ALYSSA memandang wajah Arash yang kini kepalanya dibaluti bandage serta plaster menutupi luka-luka dimukanya. Kebanyakkan kecederaan yang Arash alami di bahagian kepala. Wajahnya yang dahulu tampan kini di penuhi oleh parut-parut luka yang dalam. Perasaan Alyssa ketika ini biasa sahaja seolah-olah tidak merasa belas melihat keadaannya begitu.
Sepatutnya setelah dia mendapat tahu dari doctor Arash berjaya di selamatkan, dia seharusnya menghubungi Tan Sri Farihin untuk memberitahunya akan keadaan anak tunggalnya yang terlibat dengan kemalangan, tapi di tegah Shima.
Shima meminta dia jangan memberitahu Tan Sri dahulu. Apa tujuan Shima berbuat demikian. Dia sendiri tidak pasti.
Flashback
Alyssa membuka pintu setelah di ketuk beberapa kali dari luar namun tidak di jawab dari dalam. Dia menjeling meluat tatkala terpandang akan Arash yang sedang duduk meneliti sesuatu dari fail.
Arash mengangkat kepala ingin mengetahui siapa yang masuk ke biliknya. Sebaik sahaja dia terpandang akan wajah Alyssa dia hanya buat tidak endah sahaja dan menyambung meneliti fail yang berada di hadapannya seolah-olah wanita itu tidak berada di dalam biliknya.
Tanpa dipelawa Alyssa duduk di salah satu kerusi yang berada di hadapannya lalu meletak fail yang di pegangnya sedari tadi di atas meja Arash dengan kasar. Fail yang di letak kasar itu terkena tangan Arash.
"Hmm...., No manners!," cemuh Arash sinis tanpa memandang kearah Alyssa.
Alyssa tersenyum sinis bila Arash berkata demikian. Dia sudah lali dengan ungkapan kesat yang keluar dari mulut Arash dan dia tidak terasa hati lagi dengan komennya kerana Alyssa sudah kebal.
"Eh ada.., tapi bukan untuk orang biadap seperti you," ujar Alyssa berani ingin melihat samada Arash akan melenting marah bila dia celupar sebegitu. Selama ini dia tidak pernah melawan Arash. Namun semakin dia diam semakin lemak lelaki itu.
Arash menutup fail yang di bacanya tadi, bila Alyssa berani berkata demikian. Dengan wajah serius dia mencapai fail yang di bawa Alyssa ke pejabatnya lalu membaca isi kandungan document tersebut.
Alyssa tersenyum meleret bila Arash kelihatan agak terperanjat bila dia berani menjawab dan mencabar egonya walaupun Arash tidak menunjukkannya.
"NOT COMPLETE!!," ujar Arash lalu menconteng document yang di bacanya dengan pen merah besar seperti cikgu memeriksa kerja rumah yang di beri.
Bulat mata Alyssa bila Arash berkata demikian. Apa maksudnya not complete??? Dia juga yang approved draft yang diberi semalam hanya ada minor amendments dan Arash sendiri mengatakan report itu sudah boleh di print. Tapi sekarang dia mengatakan report yang dia buat tidak complete? Lawak apakah ini? Ini boleh mendatangkan marah!
"I don't get it!!! Apa maksud you report I tak complete, you yang approved semalam???," jawab Alyssa kasar tidak peduli bahawa Arash itu adalah bossnya. Dia benar-benar hilang sabar dengan perangai Arash. Arash sudah melampau. Sengaja mahu menyusahkan hidupnya.
"Who's the boss here?? You or me??? And if I said the report is not complete...it's means not complete!!! Susah sangat ke nak faham?," jawab Arash dengan wajah sinis dia memandang wajah Alyssa tepat.
Ikut hatinya yang radang. Ingin sahaja Alyssa mencampak pemberat kertas di hadapannya ke muka Arash. Biar retak kepalanya bila terkena pemberat buku itu. Geram betul dia dengan perangai muanas Arash.
"Ass@#!%," ujar Alyssa lalu merampas fail yang berada di mejanya lalu meninggalkan pejabat Arash.
Arash terperanjat bila Alyssa memarahinya dengan kata-kata kesat, namun dia tidak membalas kerana terlalu terperanjat kerana Alyssa tidak pernah bersikap begitu sebelum ini.
******
"Puan Alyssa, Encik Arash mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan berkemungkinan dia mengalami gegaran di otaknya, jangan Puan Alyssa terperanjat sekiranya dia tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sebelumnya atau lebih tepat dia mengalami amnesia," terang doktor yang merawati Arash sejak di bilik kecemasan. Dia menunjukkan kepada Alyssa akan keputusan ujian MRI dan CT scan Arash.
Alyssa hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah apa pun. Dia tidak pasti samada dia bermimpi ataupun ini adalah kenyataan. Serasanya baru semalam dia di herdik dan dimarahi lelaki sombong itu.
Sakit hatinya terhadap kelakuan Arash masih terasa. Jika ia benar-benar mimpi. Alyssa tidak ingin terjaga dari mimpi ini kerana selama ini dia sudah lama menunggu saat dimana dia dapat mengajar Arash lelaki biadap tu. Tapi jika ini reality Alyssa tidak tahu. Apa yang harus dilakukan terhadap Arash.
"Puan Alyssa," tegur doktor itu setelah tiada jawapan dari Alyssa.
"Baiklah doktor, boleh saya melawatnya?,"
"Boleh tapi dia masih belum sedar lagi, Puan Alyssa kena banyak bersabar dan berdoa pada Allah agar suami Puan Alyssa sembuh dengan baik," ujar doktor itu dengan nada simpati, dia tahu Alyssa tentu bersedih hati bila melihat keadaan suaminya sekarang.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...