BAB 34

6.6K 352 7
                                    

Tempat keluarga Danial berkumpul dituju oleh Aisyah dan Danial.

"Aisyah dengan Danial nak balik dah ke? Bukan esok ke?" Encik Khairul menegur mereka berdua membuatkan semua mata-mata keluarga Danial memandang mereka.

"Alaaa.. Kenapa abang kena balik sekarang?" Mastura mencebik.

"Kau kena respon kes dekat Ampang tu ke?" Farhan memandang Aisyah di sebelah Danial.

Aisyah mengangguk.

"Kau, Danial? Sejak bila ATM pun terlibat dalam kes tanah runtuh?"

"Tak tahu.. Maybe nak suruh kitorang jaga kawasan kot.. Tak nak orang awam dekat" balas Danial.

Mereka mengangguk.

"Yalah tu.. Entah-entah perempuan tu suruh Danial ikut dia.." Puan Wani menjeling Aisyah.

"Apa pula Aisyah suruh ikut? Saya berkerja di bawah arahan agensi saya.. Bukan Aisyah.. Mak long tak habis-habis nak salahkan Aisyah ni kenapa?" Danial menyebelahi Aisyah.

"Masalah hati.." balas Aira.

"Ibu! Abah!" jerit Ellena. Semua memandangnya.

"Ell kena balik sekarang.. Kena respon kes dekat Ampang juga.."

"Dah tu? Melalak dekat sini awat? Pi kemas beg sana.." balas Mak Cik Hana.

Setepek!

Ellena terus menuju ke biliknya ditemani oleh Aira.

Telefon Aisyah berbunyi lagi. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Kau dah gerak ke belum?"

"Belum.. Tapi dah nak geraklah ni.. Weyh.. Helmet STORM jangan lupa bawa.."

"Ya ya! Bye! See you there!" panggilan dimatikan. Bazir kredit! Whatsapp kan boleh?

Aisyah menghampiri Puan Daiyan dan makcik-makcik Danial untuk bersalaman.

"Halalkan makan minum saya sepanjang saya dekat sini ya, aunty?" tangan Puan Daiyan dicium.

Puan Daiyan mengangguk. "Kerja elok-elok, Aisyah. Pergi dengan selamat. Balik pun kena selamat.." pesan Puan Daiyan.

"Baik, aunty.." Aisyah pergi ke arah Danial semula.

"Kak Aisyah!" Raisya memeluk Aisyah. Hampir sahaja Aisyah mahu terjatuh. Mujur dia cepat mengimbangkan badan. Pelukan Raisya dibalas.

"Angah tak nak peluk ke?"  Danial mengangkat sebelah keningnya.

"Gedik!" Raisya memeluk abangnya itu.

"Aisyah nak peluk boleh?" Kai menyatukan kedua-dua hujung jari telunjuknya.

"Haa! Peluk-peluk.. Aku hentak kau guna luggage ni nanti!" Danial menjeling tajam ke arah Kai.

"Gurau pun tak boleh.. Kahwinlah korang berdua ni.." balas Kai.

"Haa tu Ellena dah datang.." Encik Fattah menunjuk ke arah anak perempuannya yang sedang menuju ke arah mereka bersama Aira.

"Kami gerak dulu.." ucap Aisyah, Danial dan Ellena. Sempat Aisyah bersalaman dengan Aira.

"Aisyah!" panggil Airil ketika Aisyah sudah berjalan ke arah kereta Danial.

Farhan, Airil dan Puan Daiyan mengangkat tabik hormat kepada Aisyah sebagai tanda bangga dengan Aisyah yang sanggup bertugas walaupun dia sedang bercuti. Aisyah membalas dengan anggukan kerana dia sedang berjalan.

~
Danial menyimpan bargasinya dan Aisyah di dalam bonet manakala Aisyah menunggunya di sebelah.

"Kau sempat tidur tak?" Aisyah mendongak memandang Danial.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now