1. Pertemuan

9 1 0
                                    

Hai 🕊️
Ini hanyalah sebuah rekaan saja
Enjoy
.
.
.
.
.
.
.
.

Uqasha seorang gadis jelita dan merupakan anak kesayangan ibunya. Anak yang baik, selalu menolong ibunya dan selalu memenuhi kehendak ibunya. Ibunya sangat menyayangi Uqasha kerana mereka memang rapat dari kecil berbanding dengan adik-beradik nya yang lain. Tipulah kalau tak sayangkan anak-anaknya yang lain, sayang, tetapi Uqasha yang selalu ada dengannya. Yang lain bukannya tidak rapat, tetapi mereka sudah mempunyai keluarga dan duduk berjauhan.

Pada suatu hari, Uqasha bersiap-siap untuk pergi kerja. Selepas itu, dia turun ke bawah untuk bersarapan. Ibunya pun sudah berada di bawah. Mereka pun sarapan bersama-sama dan berbual-bual. Kebetulan Uqasha bersiap awal. Jadi, dia pun berbual sebentar dengan ibunya sambil menunggu jam 8.00 pagi. Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba, ibunya menanyakan soalan yang berbunyi
"Sha dah ada calon suami ke ?".

Uqasha pelik mengapa ibunya menanyakan soalan begitu. "Kenapa ibu tanya Sha soalan macam tu ?".

Ibunya menjawab "Ibu teringin nak tengok Sha kawin, semua anak ibu dah kawin kecuali Sha, ibu nak sangat tengok anak kesayangan ibu ni kawin sebelum ibu tutup mata".

Uqasha terkejut mendengar ibunya berkata begitu. "Ibu, janganlah cakap macam tu".

"Ajal kita tak tahu kan, sebelum ibu tutup mata, ibu nak sangat tengok Sha kawin" kata ibu nya yang ingin melihat anak kesayangannya kawin.

Uqasha melihat jam sudah pun pukul 8.00 pagi. "Ibu, nanti kita sambung berbual lagi ye, Sha nak pergi kerja dulu tau, jaga diri ibu baik-baik" kata Uqasha.

Dia pun salam tangan ibunya dan mengambil begnya dan pergi ke kerja. Dalam perjalan, dia memikirkan tentang kata-kata ibunya tadi. Dia pernah berjanji kepada ibunya yang dia akan memenuhi impian ibunya. Tetapi sekarang, ibunya ingin melihatnya kawin. Dia tidak tahu apa yang harus ia lakukan sekarang. Kawin perkara yang serius. Dia takut tidak dapat memenuhi impian ibunya itu dalam masa yang sama dia tidak bersedia untuk berkahwin. Beberapa minit kemudian, Uqasha pun sampai di tempat kerja. Dia terus masuk dan membuat kerja-kerjanya. Tetapi dia tidak fokus. Dia asyik memikirkan apa yang harus ia lakukan. Kata-kata ibunya tadi terngiang-ngiang di kepalanya.

"Aku kena buat apa ? Ya Allah tolong aku ya Allah" kata Uqasha dalam hati.

Matanya mula layu dan dia pun tertidur. Tidur di tempat kerja. Perkara yang paling takut untuk dilakukan. Tetapi Uqasha tidak tahan dengan mengantuknya itu. Semasa tidur, dia bermimpi. Dalam mimpinya, dia berjumpa dengan seorang lelaki. Lelaki itu memakai baju melayu putih. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Tiba-tiba dia terbangun dari mimpinya. Mukanya basah. Dia membuka matanya dan melihat bosnya berada dia hadapannya sambil memegang segelas cawan.

Beberapa jam kemudian, waktu kerjanya pun habis. Dia pun pulang. Semasa dalam perjalanan ke keretanya, dia terlanggar seorang lelaki dan barang-barangnya pun jatuh berselerakan.

Dia melihat lelaki itu dan berkata "Eh, tak nampak ke ?".

