila awak marah saya sebab baju saya kotor lepas main bola dengan geng Kee."
Aara terdiam. Tidak gembira mahupun ketawa. Dia bersedih. Kerana marah yang tidak terkawal ini, sebab kedua mereka berpisah.
Teringat pula dengan hal lain, dia melihat Rayzen berpelukan mesra bersama seorang wanita yang cukup seksi. Mereka ketawa besar sambil memasuki kedai berjenama pada anniversary mereka yang petama.
Hati isteri mana sahaja tidak rapuh. Sungguh patah hatinya. Bermacam-macam alasan yang di berikan Rayzen. Namun sebabnya adalah berfoya-foya bersama wanita lain.
Cinta... Ya sungguh mematahkan hati. Cinta menghancurkan. Peranggapannya terhadap cinta adalah sebuah pertemuan yang tidak
pernah indah."Hey, are you okay?"
Lantas Rayzen memindahkan punggungnya ke arah sofa Aara. Gadis itu di rapati. Lantas Aara menyekar air mata.
"Awak okay? Kenapa ni? Saya ada buat salah?"
Soal Rayzen memunjuk. Nada suaranya jelas di tahap selesa."Banyak salah yang kau buat Rayzen. Sampaikan salah yang kau buat tu, hancurkan hati dan perasaan aku. Kenapa aku? Kenapa kau pilih aku sebagai mainan percubaan menghancurkan perasaan? Apa salah aku? Aku inginkan kebahagiaan daripada kau. Tapi macam ini kau buat aku. Kau tak sudi sentuh aku walaupun aku isteri kau selama dua tahun perkahwinan kita. Aku sedar aku tak seksi. Aku selekeh. Tapi... Kau tak patut mainkan perasaan aku. Kau patahkan perasaan cinta aku. Kau khianati kau. Apa salah aku, Rayzen. Apa salah aku..."
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...