LYSA melirik kearah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan hampir jam sepuluh malam. Alyssa mundar mandir di hadapan operation teater merasa tidak tenang selagi dia tidak tahu akan keadaan Arash. Arash masih lagi di bilik pembedahan. Beberapa orang jururawat yang membantu di bilik pembedahan Arash berulang alik membawa pelbagai peralatan pembedahan ke bilik operation teater di mana Arash ditempatkan.
Alyssa tidak tahu berapa lama lagi dia harus menunggu. Beberapa kali dia mendial nombor handphone Shima, namun tidak dapat di hubungi kerana Shima mematikan handphonenya. Telefon di rumahnya langsung tidak di jawab. Alyssa mengeluh sendiri. Mana mungkin dia bermalam di hospital.
Entah kenapa Alyssa tiba-tiba merasa bertanggungjawab ke atas diri Arash. Dia bukannya ahli keluarganya dan hanya sekadar pekerjanya sahaja. Sepatutnya dia sibuk menelefon Tan Sri Farihin.
Alyssa cuba menghubungi Tan Sri nombor telefon bimbit line Malaysia namun tidak berhasil. Bagaimana dia hendak menghubungi Tan Sri Farihin sedangkan nombor telefonnya di Brisbane tidak pernah Alyssa tahu melainkan Shima. Arash pula diibaratkan sebatang kara di Malaysia kerana ibu dan ayahnya berpindah di Brisbane kecuali dirinya.
Deringan telefon bimbitnya benar-benar membuatkan Alyssa tersentak. Pantas jarinya menekan butang on bila orang yang menghubunginya adalah Shima.
"Ahh apahal Alyssa sibuk nah cari aku sampai phone aku padat dengan voice message kau!," ujar Shima dengan nada suara khuatir.
"Aku ada berita baik dan buruk untuk kau!," jawab Alyssa dengan suara mendatar.
"Bad news first!!," jawab Shima tidak sabar ingin tahu akan berita baik dan buruk yang dimaksudkan oleh Alyssa.
"Aku sudah bersuami secara tak seng-,"
"OMG!!!! Kau kena tangkap basah?," ujar Shima menjerit kuat.
"Please Shima, let me finish the sentence before you interrupt!," jawab Alyssa lalu mengelengkan kepalanya perlahan. Belum sempat dia berkata lebih lanjut Shima sudah excited dan pandai-pandai membuat andaian sendiri mengenai dirinya.
"O.k. what happen cepatlah beritahu, I'm getting excited!!,"
"Arash accident, cedera parah masih dalam operation teater," ujar Alyssa perlahan seakan berbisik bila jururawat melintas di hadapannya kerana tidak mahu perbualannya di dengari.
"Oh really that's not a bad news...It's heaven! So apa kena mengena dengan you pula dan apa maksud you dengan bersuami secara tidak sengaja!," ujar Shima. Dia pasti berita Arash kemalangan bukan sahaja mengembirakan mereka berdua malah pekerja lain juga.
"I've pretended to be his wife and they believe me!! So what should I do now??," ujar Alyssa berjalan perlahan menuju ke arah corridor supaya perbualannya dengan Shima berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
"You kidding aren't you???,"
"Do I sound like I'm kidding, Shima,"
"No...Are you serious?"
"For once Shima I'm damn serious about this!,"
"Dia masih hidup???," ujar Shima setelah pasti Alyssa tidak bergurau dengannya. Dan dia tahu soalan yang diajukan kedengaran begitu selamba seolah-olah ia hanya perkara biasa. Namun dia tidak ambil peduli. Dia sememangnya geram dan benci pada Arash maka perasaan simpati tidak terasa langsung di hatinya.
"No idea! Dah dekat enam jam aku tunggu no news, so are you coming to accompany me or not???," ujar Alyssa kerana Shima masih tidak menawarkan diri untuk turut serta dengannya di hospital.
"So how do you feel being a fraud Mrs. Arash??," usik Shima lalu ketawa kecil. Banyak-banyak lelaki. Alyssa boleh memilih Arash sebagai suami fraudnya? Bukankah Alyssa benar-benar benci pada Arash? Dan bagaimana Alyssa boleh mengetahui Arash kemalangan? Dari mana dia tahu? Pihak hospital menghubunginya? Mereka mendapat maklumat dari mana? Bukan Alyssa sahaja IOE contact Arash dia juga kerana Tan Sri meminta mereka berdua menjadi guardian Arash In Case of Emergency kerana Arash seorang sahaja di Malaysia. Walaupun mereka keberatan namun kerana fikirkan Tan Sri baik dengan mereka. Hendak tak hendak mereka terpaksa menjadi guardian lelaki dewasa yang bermasalah itu.
"Oh please Shima...sebut nama dia sahaja bulu roma aku berdiri inikan pulak aku hendak menjadi Mrs Arash, like hell!!," ujar Alyssa wajahnya berkerut setelah mendengar usikan Shima yang sama sekali tidak menyenangkan hatinya. Mrs Arash oh please!
"Puan Alyssa..," laung seorang jururawat berjubah hijau mencari kelibat Alyssa.
"Eh Shima I got to go now be here in 20 minutes, I can't handle this Mrs. Arash kind of thingie!!," ujar Alyssa cepat-cepat dia menekan butang off setelah kedengaran jururawat itu memanggilnya.
"Doktor hendak bertemu dengan puan berkenan dengan suami puan," ujarnya berlalu pergi menuju kearah bilik doctor yang di maksudkan. Alyssa mengekori jururawat itu seperti diminta.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...