SEPANJANG perjalanan Arash hanya mendiamkan diri dan sesekali dia memandang ke arah luar melayan perasaannya. Dia masih berada di dalam keadaan keliru. Menurut doktor ingatannya mungkin pulih mungkin tidak. Dan jika dia bernasib baik dia dapat mengembalikan ingatannya dan jika tidak bernasib baik dia tidak dapat mengingati semula.
Alyssa dan Shima lebih senang bila Arash berkeadaan demikian, tidaklah mereka pening kepala hendak melayan segala pertanyaan Arash, mereka tidak mahu tersalah cakap atau tersasul buruk pula padahnya nanti.
Alyssa membelokan kereta ke arah banglo milik abangnya. Rumah banglo milik abangnya menjadi mangsa Alyssa untuk menjayakan rancangannya untuk mengenakan Arash. Mana mungkin dia menjayakan plannya membawa Arash ke rumah sewanya. Semuanya kebetulan.
"Ini rumah kita?," tanya Arash tiba-tiba. Bila Alyssa memasuki pengkarangan rumah banglo 3 tingkat yang tersergam indah di hadapan matanya.
"Ya," jawab Alyssa lalu menganggukkan kepalanya, kerana dia sendiri tidak berani mengaku yang rumah ini adalah rumahnya. Jika abangnya tahu tentang kegiatannya semasa ketiadaannya, pasti dia dimarahi abangnya.
Alyssa pula masih belum pulih dengan badi mengenai rancangan mereka untuk mengenakan Arash. Dan dia hampir-hampir sahaja terlepas kata semasa berbual dengan doktor yang memeriksa Arash tadi. Hampir-hampir dia ingin menyatakan bahawa sebagai pekerja Arash dia harus menolongnya. Nasib baik Shima ada bersama menyelamatkan keadaan.
"Eh kenapa tak masuk lagi? Suami kau dah masuk!," usik Shima setelah dilihatnya Alyssa masih lagi berdiri tercegat di tepi kereta tidak bergerak dari tadi.
"Banyaklah kau punya suami!," jawab Alyssa lalu mencubit pinggang Shima. Mereka sudah menempah bala menyamar diri dan memperdayakan Arash sehingga Arash percaya dengan cerita yang mereka reka. Shima hanya mampu mengadu sakit kerana tidak bisa menjerit.
Sebelum menjemput Arash pulang. Semalaman Alyssa dan Shima tidak dapat tidur memikirkan rancangan selanjutnya setelah mengetahui bahawa Arash di benarkan pulang setelah hampir sepuluh hari Arash berada di hospital.
Pada awalnya Alyssa hendak menghantarnya pulang ke rumah Arash sendiri kerana selama ini, Arash tinggal bersendirian di rumah. Kerana Tan Sri telah berpindah ke Australia setelah menyerahkan perniagaanya kepada Arash. Tan Sri mahu bersara dari dunia perniagaan dan berpindah di Australia. Tan Sri dan isterinya hanya sesekali sahaja datang menjenguk anak tunggalnya itu.
Tapi Shima dan anak saudaranya tidak sependapat dengan Alyssa, mereka tidak setuju sekiranya Arash di hantar ke rumahnya sendiri pasti rancangan mereka tidak akan berjaya. Segala usaha mereka akan menjadi sia-sia kerana mereka tidak dapat membalas dendam terhadap Arash.
"Habis kau nak dia tinggal rumah abang aku?? Apa kau gila? Nanti kena tangkap basah baru kau tahu!," ujar Alyssa berkeras agar Arash di pulangkan ke condonya sendiri.
"Eh lysa kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Tak kan aku nak biarkan kau tinggal dengan dia, tentulah aku ada sama! Aku sendiri tidak percaya dengan kau...silap hari bulan bocor pula rahsia kita," terang Shima setelah Alyssa selalu berfikiran negative dan mahu menarik diri dari rancangan mereka.
Alyssa merasa tidak selesa kerana dia khuatir dan tidak yakin pada diri sendiri. Dahulu dia benar-benar bencikan Arash kerana sikap sombong lelaki itu.
Tapi sekarang dia tidak yakin dengan perasaannya terhadap diri Arash. Alyssa tidak pernah menafikan bahawa Arash sememangnya seorang jejaka kacak dan jika seseorang wanita tidak kuat iman boleh terpikat dengannya. Itu yang merungsingkan Alyssa. Silap haribulan dia pula akan terjatuh hati pada Arash. Soal hati bukan boleh di bawa berbincang.
"Ala...paling tidak pun kau jadi aje girlfriend si Arash tu, kau single dia pun single dah sepadan lah tu...macam pinang di belah dua," usik Shima. Seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan oleh Alyssa.
"Oh pleaselah Arash nak jadi boyfriend aku, in another life!," ujar Alyssa segera menafikan kenyataan Shima.
