Part 7

120 6 3
                                    



ALYSSA berjalan mundar mandir di ruang tamu banglo tiga tingkat milik abangnya. Dia merasa resah gelisah dan tidak selesa tiba-tiba. Dia tidak bekerja hari ini kerana terlalu penat memikirkan rancangan mereka agar ianya berjalan dengan lancar. Alyssa berdoa, meminta agar Arash tidak mengalami Amnesia sepertimana yang doktor katakan padanya semalam. 



Dan hari ini kepalanya benar-benar merasa pening sehingga dia tidak dapat bangun pagi untuk ke pejabat. Shima pula mendesaknya supaya jangan terlalu khuatir. Senanglah dia cakap yang harus berdepan dan bersama dengan Arash adalah dia bukan Shima.



Hatinya kini berbelah bagi tidak tahu samada, dia harus ke hospital melawat Arash atau duduk menghabiskan masanya di rumah sahaja. Alyssa tidak memberitahu Faries dan Fariesya mengenai kawannya yang kemalangan tempoh hari walaupun mereka ada bertanya tentang keadaan teman Alyssa yang kemalangan.



Dan Alyssa tidak yakin rancangan gila mereka akan berjaya. Deringan telefon yang nyaring benar-benar memeranjatkannya. Dengan pantas Alyssa mengangkat gagang telefon lalu di lekapkan ke telinganya.



"Assalamualaikum...., boleh saya bercakap dengan Puan Alyssa?," suara perempuan kedengaran di corong telefon.



"Waalaikumsalam...Ya saya Alyssa, ada apa yang boleh saya bantu," jawab Alyssa lambat kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan nombor telefon rumah abangnya melainkan Shima.



Lebih-lebih lagi si pemanggil wanita itu memanggilnya dengan panggilan Puan Alyssa. Mungkin panggilan dari hospital? Semalam dia ada memberi nombor telefon rumah abangnya jika mereka mahu menghubunginya.



"Saya membuat panggilan dari pihak hospital, suami Puan, Encik Arash sudah sedar dari koma, saya harap Puan dapat bergegas ke hospital sekarang," ujarnya panjang lebar.



Hampir hendak gugur jantung Alyssa mendengar berita dari jururawat yang menghubunginya.



"Baiklah..saya akan kesana sekarang," jawab Alyssa lalu meletak gagang telefon semula. Arash sudah sedar dari koma? Hati Alyssa menjadi tidak keruan jadinya. Dia mundar mandir seperti orang memikirkan masalah yang berat.



Alyssa tidak segera ke bilik untuk bersiap-siap ke hospital malah dia masih lagi duduk di sofa tidak berganjak dari tempatnya.



"Inilah masanya untuk kita kenakan Arash yang sombong tu?," ungkapan yang sering di ucapkan oleh Shima apabila setiap kali dia ingin back-off dari rancangan Shima seringkali terngiang-ngiang di cuping telinganya.



"Shima!," tiba-tiba Alyssa menjerit kecil setelah pasti orang yang di perlukan ketika ini adalah Shima. Dia perlukan Shima untuk menemaninya di hospital. Alyssa segera mengangkat gagang telefon dan mendial nombor telefon direct Shima dan berharap Shima berada di desknya.



                                                                      *****



DOKTOR yang memeriksa Arash sudahpun keluar dari ward. Jadi benarlah Arash mengalami amnesia. Kalau tidak pasti dia sudah menghalau Shima keluar dari bilik wadnya. Ini tidak senyap sahaja. Ketika Shima masuk melawatnya tadi.



Sweet Revenge (Completed)Where stories live. Discover now