ALYSSA menolak troli yang sarat dengan luggage kepunyaan abang dan kakak iparnya menuju ke balai pelepasan.
Fikri di sebelah turut membantu sama menolak troli kerana di lihatnya maksunya tidak larat hendak menolaknya seorang. Bukan dia tidak mahu menolak troli sendiri tapi maksunya berkerasa mahu membantu.
Sekali pandang mereka tidak kelihatan seperti saudara dengan mak saudara. Mereka kelihatan seperti pasangan kekasih lagaknya. Mana tidaknya anak saudaranya, si Fikri tinggi menonjang mengikut abangnya yang tinggi seperti galah.
Raut wajahnya juga kelihatan seperti abangnya di zaman remaja dahulu, handsome. Yelah mana perginya kuah jika tidak tumpah ke nasi ye tak?
Alyssa tersenyum sendiri bila mengimbas kembali akan kisah percintaan abangnya Aliff dengan isterinya. Memang tidak di nafikan abang Aliffnya itu terkenal dengan ketampanannya sehinggakan Alyssa sendiri tidak terlayan akan teman-teman wanita yang sibuk mencari abangnya.
Alyssa juga merasakan bahawa dia punya ramai teman pun disebabkan pengaruh abangnya. Teman-temanya semua ingin berkenalan dengan abangnya. Maklumlah budak tengah naik gediknya lebih. Tapi tidak seorang pun yang dilayan abangnya.
Tapi entah bagaimana abang Aliffnya boleh terpaut hati pada kak Hanum.
Jika hendak di ikutkan, teman-teman wanita abang Aliff yang lain yang tergila-gilakannya lebih cantik, malah tidak keterlaluan ada di antara mereka memiliki wajah jelita seperti artis terkenal. Sudah jodoh abangnya dengan kak Hanum.
Sungguhpun kak Hanum tidak sejelita gadis-gadis yang meminati abangnya, tapi wajahnya manis dan tidak jemu di pandang. Malah abangnya sendiri pernah mengakui wajah manis dan peribadi kak Hanum lah yang membuatkannya jatuh hati.
"Apa Lysa, tersenyum sorang-sorang!," tegur abangnya Aliff bila menyedari Alyssa tidak mengambil perhatian apa yang di pesannya sebentar tadi. Dia meminta Alyssa untuk menjaga anaknya yang lagi dua sepeninggalannya nanti.
"Apa dia bang???? Sorry tengah berangan..," jawab Lysa lalu tersengih.
Aliff hanya mengelengkan kepalanya perlahan kerana apa yang dia pesan dan terangkan kepada adiknya tiada satu pun yang masuk ke dalam kepalanya. Alyssa memang begitu. Manja lebih.
"Ni...masa abang tak ada..Lysa tinggal di rumah abang, tolong tengok-tengok kan si kembar Faries dan Fariesya, kalau takut tinggal sorang, ajak kawan Lysa temankan, tapi kawan perempuan jangan lelaki pulak!," pesan Aliff dengan wajah serious.
Kak Hanum hanya tersenyum dan menganggukan kepalanya mengiyakan pesanan suaminya.
"Don't worry brother! Akan Lysa jalankan tugas menjaga rumah dan harta abang dengan baik, In Sha Allah," jawab Lysa berjanji. Abang Aliffnya pernah meminta Alyssa tinggal bersama mereka. Dia yang tidak mahu kerana jauh dari tempat kerjanya. Susah untuk dia berulang alik.
Lagipun rumah sewanya berdekatan dengan pejabat. Tapi bila dia dikehendaki menjaga 2 lagi anak sedaranya. Alyssa terpaksa tinggal bersama. Ikutkan dia tidak perlu pun untuk menjaga Faries dan Fariesya kerana kedua-duanya tinggal di dorm dan hanya pulang ke rumah hujung minggu.
Tapi oleh kerana abangnya mahu juga Alyssa tinggal di rumahnya. Dia tidak dapat membantah. Bolehlah dia berlagak seperti tuan rumah memandangkan abangnya memberi hak memilihara rumah tersebut sepenuhnya kepadanya. Alyssa tersenyum sendiri.
Fikri memeluk emak saudaranya erat setelah pengumuman terakhir dari pihak penerbangan diumumkan.
"Study hard Fikri, make your parents proud!," pesan Lysa lalu menepuk bahu Fikri perlahan.
"Sure maksu," jawab Fikri lalu tersenyum.
Lysa tidak menyangka anak saudara sulungnya itu sudah bujang.
Dia pula benci bila menyedari bahawa dirinya sudah tua. Maksudnya, dia akan menjangkau usia yang ke 27 tahun, tahun ini dan masih lagi sendiri. Belum berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Apa taknya dia phobia jika dia mendapat pasangan yang gila seperti Arash. Dia lebih sanggup membujang dari berkahwin.
Lysa mencium tangan abangnya begitu juga kakak iparnya. Mereka berbalas pelukan.
Selama satu semester Aliff dan isterinya akan berada di London, UK menemani Fikri. Sementara Lysa di tugaskan menjaga rumah dan kereta milik Aliff.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...