Lelaki itu melihat Uqasha dan berkata "maaf, saya tak sengaja" sambil menolongnya mengemas barang-barangnya.

Kemudian, lelaki itu pun pergi dari situ. Uqasha juga pergi ke keretanya dan memasukkan barang-barangnya. Dia pun masuk ke kereta dan bergerak pulang ke rumah. Keesokan harinya, seperti biasa, Uqasha bersiap-siap untuk pergi kerja dan turun ke bawah untuk bersarapan. Ibunya menanyakan soalan yang sama kepada Uqasha. Uqasha tidak tahu ingin menjawab apa.
"Ibu memang nak tengok Sha kawin ke ?" tanya Uqasha kepada ibunya.

"Ye, Sha. Ibu nak sangat tengok Uqasha kawin" jawab ibunya.

Kemudian, dia pun pergi ke kerja. Sampai di tempat kerja, dia pun turun dari keretanya. Dia pun masuk ke tempat kerjanya dan menunggu di depan lift. Tiba-tiba, seorang lelaki datang. Dia juga tunggu di depan lift.

"Eh, awak nak ke tingkat berapa ?" tanya lelaki itu.

"Saya nak pergi tingkat 8" jawab Uqasha.

"Oh, ok" balas lelaki itu.

Tidak lama kemudian, pintu lift terbuka dan mereka pun masuk. Uqasha ingin menekan butang 8. Tiba-tiba, lelaki itu berkata "Eh, takpe, biar saya tekankan" kebetulan dia berada di depan itu. Uqasha pun menunggu sampai pintu lift terbuka. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba saja, lampu lift tertutup. Suasana di dalam lift itu gelap gelita.

"Eh, apa jadi ni !" Uqasha dalam ketakutan.

"Awak jangan risau, kejap ye, saya bukan lampu suluh dalam phone saya" kata lelaki itu.

Ting ! Lampu dari phone lelaki itu pun terbuka. Lift itu pun menjadi sedikit terang.

“Awak pegangkan kejap, saya nak call emergency lift ni” kata lelaki itu.

Uqasha pun pegang telefon lelaki itu dan menunggu sehingga lift kembali pulih. 30 minit kemudian, suasana lift kembali terang. Lelaki itu membangunkan Uqasha yang lena dibuai mimpi.

“Awak, awak, bangun, lift dan elok” bisik lelaki itu kepada Uqasha.

Uqasha membuka matanya dan melihat lift yang terbang benderang. Terkejut dia melihat lelaki itu di sebelahnya.
“Eh, awak buat apa ni !” sambil menolak lelaki itu.

“Eh, tadi kan lift rosak, awak lupa ke ?” kata lelaki itu.

Uqasha pun teringat dan terus bangun. Pintu lift terbuka dan mereka terus keluar. Jam menunjukkan tepat pada pukul 9.00 pagi.

“Oh no ! Dah lambat !!” jerit Uqasha.

Lelaki itu melihat Uqasha dan bertanya “Kenapa ? Ada masalah ke ? Nak saya tolong ke ?”.

Uqasha melihat lelaki itu dan menjeling. “Takde apa-apa lah. Saya pergi dulu”.

Mereka pun membuat kerja masing-masing. Lelaki itu teringat akan Uqasha dan mula bertanya-tanya siapakah Uqasha itu. “Siapa perempuan tu, patut ke aku berkenalan ?”.

Pada jam 10.30 pagi, waktu rehat pun tiba. Uqasha yang kelaparan itu turun ke lobby. Dalam perjalanan ingin ke restoran untuk makan, dia terserempak dengan lelaki yang ia jumpa tadi.

“Eh, awak !” kata lelaki itu yang ternampak Uqasha juga.

Mereka pun melihat sesama sendiri. Lelaki itu mengajak Uqasha untuk makan bersama. Uqasha pun setuju kerana dia tidak mempunyai kawan untuk makan bersama.
.
.
.
.
.
.
Apa jadi lepas tu ?

Kisah CintakuWhere stories live. Discover now