Shima di sebelah hanya tersenyum bila Alyssa tiba-tiba merasa defensive bila dia mengusiknya begitu. Alyssa yang di kenali tidak mudah melenting bila dia mengusiknya. Tapi kali ini bila diusik Alyssa kelihatan defensive, kenapa? Alyssa sukakan Arash ke?
"Apa senyum?? Ni kau punya idealah...aku juga yang jadi mangsa keadaan," jeling Alyssa bila dia merasa tidak selesa bila Shima tersenyum begitu. Apa yang di fikirkan Shima?
*****
ALYSSA menemani Arash ke bilik yang di sediakan untuk tetamu dan bersebelahan dengan bilik Alyssa. Mereka sebulat suara mahu menempatkan Arash di bilik tetamu utama. Mereka mengerjakan bilik tetamu itu sehingga ke jam tiga pagi. Alyssa dan Shima mengemas bilik tersebut dan memindahkan sebahagian baju dan barang abangnya ke dalam bilik tetamu agar ianya tidak menjadi ketara yang mereka hanya berlakon.
Arash melangkah masuk ke dalam bilik yang di tunjukkan oleh Alyssa. Dia duduk di atas katil lalu memandang keadaan di sekeliling biliknya. Alyssa berdiri tercegat di muka pintu. Dia berkeras tidak mahu masuk sekiranya Arash tidak memerlukan apa-apa darinya.
Arash bangkit lalu menuju ke arah almari dan membukanya. Pakaian pejabat dan kasual tergantung dan tersusun rapi di dalam almari. Dia segera menutup pintu almari kembali lalu tersenyum, dia mengalihkan pandangan pada wajah Alyssa yang masih tidak berganjak dari tempatnya.
"Kenapa baju Alyssa tak ada di dalam almari?," ujarnya perlahan kerana baju di dalam almari penuh dengan baju-bajunya. Tiada sehelai baju wanita yang terdapat di dalam almarinya. Dia merasa pelik. Jika benar Alyssa isterinya, kenapa baju Alyssa tidak berada di dalam almari?
Alyssa menjangka dia dapat lari dari pertanyaan tersebut dari Arash. Ternyata jangkaannya meleset, kerana Arash seorang lelaki yang tajam akalnya, sungguhpun dia hilang ingatan, ini tidak bermakna dia tidak dapat berfikir.
"Ada seperkara lagi yang Alyssa belum beritahu abang," ujar Alyssa dengan wajah tenang lalu menuju ke arah katil untuk duduk, namun pintu bilik sengaja di buka luas agar mudah untuk dia keluar meninggalakan Arash sebaik sahaja dia menerangkan segalanya kepada Arash.
Arash berdiri menyandarkan badannya di pintu almari lalu memandang wajah Alyssa. Dia ingin tahu apa yang Alyssa mahu memberitahunya.
"Sebelum abang terlibat dengan kemalangan, kami memang tidak bertegur sapa kerana salah faham, abang terus mengambil keputusan untuk tidak mahu sebilik dengan Alyssa, selagi Alyssa masih berdegil tidak mahu mengikut abang berpindah ke Australia, Lysa minta maaf bang, Lysa tidak sanggup tinggalkan Malaysia dan abang telah pun mengambil keputusan dengan memindahkan ke semua barang dan baju abang ke bilik ini," ujar Alyssa berpura-pura sedih. Dia bangun lalu meninggalkan Arash sendirian di bilik.
Dia sendiri tidak berani memandang wajah Arash bila dia memberitahu Arash tentang kenapa baju dan barang peribadinya tidak berada di dalam bilik Arash. Dia khuatir Arash akan menyoal dia soalan yang dia tidak dapat menjawab. Dan sebelum Arash mula bertanya lebih lanjut ada baiknya dia pergi meninggalkan Arash seorang.
"Eh lama benar kau berada dalam bilik dengan dia?? Apa dia nak?," tanya Shima sebaik sahaja terpandang wajah Alyssa. Dia risau juga jika Alyssa tidak dapat menjawab kesemua pertanyaan Arash. Aniaya hidup mereka di buatnya.
"Dia tanya mana baju aku," ujar Alyssa separuh berbisik khuatir didengari Arash walaupun dia tahu Arash masih lagi berada di dalam biliknya.
"Jadi??? Apa kau jawab?," tanya Shima teruja kerana dia hendak tahu jawapan yang Alyssa berikan kepada Arash.
"Eh??? Ikut scriptlah kau pun!,"
"Exactly ke?," tanya Shima kerana dia tidak berpuas hati dengan jawapan acuh tak acuh Alyssa.
"Lah kau dah kenapa? Aku ikut betul script yang kau buat," terang Alyssa. Geram pula dia tengok perangai Shima kadang-kadang seperti budak selenge.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...