Berkisah tentang sepasang sahabat yang berkawan sejak kecil iaitu Zarra Adhiea dan Rayden Ardan. Arra mempunyai trauma masa lalu yang menyebabkan dia terlalu benci dengan lelaki.
Sejak kemunculan Aden(𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑗𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑟𝑢𝑚�...
"Tak semua cerita itu boleh dicerita terkadang ia lebih baik dipendam walau akhirnya akan menjadi dendam" -ᴀʀʀᴀ-
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
★★★★★
"Bukk!! Oii perempuan kau buka pintu sekarang !!!buk!!buk!!oii Zafira kau bukak laa pintu ni!! sumpah aku dah hilang sabar kat kau nihh!! bunyi ketukan yang kuat dari Dazzam.
"Ya!! sekejap ye abang.. saya tengah tidurkan dhie.. " plakkk!! Satu tamparan yang kuat hinggap dipipi zafira menyebabkan dia tersungkur di lantai.
"kan aku dah cakap kalau aku balik tu bukak pintu! aku penat tau tak !! " tengking lelaki itu lagi kepada isterinya
Pergaduhan kedua ibu bapa adhiea pada malam itu menyebabkan dia terjaga dari lena dan merasa takut. Perkara ini bukan lah suatu hal yang asing bagi adhiea kerana pergaduhan separti ini sudah sering berlalu sejak 1 bulan yang lalu lagi. Semenjak bapanya di naikkan pangkat dan kurang ada masa bersama keluarga, dia sering marah dan seperti orang tidak waras setiap pulang ke rumah. Dia sayang akan kedua-duanya, kerana itulah gadis kecil ini selalu menjadi penengah dalam pergaduhan pasangan itu.
"Papa jangan la marah mama.. mama tak salah larhh papa.. mama cuma tidurkan dhiea je !!"bentak adhiea mempertahankan mamanya.
Namun percakapannya tidak diendahkan oleh Dazzam malah menjadi punca kelanjutan pergaduhan antara kedua orang tuanya.
"kau tahu apa haa..!!kau tu budak lagi jangan nak berani-berani masuk campur urusan orang dewasa! baru lima tahun ada hati nak nasihat orang tua!!"
"Dhiea cakap benda betul lah papa!!hiks.." ucap adhiea yang menangis sambil memeluk kaki papanya yang mahu menaiki tangga.
"Dengar sini kau dengan mama kau tu sama jelah tak guna!!"ujar Dazzam sambil mengangkat tangannya seakan mahu menampar pipi adhiea.
"kau boleh jerit kat aku, tengking aku, dan pukul aku tapi jangan kau sesekali sentuh anak aku!!!" jerit zafira yang menyebabkan niat suaminya itu terbatal dan terus meninggalkan mereka lalu naik ke atas.
"hiks.. hiks..kenapa papa macam nih..hiks..hiks" lirihh adhiea yang menangis ketakutan sambil berlari mendapatkan mamanya.
★★★★★
Pergaduhan mereka yang berlarutan selama 1 tahun.
Pada akhirnya. . . . Zafira telah mengambil keputusan untuk menuntut permohonan cerai atas kelakuan dayus suaminya di mahkamah syariah. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk bertahan tetapi situasi yang menjadikannya bertindak tegas untuk menuntut cerai. Semua yang dilakukannya hanya memikirkan satu orang iaitu "dhiea" dia yang menjadikan fira kuat menghadapi semuanya, dia takut jika anaknya kelak akan dipukuli sepertinya.
Mereka bersua muka di mahkamah syariah dan setelah diberi bimbingan kaunseling mereka bersetuju untuk berpisah dengan cara yang baik.
"Bismillah zafira khalisha Aku lepaskan kau dengan talak satu" lafaz Dazzam yang menyebabkan air mata zafira mengalir tanpa jeda. Wanita itu jelas masih sayang, namun sikap ego dan dingin lelaki itu akan terus menyiksa fira jika dia terus mempertahankan hubungan mereka yang sudah tidak sihat lagi.