LYSA memandu kereta Audi abangnya dengan cermat. Sekaligus kereta Audi milik abangnya itu turut menjadi tanggungjawabnya untuk menjaganya dengan baik. Lysa tersenyum lebar kerana tidak perlu bangun awal dan berebut-rebut menaiki bas atau menaiki teksi untuk ke pejabat. Jimat sikit.
Jalanraya kelihatan licin dan hujan renyai-renyai. Membuatkan perjalanannya ke Shah Alam agak lembab kerana kesesakkan lalu lintas. Kereta di pandu oleh Lysa bergerak perlahan.
Eh kenapa jam pulak! bisik Lysa dia mengerling ke arah jam di dashboard. Belum peak hours! Hari biasa kenapa jalan raya sesak? Lysa menoleh ke dua-dua arah jalanraya. Kedua-dua arah jalanraya pergerakannya agak perlahan. Kenapa? Hujan renyai-renyai sahaja bukan lebat pun. Ada pokok tumbang ke?
"Ah ada road block agaknya!," Alyssa mengeluh kecil.
Di Kuala Lumpur selalu ada road block. Jika tidak jam kerana kesesakan lalu lintas mungkin juga kerana road block atau kegiatan membaiki jalan raya pula dan begitu lah seterusnya ada sahaja yang membuatkan jalan raya sesak dan jam.
Selang beberapa kereta ada kelihatan lampu berwarna biru dan merah di ikuti dengan bunyi siren yang agak kuat.
"Ah ada accident rupanya...patutlah jam!," Alyssa menjengah di tempat kemalangan. Kerana kereta yang di pandunya kini berdekatan dengan tempat kemalangan itu terlibat.
Alyssa ingin mengetahui berapa banyak kenderaan yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta MPV dengan 2 treler.
Alyssa menjeling ke arah kereta MPV yang terlibat. Beberapa orang ahli bomba cuba membuka pintu kereta MPV yang remuk teruk di bahagian pemandu dan juga di belakang kerana di rempuh oleh lori. Manakala kereta MPV itu kelihatan seperti sandwich tersepit di antara lori dan treler. Aduh belasnya!
Melihatkan keadaan begitu. Alyssa tidak rasa pemandu serta penumpang kereta tersebut boleh terselamat dengan keadaan keretanya yang remuk teruk. Kereta yang dipandu Alyssa kini berhenti betul-betul di sebelah tempat kejadian. Kelihatan beberapa pegawai polis traffic sedang sibuk mengawal keadaan lalu lintas yang sesak.
Setelah bersusah payah ahli bomba cuba memotong dan mengopak pintu kereta di bahagian penumpang, akhirnya pintu kereta tersebut dapat di buka. Dan beberapa orang ahli bomba menarik badan mangsa kemalangan tersebut keluar dari kereta yang remuk teruk.
Alyssa dapat melihat dengan jelas bahawa penumpangnya seorang lelaki dan hanya dia seorang sahaja penumpang yang berada di dalam kereta tersebut. Badan mangsa kemalangan terkulai lemah. Kepalanya di basahi dengan darah pekat yang mengalir tidak henti-henti dari dahinya.
Tiba-tiba jantung Alyssa berdebar-debar laju bila mendapati mangsa kemalangan tersebut adalah orang yang amat dikenali. Walaupun wajahnya berlumuran darah namun dia cukup kenal akan wajah si mangsa.
"Astarfirullah Al Azim...Arash!!," tiba-tiba nama itu terpacul keluar dari mulut nya. Berderau darahnya tatkala terpandang akan wajah mangsa kemalangan tersebut yang kelihatan tidak bermaya.
Alyssa menjadi tidak tentu arah sendiri. Tanpa berfikir panjang dia menolak stering ke kiri ke arah baru jalan serta mematikan enjin kereta. Alyssa berjalan pantas menuju kearah ambulance dimana Arash sudahpun di tempatkan di katil sorong untuk di masukan kedalam perut ambulance.
Alyssa segera mendapatkan salah seorang paramedic yang bertugas dan memberitahunya bahawa dia mengenali si mangsa. Paramedic tersebut meminta Alyssa mengekori ambulance mereka dari belakang memandangkan Alyssa turut memandu.
Alyssa seperti tidak dapat berfikir dengan baik. Mungkin kerana terperanjat bila menyedari bahawa mangsa kemalangan itu adalah orang yang dia kenali. Sepanjang perjalanan fikirannya hanya tertumpu kepada Arash. Dapatkah Arash diselamatkan? Melihat paramedic sibuk memasang pelbagai peralatan di atas badan Arash. Hatinya menjadi tidak menentu.
