ARASH berbaring di atas katil sebaik sahaja Alyssa meninggalkan biliknya. Dia cuba memproses balik apa yang Alyssa beritahu padanya tadi. Dia dan Alyssa tidak sefahaman?? Sudah berapa lama?? Apa yang telah berlaku? Dia tidak bertanya Alyssa kerana dia dapat melihat dari wajah Alyssa bahawa Alyssa masih lagi marah padanya maka hubungan mereka menjadi dingin sebegini. Dia tidak mahu mencari gaduh dengan Alyssa.
Mungkin ada hikmahnya disebalik hilang ingatan yang dia alami. Dia tidak perlu mengingati perkara yang tidak menyenangkan hati. Dia mahu meneruskan hidup tanpa menoleh ke belakang. Jika dia bersalah. Dia mahu meminta maaf pada Alyssa dan dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Alyssa.
Adakah disebabkan itu dia kemalangan? Entahlah Arash sendiri tidak tahu jawapannya kerana dia tidak mengingati apa-apa. Arash meletak kedua belah tangannya di alas di kepalanya. Matanya di pejamkan rapat.
Dia cuba mengingati semula apa yang telah berlaku sebelumnya. Kosong! Tiada imej mahupun clue yang dapat memulihkan ingatannya. Percubaannya hanya sia-sia malah kepalanya terasa begitu perit bila setiap kali dia cuba memaksa diri untuk mengingati semula peristiwa atau kenangan yang pernah di lalui bersama orang yang di sayanginya.
Dia cuba mengingati bagaimana dia bertemu dengan Alyssa dan seterusnya menikahi wanita itu. Namun ianya tidak berhasil. Arash mengeluh kecil.
*****
"So??? Dia tak sneak to your room semalam??," usik Shima sebaik sahaja dia lihat Alyssa sedang duduk bersendirian di ruang makan sedang meneguk milo panas.
Hampir hendak tersembur keluar air yang di minumnya bila Shima mengusiknya dengan usikan yang tidak munasabah. Dia menoleh kearah Shima yang baru menuruni anak tangga.
"Kau jangan...tak pasal-pasal kau mandi air milo pula pagi ni," ugut Alyssa. Dia menuju ke arah coffee maker lalu mencapai mug. Dia menuang coffee ke dalam mug tersebut. Dia menuju ke arah fridge lalu mengeluarkan carton susu full cream milk. Yummy!!
"Coffee untuk aku ke?? Aku suka black coffee?," ujar Shima bila Alyssa menuang full cream milk ke dalam mug berisi coffee tadi.
"Not for you but for Arash..," jawab Alyssa tersenyum lalu mengacau coffee Arash agar coffee dan susu sebati. Dia menuang menambah lagi susu full cream bila dirasakan coffee itu sedikit cair.
"Arash?? Ala rajinnya dia maklumlahkan...eh bukan si Arash tu tak minum coffee with milk ke??," ujar Shima bila teringatkan bahawa BFH tu tidak minum coffee bersusu mahupun creamer kerana lelaki itu tidak suka namun dia tidak tahu mengapa. Jannah pernah menyatakan sebab mengapa Arash tidak suka.
Alyssa mengeluarkan sudu dari mug Arash lalu di letakkan ke dalam sinki. Dia mencapai mug sebiji lagi lalu menuang coffee ke dalamnya. Mug berisi black coffee di serahkan kepada Shima.
"Ya I know..," jawab Alyssa tersenyum lagi lalu meletak mug coffee di tempat Arash.
"OMG..omg!! Arash lactose intolerance..," ujar Shima hampir hendak tersembur keluar kopi dari mulutnya bila dia mengingati bahawa Arash tidak minum kopi susu. Alyssa sengaja meletak susu di dalam coffeenya.
YOU ARE READING
Sweet Revenge (Completed)
RomanceAlyssa seorang accounts manager di Syarikat pembangunan Stasia Heights. Dia mempunyai teman baik seorang jurutera bernama Shima. Dan dia suka bekerja di bawah jagaan Tan Sri Farihin kerana dia seorang majikan yang baik hati. Sehingga lah suatu hari...