ALYSSA melirik ke arah jam tangannya jarum jam menunjukkan tepat jam 11.30 malam. Alyssa sudah mula resah sendiri. Esok hari Rabu dia terpaksa datang awal ke pejabat kerana ada meeting di cawangan Stasia Enterprise di Shah Alam.
Dia tidak sepatutnya berada di sini, dia seharusnya pulang sebaik sahaja mengetahui Arash masih bernyawa. Dia tidak ada kena mengena dengan lelaki bernama Arash. Dan dia tidak perlu bertemu dengan doktor dan berpura-pura mengaku bahawa dia adalah isterinya. Namun dia tidak sampai hati. Semarah dan sedendam mana pun dia terhadap Arash, dia tidak sanggup meninggalkan Arash dalam keadaan begitu.
Pintu bilik wad ICU di tolak dari luar. Alyssa menoleh sekilas. Shima tersenyum lalu menuju ke arahnya perlahan.
"What is his condition now??," tanya Shima berbisik perlahan, dia menarik kerusi yang tidak jauh darinya dan duduk berhadapan dengan Arash yang masih tidak sedarkan diri. Shima menoleh ke arah tiub darah yang tergantung di sebelahnya mengalir perlahan ke dalam salur getah yang disalurkan ke dalam uratnya.
"Besar kemungkinan dia mengalami selective amnesia," jawab Alyssa tanpa mengalihkan pandangannya dari terus memandang wajah Arash. Arash yang dahulunya sihat dan sombong kini terlantar lemah tidak sedarkan diri di hospital.
"Selective amnesia???"
"Ya hilang ingatan, kenapa kau tanya lagi??," tanya Alyssa bila Shima agak terkejut bila dia mengatakan Arash berkemungkinan mengalami amnesia menurut doctor yang merawatnya kerana kecederaan di kepalanya teruk.
Shima tersenyum sebaik sahaja Alyssa berkata demikian. Dia sepatutnya merasa kasihan terhadap Arash tapi dia tidak merasa sebegitu. Dia masih teringatkan akan layanan Arash terhadapnya di pejabat kelmarin. Lelaki itu tidak berperasaan, dan sewenang-wenangnya memarahinya di hadapan pekerja lain hanya kerana dia terlewat sampai 5 minit. Shima meletak tangannya di atas peha Alyssa. Alyssa menoleh ke arah Shima dengan penuh tanda tanya.
"Inilah masanya untuk kita mengajar Arash, get even!," ujar Shima seraya tersenyum penuh makna.
Alyssa yang tidak faham dengan maksud Shima hanya memandang wajah Shima dengan penuh tanda tanya. Apa yang dimaksudkan Shima dengan "get even". Adakah Shima benar-benar hendak melakukan sesuatu yang buruk terhadap diri Arash. Bisik Alyssa dalam hati.
"Are you nuts!!," jerkah Alyssa apabila dia rasakan idea Shima tidak kena pada masanya. Hendak membalas dendam? Sungguhpun dia turut geram dengan Arash tapi dia tidak sanggup ambil kesempatan ke atas dirinya dalam keadaan sebegini.
"Bukankah plan kita hendak mengajar the arrogant Arash!," ujar Shima cuba mengingatkan Alyssa tentang layanan buruk Arash keatas diri mereka. Apakah Alyssa sudah lupa?
"Yelah, but look at him?? Aren't you pity of his condition now? He is helpless can't you see!," jawab Alyssa dengan suara tegas dia tidak setuju sama sekali dengan rancangan Shima. Jika ia pun hendak membalas dendam sewaktu Arash sihat bukan disaat dia terlantar lemah.
"You think I'm that crazy aren't you??" jawab Shima dia tahu Alyssa tidak faham dengan maksudnya yang sebenar. Bukan Shima mahu menyuntik racun atau membunuh Arash. Dia hanya mahu memberi pengajaran kepada Arash agar dia tidak lagi bersikap kurang agar begitu.
"So what the hell it is??,"ujar Alyssa sedikit marah kerana Shima gemar membuatkan dia berteka-teki.
Sudahlah dia penat dari siang hingga ke malam berada di hospital. Shima hendak berteka-teki dengannya pula. Shima memandang tepat ke wajah Alyssa yang sememangnya ingin tahu perkara yang sebenarnya. Tiba-tiba Shima tersenyum seraya mengelengkan kepalanya.
"What???,"
"Don't tell me you still don't get it?,"ujar Shima seraya tersenyum.
"Get what? Come on Shima enough already, tell me?," ujarnya mula hilang sabar dengan Shima.
"Maksud aku, kau kata besar kemungkinan dia hilang ingatan, so jika benar dia hilang ingatan maka senanglah kerja kita hendak mengenakannya," ujar Shima sambil matanya memandang ke arah katil Arash. Keadaan Arash masih seperti tadi. Tidak bergerak hanya nafasnya sahaja yang kelihatan turun naik perlahan.
"Maksud kau! Kita cuba mengubah cara hidupnya?," tanya Alyssa. Dia sudah mula berminat dengan rancangan Shima. Sudah lama dia berdendam dengan Arash. Jika plan Shima tidak melampaui batas. Hendak juga dia mengikut plan Shima untuk mengajar Arash.
"Pandai pun kau! So balik nanti aku kena sibuk buat script untuk kau!," ujarnya lalu tersenyum lebar. Kepalanya sudah penuh dengan idea bagaimana mereka hendak menyedarkan Arash. Memang Alyssa suka dengan perkara-perkara yang menyeronokan lebih-lebih lagi perkara ini berkaitan dengan Arash. Si lelaki sombong itu.
"Wait a minute!! Maksud kau aku kena berlakon??? No way...ini plan kita berdua maka kita berdua yang kena berlakon. Kenapa pula aku seorang!," ujar Alyssa merasa tidak puas hati dengan rancangan Shima kerana merasa berat sebelah dan dia seorang sahaja yang harus melakukannya. Bukankah Shima juga mahu mengenakan Arash. Shima harus ada sama.
"Kau kan isteri dia???? Errr duh???," ujar Shima bila Alyssa merasa tidak puas hati hanya dia sahaja yang perlu berlakon sedangkan Shima tidak berbuat apa-apa.
"Itu tadi aku terpaksa cakap aku isteri dia, lepas ini tak ingin aku jadi isteri dia," ujar Alyssa membentak. Dia tidak suka berlakon sebagai isteri Arash lebih-lebih lagi mengenangkan perangainya yang buruk. Siapalah yang ingin menjadi isterinya. Simpang malaikat empat puluh empat.
"Come on Alyssa! It's a part of our plan-,"
Shima tidak menyambung ayatnya bila pintu bilik Arash dibuka. Seorang jururawat bertugas masuk ke dalam bilik berserta dulang dan ubat-ubatan.
"Maaf Puan Alyssa, saya rasa Puan Alyssa kena beredar sekarang kerana pesakit tidak boleh diganggu terlalu lama," ujar seorang jururawat gadis awal 20an yang menatang dulang berisi tiub air yang perlu di ganti memandangkan tiub air yang tergantung di sebelah katil Arash hanya tinggal sedikit.
"O.k, jaga suami saya baik-baik, jika perlu bagi ubat pada dia lebih-lebih biar cepat baik,"ujar Alyssa sebelum berlalu. Shima disebelah mencubit lengan Alyssa kerana dia tidak sepatutnya berkata demikian kerana ini menunjukan bahawa dia tidak suka akan suaminya. Jururawat itu hanya menganggukan kepalanya lalu tersenyum.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...