Walaupun hakikatnya dia teramat benci pada Arash namun sebagai seorang insan, sebenci manapun hati siapa yang tidak tersentuh melihat keadaannya yang terlantar lemah.
*****
Alyssa mengacu penumbuk ke arah bilik Arash setelah menutup pintu biliknya dan kembali berjalan menuju ke arah Shima yang dari jauh tersenyum memerhatikan kelakuannya yang lucu.
"Apa lagi si jan tu buat pada kau hah?," tegur Shima lalu membetulkan cermin matanya yang agak melurut.
"Macam bab- aku buat amendment penat-penat, sikit pun dia tak tengok lepas tu suruh buat report yang lain, tak ke macam bab- tu," jawab Alyssa melepaskan geram merah padam muka dia setiap kali keluar dari bilik Arash.
Shima hanya tersengih bukan sekali dua dia mendengar keluhan Alyssa sudah acap kali. Malah dia sendiri tidak tahan dengan perangai Arash yang melampaui batas.
"Habis tak kan kau acu penumbuk kat pintu bilik dia aje," usik Shima kerana dia juga senasib dengan Alyssa.
Arash tidak kira siapa. Pekerja lelaki atau perempuan kalau perkara yang tidak menyenangkan hatinya. Dia tidak teragak-agak untuk memarahi mereka. Begitu sadisnya perangai dan kelakuan Arash Zakuan yang tidak bertimbang rasa itu.
"Eh bukan itu saja, aku cabar dia buang aku kalau dia tak puas hati," ujar Alyssa lagi dia tersenyum puas gembira melihat reaksi Arash apabila dia mencabar akan meletak jawatan 24 jam.
"Oh really?????," jawab Shima lalu menutup mulutnya tidak percaya Alyssa mencabar Arash memecatnya. Tidak percaya Alyssa sanggup berbuat begitu. Kerana padanya tidak ada guna Alyssa melayan jan tut..tu sudah memang perangainya mengalahkan anjing gila. Dan perbuataan Alyssa hanya sia-sia kerana Arash tidak akan memecat mereka. Dia mahu mereka meletak jawatan.
"Apa kau ingat aku boleh tolerate dengan perangai ego dia, No way!! Ini Lysalah....aku tak akan tunduk dengan telunjuknya, kalau dia nak sack aku fine, aku boleh cari kerja lain namun hendak berlutut dengannya sorrylah malam sikit," jawab Lysa lagi.
"O.klah aku nak keluar nak beli pistol automatik mana tau terdesak boleh juga aku lepaskan sedas dua pada si jan tut..tu," ujar Shima lalu ketawa. Macam-macam cara mereka fikirkan untuk membalas dendam terhadap Arash.
Lysa yang masam mencuka awal tadi turut ketawa gelihati mendengar lawak spontan Shima.
Dan kebetulan pula Arash jalan melintas di hadapan mereka, makin kuat lah ledakan tawa mereka tanpa mempedulikannya. Arash hanya mendengus marah kerana dia pasti kedua-dua pekerjanya itu sedang memperkatakan tentang dirinya.
Dia tahu semua pekerja tidak menyenanginya lebih-lebih lagi mereka berdua namun Arash tidak akan menghentikan mereka bekerja kerana dia mahu mereka meletak jawatan sendiri kerana dia tidak dibenarkan berbuat demikian di atas permintaan papanya yang begitu sayangkan kedua-dua pegawai akaun dan pegawai juruteranya merupakan asset di syarikatnya. Sebab itu Arash tidak memberi peluang kepada mereka kerana mereka berjaya membuat papanya begitu mempercayai mereka. Arash tetap dengan egonya dia tidak akan bertolak ansur dengan mereka kerana dia tidak mahu di pandang lemah di depan mata pekerja-pekerja yang lain.
Setelah kelibat Arash tidak kelihatan. Mereka tersenyum gembira kerana mereka mendapat maklumat dari Jannah bahawa Arash akan ke Jepun selama 2 bulan untuk projek terbesar dari syarikat Jepun. Sudah tentu 2 bulan office dalam keadaan tenang dan aman tanpa kehadirannya.
"Lysa kau ingat tak dengan joke kita!,"ujar Shima tiba-tiba.
"Yang mana???? Kan ke kita ni banyak joke!,"
"The one yang kita khaskan untuk jan tut..tu," Shima cuba mengingatkan Lysa tentang joke yang di reka khas buat insan bernama Arash Zakuan.
Alyssa tersenyum lebar.
"You mean licence to kill!,"ujar Alyssa
Shima menganggukan kepalanya perlahan kerana Alyssa masih ingat akan Joke mereka. Apa taknya jika mereka punya licence to kill top list sudah pasti Arash.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...